Konpom korang pun mood dah pikir nak beraya je kan.
Macam aku gak la ni.
Memang xde mood dah nak keje ni ahahaa...
Dah terbayang nak gi holiday.
Dalam takde-takde mood tu, sempat juga la kita buat keje extra kat opis ni.
Dah kata mood nak raya kan.
Maka nya macam x meriah plak kalau tak hias-hias department.
Tahun ni memang simple je kita buat.
Dah saat-saat akhir sebelum sumer pergi bercuti,
ni la hasil yang mampu kita buat.
Laaayyaaannnn!!!
Hasil idea dari NJ.
Jom kita reaslisasikan impian beliau.
Hahhaa...
Rajin 'mak buyong' tu tau!
Tak menang tangan dibuatnya...
Dah lama x main kaler-kaler ni.
Last rasa nya masa zaman sekolah kot.
Itupun sebab kena amek subjek lukisan kan.
Nak menyumbang idea, memang idok la kan.
Moh la kita menyumbang kan tenaga mana yang mampu ye :p
Lepas kaler-kaler, kita main gunting-gunting dan tampal kertas plak.
Dah kata 'mak buyong' ni memang rajin.
Terima kasih ye jadi model aii kejap ... haha :p
Ok ni hampir nak siap.
Taadaaaa..... dah siap pun!!
Jadi la daripada takde langsung.
"Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin"
Nak share kat korang
Tips Keselamatan Jalan Raya Di Musim Perayaan
2. Pastikan kenderaan
anda diservis terlebih dahulu.
3. Sebelum memulakan
perjalanan, buat pemeriksaan dan pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik;
brek berfungsi, tekanan angin tayar dan semua lampu menyala.
4. Rancang perjalanan
anda. Digalakkan patuhi panduan dan cadangan pihak lebuh raya untuk menentukan
waktu berlepas. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenang ketika memandu,
elok berhenti berehat sebentar atau tangguhkan perjalanan.
5. Ikut had laju yang
ditetapkan.
6. Beri isyarat dan
patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi
dan cermin pandang belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
7. Sentiasa patuhi
peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah
atau kuning.
8. Elak daripada
mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca
kemalangan yang serius.
9. Patuhi garis panduan
keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
10. Jangan memotong
barisan atau menyalah guna lorong kecemasan. Ia akan membahayakan semua
pengguna. Denda maksima akan dikenakan oleh pihak berkuasa sekiranya ditahan.
11. Elak mencelah di
antara kenderaan.
12. Pasangkan kerusi
keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.
13. Sekiranya kenderaan
anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan
lampu isyarat kecemasan. Pastikan semua penumpang berada di tempat yang
terjamin keselamatannya.
14. Ketika hujan lebat,
memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan
anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan kerana ianya merupakan isyarat
kecemasan).
15. Bagi yang beragama
Islam, membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan
merupakan amalan yang baik dan boleh menambahkan lagi keyakinan pemandu.
Semalam terkejut masa balik naik shuttle tetiba driver si sathu bagi kad ni...
Hahaha adoiyaaiiii...
Baik la saya amek la juga...
Nah share untuk korang doa naik kenderaan ;-)
p/s: Oh ye ... sebelum terlupa . terima kasih JM atas kiriman kad raya dan duit raya hehee... ;-)
Nota Jemari: hati-hati memandu ...hati-hati melantak .. hati-hati bercuti ;-)
5 Comments
amboihhh simple ke dekorasi tu nmpk mcm usaha yg gigih yg amat!
ReplyDeletepapepun, selamat hari raya! maaf zahir dan batin ako. hati2 balik kampung tu ;)))
hahahaha last minit...ok la tu kan simple2 je pung...
ReplyDeleteSelamat hari raya ako..maaf zahir dan batin..
ReplyDeleteSalam Aidilfitri juga untuk Zila
ReplyDeleteAko..bukan main meriah le apartment u ouls..berhias bagai nak raya nih hiksss
ReplyDeleteOhh..dah terima eh..Alhamdulillah..risau tak sampai je ..sama2 :-)
Selamat hari raya Ako :-)
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com