Followers

Thursday, August 7, 2014

Trip Matahari Terbit: Yoga Uluka Studio

"Yoga Uluka Studio".
Yup, tu la nama tempat tinggal kitorang selama 5hari 4malam di Tokyo.
Terletak di Kawasaki-shi, Miyamae-ku, Miyamaedaira.


Pemilik rumah tu, Margaret, berasal dari New Zealand.
Rumah ni tiga tingkat.
Bahagian atas dah memang ada penghuni tetap.
So kita menyewa je la kat bilik bawah.

Untuk 5 hari 4 malam, kita dapat la harga RM751.


Ekceli owner dia ada buka kelas Yoga.
So rumah dia ni pun dijadkan studio yoga juga.


Waktu malam, pokok-pokok ni akan di sinari lampu kelip-kelip berwarna biru.
Memang satu-satu nya rumah yang ada lampu kelip-kelip kat situ.
So kata kan korang sampai waktu malam (macam kitorang aritu), hanya pastikan korang cari rumah yang ada lampu kaler biru kat pokok-pokok dia.

"With your own key you are free to come and go as you like, as a host I love to to sit and chat over coffee and hear about your days adventures, help out with getting around、and answer any queries you may have. My policy is an open door one but not in your face." - Margaret

Yup, setiap orang akan dapat kunci pintu utama.
So, bebila korang nak balik pun xde hal.
Cuma pastikan pintu rumah sentiasa bertutup la coz Margaret ni ada bela kucing..
Dia ada inform yang kalau bole tak nak bagi kucing dia kluar dari rumah.

~pic from airbnb~

Ini lah kucing dia.
Nama nya Pepper.
Tapi pemalu. 

~pic from airbnb~

Masuk je pintu dah nampak tangga naik ke atas.


Dari pintu utama tadi, belah kanan, akan nampak lorong ni.
Sebelah seat yang mamat tu duduk ada pintu kan?
Itu toilet jamban. So kalau nak buang air memalam, kena la lalu lorong ni heheh..


Berhadapan dengan mamat yang duduk tadi terletaknya studio yoga.
Kalau nak join derang beryoga pun bole.
Tapi bukan FREE la, still kena bayar hehehe ;-)


Lalu jalan lorong tadi tu, jalan ke depan sket, korang dah nampak ruang tamu dia.


Ruang tamu dia memang bersih.
Suka lepak kat sini.
Rasa santai je macam kat rumah sendiri :p


Kalau korang ada anak, ada juga ruang untuk budak-budak lepak.


Dari ruang tamu tadi korang jalan ke depan lagi, dah nampak bilik mandi di sebelah kiri.
Untuk ke bilik kami, korang belok ke kanan.
Akan jumpa dapur dahulu, kemudian baru lah bilik kitorang.


Ini bilik mandi.
Jumpa sinki dulu, gosok gigi, cuci muka dulu.


Lepas tu baru kita mandi!!
Ada mesin basuh juga dalam bilik mandi tu.
Cuma xde dryer la ye.


Ruang dapur.
Setiap bilik ada ruang kabinet sendiri.
So, bole la korang letak sumer makanan macam milo ke, biskut ke, roti ke ke dalam kabinet yang tersedia.


Tadaaaaaa... ni la bilik kitorang.
Japanese style.
Tido atas tilam je pun.


Pintu pun jenis men tolak-tolak je.
Tapi ada kunci la kan.
Memang feel-feel dok umah jepun walaupun hakikatnya dok umah minah saleh :p


Ini lah owner dia.
Margaret nama nya.
Tak tahu la bujang ke or dah kawen coz ako hanya nampak dia je ngan 2 3 org penyewa bilik yang lain.


Peramah dia ni. 
Dia willing nak tolong kita tunjukkan jalan.
Suka bercerita dan dia suka dengar cerita dari kita juga, apa yang kita buat, ke mana kita pegi bla bla...


Nak balik dah kan..... huhu ...
Flight kita malam.
Tapi dah alang-alang kuar pagi, hangkut sekali la beg-beg.
Tak koser nak patah balik nanti.


Walau pun lokasi rumah ni agak jauh dari bandar tapi rumah ni best!!
Best sesangat ... 
Ada wifi FREE.
Bilik selesa, persekitaran pun ok.
Tambah best, bole kuar masuk rumah tu sesuka hati.
So, takde la macam nak kena ikut rules, balik sebelum jam 12 ke kan.
Owner and penghuni lain pun jenis x kisah.
Memasing buat hal sendiri.

Cuma yang x best nya , sebab JAUH!!! 
hehehe... unless korang memang jenis x kisah tentang jarak, korang bole la cuba stay kat situ.


Pemandangan dari depan rumah.
Nak balik ni baru la terserempak ngan anak-anak jiran.


Dah la, moh lekas kita mulakan perjalanan.
hazab nya nak menapak ke stesen ketapi .... 


Babai Yoga Uluka Studio.
Ada rezeki bole datang lagi.... *ye ke :p

Oh ye ... kita cari rumah ni melalui airbnb ... 

Nota Jemari: tak sabarnya nak balik.. :D

7 comments:

Mya said...

5 hari 4 malam je kau pegi?
aku rasa macam lama sebab macam banyak tempat je kau pegi.
tapi kau rasa cukup ke tak 5 hari 4 malam tu?

anakomak said...

Jgn salah faham, 5H 4M tu hanya di Tokyo,,, hari2 yg selebihnya ako ke Osaka, Kobe, Toyama, Nagoya ... etc

Jari Manis said...

murah tu 5 hari RM70++ je..tapi kalau JM travel ngan partner hari tu mmg dia tolak ke tepi awal2 kalau tahu lokasi jauh dari bandar nih..kalau boleh nk sbelah tren..ha gite kekdah nya..JM lak tak kesah kat mana pun janju=i murah huhu..lorr habis sudah..waduh..JM nyer entri jgak tak habis2 lagi

zaraab said...

Nice house! Love the japanese kind of room tue. Baru feeling2 kat Japan kan? :D

Mya said...

oo.. 5 hari 4 malam kat tokyo saja ek.. ok ok.. :D

anakomak said...

JM,
kan murah kan... bahagi 2 ngan partner still murah lagi ;-)

Zaraab,
betul tu , ada la gak sket feeling2 mcm dok umah jepang hahaa

Mya,
aha hehe kat Tokyo je tu ;-)

Intan said...

Lawa rumah dia! Besor pulak tu!