Hari ke enam.
Bangun lambat!! Konpom la bangun lambat kan, ater sampai mlm tadi pun tengah malam dah.
Penat giler sampai kan memula nak cancel je plan arini.
Gara-gara malas nak bangun dan x cukup rehat.
Tapi bila pikir-pikir balik, bincang punya bincang, akhirnya kita teruskan juga la plan untuk arini iaitu nak ke Fujikyu Highland (Fuji Q). Sepanjang hari memang cerita kat Fuji Q je la ye.
Apa ada kat Fuji Q ni kan? http://www.fujiq.jp/en/
Fujikyu Highland atau ringkas nya Fuji Q adalah tempat permainan macam juga Disneyland.
Cuma yang beza nya Fuji Q ni, tarikan nya adalah permainan roller coaster.
Ramai orang tak tahu sangat kewujudan tempat ni.
Bagus juga so tak payah la nak beratur panjang kan bila nak main games.
Nak ke Fuji Q ni bole la naik bas atau JR tren.
Tapi paling senang adalah naik bas aje.
Sebab bas memang betul2 benti kat area Fuji Q tu sebelum teruskan perjalanan ke area mount Fuji.
Korang bole je beli tiket bas secara online kat sini.
Ada beberapa bus yang korang bole naik.
http://highway-buses.jp/fuji/
https://www.highwaybus.com/rs-web01-prd-rel/gp/foreign/frgSelectLine?lang=en
Ekceli masa kat KL, ako dah sesiap book tiket bas ke Fujikyu.
Ako book dalam pukul 7.30 pagi.
Ye la kan kata nak pegi taman tema harus la kena pegi awal pagi kan.
Tambah plak perjalanan dari Tokyo ke Fuji Q tu amek masa dalam sejam setengah.
Tapi kalau dah bangun pun pukul 8, tak payah mimpi nak naik bas jam 7.30 la kan.
Hahaha....
Sudahnya jam 10:10 pagi baru la kita bergerak naik bas ke sana.
Oh ye, klu korang book tiket secara online tu tak kena bayar dulu.
Booking tu just untuk secure tempat je.
Nanti dah sampai kat stesen bas, hanya perlu bayar tunai je kat kaunter or dalam bas.
Memang ramai orang ke Fuji.
Sebab tu dinasihatkan supaya booking sesiap dulu seat bas.
Macam kes kitorang, last minit kan jadi nya dapat seat paaaling belakang.
Itupun nasib baik la ada lagi kosong.
Ermm tapi kalau sepanjang jalan banyak construction, harus la 2 jam lebih baru sampai kan.
Dua jam setengah dalam bas.
Adoi kematu montot.
Tapi rasa lega dan teruja bila dah nampak tu.
Cer tengok gambar atas...
Yeay! Yeay! Dah sampai!!!!
Teruja tak??!!! :-D
Ok siyes masa memula Murshi suggest tempat ni, excited tu memang excited tapi lebih kepada ngeri dan gerun hahha...
Apa tak nya, nak naik roller coaster terbesar tu.
Bersimpang siur lagi tu. Gurlppp!!!!
Memang dari KL asek la berdebo-debo bila teringat nak kena pegi Fuji Q ni.
Hahah ikotkan hati macam nak soh cancel je.
Tapi sian plak kat Murshi, maka nya bertabah dan gigih la juga melangkah masuk ke kawasan itu.
Ini baru pintu kedai souvenir.
Jauh lagi ke dalam.
Tengok tu, budak excited x sabar-sabar nak naik roller coaster.. :p
Lenggang kan?!
Sepanjang jalan ke kaunter tiket, ada la pelbagai jenis kedai makan dan souvenir.
Masa tu dah pukul 12:40 tghari.
Ok, lenggang?!
Petanda yang baik haahha sebab nya konpom tak ramai dan boleh la main sumer games!
Jalan lenggang kangkong la kita.
Tapi kesian kat pekedai-pekedai tu.
Takde orang nak masuk pun.
Ermmm....
Ehemm.. ehemmm senyum lebor ...
Dah nampak...
Dah makin dekat...
Jom beli tiket.
Harga tiket masuk campur 1-day pass 1400+5200 = 6600yen.
Harga 1 day pass tu dah termasuk naik sumer games.
Tapi dijadikan citer, budak kaunter tu bagitau cuaca x berapa baik.
Maka nya banyak games akan tutup sementara.
Jadi dia suggest la kat kita just bayar tiket masuk je 1400 yen.
Bila kita nak main games kat dalam tu, bole beli tiket lain 1000 yen setiap games.
Tak pikir panjang, kita pun setuju je la just bayar tiket masuk.
Lagipun bila pikir-pikir balik, masa tu dah jam 1 tengahari, konpom x sempat nak naik sume games kan.
So memang berbaloi beli tiket masuk je la. Kalau nak naik games, kita beli je nanti tiket lain kat dalam tu.
Setel urusan tiket, cecepat la ke pintu masuk.
Wah, best ni sebab xde orang pun yang tengah beratur nak masuk kan.
Hahaha memang la, masa tu dah tengahri buta, ye tak?!
Orang, kalau nak masuk, mesti la awal pagi.
Major attraction...
1. Takabisha
2. Fujiyama
3. Eejanaika
4. Dodonpa
Antara empat tu, sume dapat naik kecuali "Eejanaika". Tu pun sebab tak cukup masa. Kitorang memang tumpukan kat 4 major games ni je.
Takabisha
A huge brand new roller coaster with "the steepest drop in the world at 121°"
Get
plenty of thrills from this spine-tingling drop produced using a linear launch
system with linear acceleration and a vertical ascent! A heartpounding
experience with non-stop thrills awaits you starting with a vertical ascent
that takes you straight up toward the sky followed by a brief stop at the top
tilted downward just before the highlight finishing off with a max. 121°-tilt
drop in free fall.
~credit google~
Nampak tak??? Ngeri bagi ako...
Hahahaha... harus la masa ako naik tu baca pape ayat yang patut...
Dan jerit sekuat hati!! :-D
Dag Dig Dug ko masa naik 90 darjah tu.
Nampak putih awan je....
Pastu bole lak dia stop dalam 1 minit rasa nya kat puncak...
Gurlppp memang lepas tu vroommmmmmmmmmm terus dia menurun ke bawah.
Fujiyama
The
atypical, over-the-top "KING OF COASTERS"
FUJIYAMA,
the "KING OF COASTERS," which boasts world-class specs, including a
maximum speed of 130 km/h (81 mph), a maximum drop of 70 m (230 ft.), and a
maximum height of 79 m (259 ft.).
The
thrill on this attraction is so out-of-this-world that we guarantee you'll feel
like you did the first time you rode it no matter how many times you're on it!
Nampak macam roller coaster biasa je kan.
Tapi seriau gak sebab tinggi weii!!
Best naik roller coaster ni sebab bole jerit kekuat hahahaa......
Tapi orang-orang jepun ni malu-malu laaa...
Ako ghase sore ako ngan murshi je kot paling kuat hahah :-D
Dodonpa
Travel at speeds that are almost too fast
The world's most exhilarating roller coaster
Go up to 172 km/h (111 mph) in a mere 1.8 sec. after
launch!! A thrilling sense of acceleration you can't experience anywhere but on
DODONPA!!
Come and try out DODONPA, the attraction that races around
almost the entire park at speeds so fast you can't even breathe!
Get a sense that you're being thrown through the air on the
vertical tower, halfway through the track!
Nampak macam track lumba kereta je kan.
Just straight je tapi ada gak satu tempat tu kena naik sket.
Nak naik Dodonpa ni punya la beratur panjang.
Ekceli masa game takabisha lagi dah kena beratur.
Ingat kan tak ramai orang.
Sekali, amek ko!!
Punya lama nak menunggu giliran nya.
Dan sebab x cukup masa lagi, maka nya dapat main 3 game ni je pun.
Masa kitorang naik Dodonpa ni, jam dah nak dekat pukul 5 petang.
Dah memang time derang nak tutup.
OK citer pasal dodonpa ni, antara 10 roller coaster paling laju di dunia.
Hahahah memang laju sesangat, x sempat nak mengucap, terus vrooommmm....!!
"Ooo maakkk kooo!!!"
Kus semangat dibuatnya.
~credit: google image~
Orang kata bole nampak pemandangan mount fuji tapi kalau dah nama pun roller coaster paling laju, xde makna nya ko nak menghayati pemandangan gunung fuji kat atas tu. :p
Tapi kalau korang naik Takabisha, yup bole la tengok pemandangan Gunung Fuji kejap masa dia benti kat atas tu. Mount Fuji memang cantek! Walau ako x pegi area berdekatan gunung tu, tengok dari jauh pun dah teruja.
Tiga game je main so kita beli 3 je tiket. Harga 1000 yen setiap satu.
Untung juga, nasib x beli pakej 1 day pass tu.
Dapat main pun 3 je kan hehe :p
Setiap tempat game ada mesin beli tiket.
Takde duit kecik, jangan risau.
Mesin tu ada duit tukar sekali.
eejanaika
The roller coaster with the highest total number of spins in
the world
Enjoy unprecedented thrills and a feeling of liberation as
you experience three different kinds of spins, "the spinning of your seat
forward and backward," "loops and flip-flops through the air,"
and "spinning with twists in it," while you race down the track!
As an added bonus, you'll hang there with your legs dangling,
so you won't be able to plant your feet anywhere to steady yourself. This will
send a strange sense of being hurtled through the air coursing through your
body.
Frust sket la sebab x dapat cukupkan 4 games.
So nasihat ako, kalau nak pegi Fuji Q Highland ni, pastikan korang sampai sana waktu pagi ye ;-)
Jom kita jenjalan sket kat luar persekitaran Fuji Q.
Ada eifell tower.
Ako rasa la kan, fuji q ni mesti orang peghancis yang buat ni kan.
Apa tak nya, kedai-kedai kat situ sumer nya pakai nama peghancis je.
Ke orang jepun ni terkenan kat orang perancis tak?
hehehe....
Bas nak balik Tokyo jam 7 malam.
Nasib ada kedai ni.
Bole la menunggu sambil berehat kejap.
Tapi konpom la makanan kat situ takde nya yang boleh ditelan.
Gurlpp tahan lapar je la time tu.
Bas lambat lagi, membuta pun sodap ni. :D
Ada sediakan tempat charger.
Bagus, bateri pun dah kong.
30 minit just bayar 100 yen je.
Bas sampai lebih kurang 7.15 malam...
Perjalanan sejam setengah.
Sampai Tokyo dah pukul 8:45-9:00 malam.
Nak sampai ke tempat tinggal kitorang tu amek masa lagi sejam perjalanan.
Adoiyaiii....... rata-rata sepanjang kat Tokyo, kitorang mesti sampai umah dalam pukul 12 tgh malam.
Fengsan!!
Nanti dah ada gambar rumah yang kitorang stay, ako citer kat next entry k ;-)
Nota Jemari: ... sampai umah jam 12 tgh malam, mandi2, siap2, layan tenet jap.. lebih kurang jam 2 pagi baru tido... subuh jam 330 pagi.. huwaaaaaaaa penat weiii!!!
13 Comments
Ahaaa betul lah ako, x ramai yvg tahu tempat ni termasuklah Jm walhal x jauh pun dari tokyo kan. Roller coaster mcm ni baru best baru puas hati byk pulak tu then yg paling org bertudung pun boleh naik huhu kat usj d larang sama sekali
ReplyDeleteYup JM... klu g mount fuji mesti lalu tempat tu.. best!! Yup pakai tudung x jd mslh.. derang sediakn raincoat utk kita pakai...
Deleteberaninya kau naik.
ReplyDeletekalau aku memang tak ahhh.. penakot! huhu..
Mya,
ReplyDeleteAda orang yang berani, ako pun kena la berani kan hehee... memula mmg takut tapi bila dah try sekali, konpom yg lain pun ok punya ;-)
ako..
ReplyDeletepegi tu ari apa? napa macam x ramai orang je?
Syieds..
DeletePegi ari rabu... mmg x seramai pegi disney tapi nak beratur naik roller coaster.. azab juga.... still ramai
Ko xde amik ke beli gambo naik roller tu ke Ret? Biasa kan ada kan macam tu...mau kelako ntah cmne rupe ko hahahaha
ReplyDeleteEeee kalau aku pun dah sampai sana, mmg naik punya, rugi tak naik..jerit ilang sore pun takpe heheheh
Ada lin.... tapi gmbr derang x berapa cantek ar... derang x pandai fokus haha...nnt aku try mskkan k
DeleteOwwhh SANGAT JELES ok!! Ni yg nak kena repeat ni!
ReplyDeletewohooo...syok g ngan yg nak join naik...
ReplyDeleteni kena msuk dlm list siap2 tuk next year nih..
Travelog,
ReplyDeleteyup bole masuk list tau.... ;-)
enjoy
perghh..berlingkar-lingkar...menjerit kuat..haha..hilang stress..
ReplyDeleteSeramnya tgok roller coaster yang berlingkar2 tu ha..kalau SA confirm nangis anf tobat x nak naik dah...
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com