,

Double Besday Celebration


Ini pagi tadi punya party.
Party besday bekfes nama nya.

Alhamdulilah masih ada lagi yang sudi soh ako potong kek.
Yang sebelah ako sesama potong kek tu bos admin.
Besday dia selang sehari selepas ako.
Makanya, kita pun buat party sesama je la.
Jimat kos kan haha...


Balik dari surau tadi, tetiba nampak ada sampul atas meja.

"Aikk sape plak yang bagi ni?"

Tapi ekceli dah dapat ghase dah sape yang bagi.
Sape lagi klu bukan ex-Pengarah kitorang.
Memang tetiap tahun dia x pernah lupa bagi kad besday walau untuk ex-staff dia.

Terima kasih la buat ex-BOSS saya.
Walau simple tapi yang penting INGATAN tu kan.


Pastu tengah dok berbincang ngan bos kecik, tetiba ada orang letak buku ni kat tepi.

"EH NI BUKAN BUKU SAYA!"

Wah terus ako jerit cakap ni bukan buku ako.
Ye la bila masa plak ako ada buku ni.
Seingat ako, dah lama giler x beli novel.

Pusing je belakang tengok ahkak tu tersengih.
Dia cakap dari dia.
Woopsss....

"Eh eh terima kasih kak!"

Terkezut saya tadi.
Ingat sape plak yang pulangkan novel dia.
*sambel senyum memalu ako dibuatnya, melatah x tentu pasal. hahaha


Iskk..... terharu plak rasanya.
Terima kasih la kak farina ye. 
Buat susah-susah aje bagi prezen ni. ;-)


Ha... amek ko!
Bila masa plak ako nak ngabihkan novel ni???
Dah lama rasanya x baca novel-novel ni.
Last ako baca pun pasal 'ADAM dan HAWA'.
Itupun bape bulan ako nak khatam.
Tambah plak novel yang lagi tebal cenggini.

Erkk... fengsan OK!
Tapi takpe, akan ku usahakan sedaya mungkin.
Pastu ako pas kat orang sebelah, sila baca juga ye!
hahaha....


Pizza!
Pizza!

Erkk makan lagi????
Biar betul derang ni?!
Tapi tak salah kan derang, memang cenggini la kehidupan di opis ako.
Hahaha... 
KLu dah start makan, makan sesajo seharian tu.
KLu xde makan, berbulan-bulan juga nak tunggu ada makan-makan camni.


Antara orang kuat makan.
EH! silap silap..
Bukan kuat makan.
Orang kuat dalam bab-bab penyediaan makan-makan ni. :p

Alhamdulilah, murah rezeki memasing.


Eh petang pun ada potong kek juga?
Wah ini sudah baguss!!!
Ekceli pagi tu derang boleh terlupa nak beli kek.
So, derang cuma sempat belikan 2 slice kek sahaja.

Rupa kek yang dalam gambar paling atas tu, adalah gambar kek yg sudah diubahsuai mengikut kesesuaian. Hahahaha.....

Dan akhir sekali, special dia sediakan eskrem buah untuk besedei gals.

.:awat teleng sangat tu en yazrul oii:.

Klu orang lain, sila amek sendiri ye!
Hahahaa....
Best betul kan jadi besedei gal :-D

Overall, terima kasih bebanyak buat rerakan opis ako yang bertungkus lumus mengadakan besedei party ni. I LAP U laaaa...... :p

Nota Jemari: tetiap tahun pasti ada kelainan, tahun depan apa plak ye?! :p
Share:

2 comments:

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.