Hari keenam dah lepas..jom kita sambung untuk hari ke tujuh plak.


Cerita untuk arini... Plan ke Tokyo Disney. Boleh book tiket secara online kat sini.
4 hari di Tokyo, kitorang stay kat kawasan perumahan. Ye stay kat umah orang.
Just sewa bilik je. Nanti citer details pasal rumah ni kat entry lain k.
Setiap hari akan berjalan lebih kurang 7 minit dari rumah ke station miyamaedaira.

Pagi tu hujan renyai-renyai. Masa ni baru pukul 6.16 pagi. Hari Khamis, orang dah mula kluar umah untuk ke sekolah atau kerja.


Setiap pagi mesti akan singgah kat FamilyMart ni untuk beli coffee starbuck dan juga sandwich telur.


Air wajib beli sepanjang kat Jepun. Sedap!!:p



Haus nyaaa...
Penat berjalan dari rumah ke station, nampak je macam rileks kan.
Hakikatnya kejung kaki tiap kali nak kuar umah dan balik umah. :p

Ok perjalanan kali ni dari Miyamaedaira Station ke Shinjuku. Pastu dari Shinjuku ke Mahaima Station (iaitu station ke Disneyland), ambil masa lebih kurang satu jam 10 minit. Boleh rujuk kat sini untuk lebih lanjut macam mana nak ke Disneyland --- > http://www.tokyodisneyresort.jp/en/access/train_bus/


Keadaan di pagi hari di dalam tren. Ini adalah keadaan di dalam local tren.
Pagi-pagi memang sesak.


Padat!
Dah macam naik komuter kisahnya. :p


Buka je pintu......


Berlumba-lumba derang kuar.....


Yang kuar ramai, yang masuk balik pun bertambah ramai.
Aishh...... nasib baik xde bau-bauan walaupun konpom ada yang x mandi pagi tu hahah... 


Hari pertama di bandaraya Tokyo.
Maka nya belum mahir lagi selok belok tren, jalan kuar masuk pintu mana yang dekat dan jauh.
Arah mana nak tuju ke destinasi seterusnya...
Masih lagi mencari-cari arah .....


Jalan lagi mencari arah ... 




OK, nak kena naik JR Keiyo Line untuk ke station Mahaima.


Jauh juga berjalan dalam Tokyo Station tu. Banyak cabang, banyak exit, banyak laluan.
Jangan risau, korang cuma perlu pastikan line apa tren, dan exit no berapa.
Pastu just ikut je signbod k.


Ramai sungguh orang awal-awal pagi ni kan.


Tadaaaaa dah sampai dah mahaima station.


Excited dah ni.. tapi tu belum sampai pintu masuk lagi tu.
Ni baru je kluar dari pintu tren station.
Kena jalan lagi ye anak-anak sekalian :p


Dah dekat dah.... Tu tu nampak tu.
Pintu gerbang Tokyo Disneyland.


Hotel Disney yang sangat besar.


Makkk oiiii kena beratur panjang giler.
Nasib la banyak juga pintu masuk nya.
Walau ramai tapi tak terasa sangat kena beratur lama.


Dah kata tiket beli secara online, so tak yah gatal-gatal nak gi tukar tiket manual.
Heheh kisahnya sebab tengok tiket original macam cantek, so ingat kan nak simpan buat kenangan.
Tapi bila gi kat kaunter, derang x bagi nak tukar.
Sape yang dah beli online, dah print tiket tu, guna je yang tu.
Hahahah padan muka sendiri... iskk iskk..... 

Tiket yang korang dah print tu, korang lipat enam jadi cam gambar atas.
Pastikan bar code kat bahagian luar. Nanti senang nak scan.

Oh ye lupa inform, harga tiket adalah 6200 yen seorang.


Kalau x sempat nak beli tiket online, takpe , jangan risau.
Korang masih boleh beli di kaunter.


Ramai nyaaaa!!!
Konpom kena beratur panjang nak main games nanti.


Dah nak masuk dah...
Scan bar code tadi k.


Eh eh dah sampai laaa?!!
Macam x caya je kan.... 


Yeehaaaaaaa, dah sampaiiii Disneyland Tokyo!!
Alamak cuaca cam mendung je ni.
Jangan hujan pelis.. jangan hujan.....


Palingg best disney tokyo ni, kita boleh amek express pass!!!
Pastikan korang scan bar code tiket masuk tadi kat mesin express pass ni.
Nanti kad express pass akan kluar. Ada syarat!!
Korang tak boleh amek express pass berturut-turut sekaligus untuk setiap games.
Kena tunggu masa dan giliran juga.

Kata kan, game pertama korang punya ride pukul 9 pagi, korang kena lepas kan dulu ride ni, then baru korang bole amek express pass untuk game yang lain plak.
Ekceli korang kena pandai budget masa dan pilih game. Kalau nasib baik, korang bole dapat 2 express pass cuma maybe games yg kedua yang korang amek utk espress pass tu, kemungkinan besar adalah pada jam 3 petang. So jauh kan masa antara game pertama dan kedua. Perantaraan masa tu, boleh je main game lain cuma kena beratur kat lane biasa je la. 

Memang stress ok bila beratur kat lane biasa, dan tengok orang berpusu-pusu guna express pass..
Huwaaaa rasa nak menjerit je. Derang memnga utamakan betul2 sape yang guna express pass.
Bertabah la menunggu ye jika korang terpaksa beratur kat lane biasa.

Boleh baca details lagi pasal fastpass ni --> http://www.tokyodisneyresort.jp/en/tdl/atrc/fastpass/index.html


Antara game yang kitorang main. "Space Mountain" ... 


"Star Tours: The Adventures Continue" ..
Ala-ala naik spaceship.
Ha pernah tengok citer star wars tak?
Kita ni ibarat 'askar-askar' derang la... kena setelkan misi...
bla bla... nak terang kan pun dah tak ingat :p


Ala just duduk je macam dalam kapal angkasa tu..
Pastu tengok skrin ... ye ye 4D show ...
Laayaaannn..... ;-)


Pastu kita naik Monsters, Inc. Ride & Go Seek!

Ala kita naik kete, pastu pegang torch light, then tembak je kat mata monster...
Hahhaha untuk hilangkan stress, ok laaa.


OR



Dan hujan pun turun dengan lebat nyaaaa.....
Terdampar di tepian sekejap.
Tak bole nak main games outdoor.
Indoor memang konpom la penuh sebab orang dok beratur dan berteduh sekali  .. 



Jom pusing-pusing kat dalam situ .... 



"Mark Twain Riverboat" ... 
Pusing-pusing naik bot .. sambil dengar cerita dari kapten, sambil dengar muzik.


"Tom Sawyer Island Rafts" ...
Naik rakit plak mengelilingi pulau ... Kalau korang pernah gi Disney HK, ala-ala naik rakit gi pulau tarzan tu .. Cuma yang ini pulau Tom Sawyer ala-ala american island.


"Splash Mountain".....


Alaaaaa sama je game ni macam kat Genting n Sunway. -)


Main-main games dah x amek gambar dah sangat.
Dah puas main, kita jenjalan je la ek, tengok apa yang ada dalam disneyland tu.




"It's a small World" ... 
Sesuai kalau bawa anak-anak naik bot dalam tu ... 
Sail around the world and sing along with the children of the world, as they greet you in the traditional costumes of their countries. From Europe, through Asia, around Africa and Central America and even through the South Pacific islands, you'll see that it really is a small world after all!

Jalan-jalan nampak karaktor ni...
Erkk karaktor apa ni ek???


Yang ni lagi la tak tahu hehehe.....
Karaktor jepun la kot kan :p


Kita masuk rumah mickey.


Tengok apa yang ada dalam tu.
Rumah ni tempat kita bertemu dengan mickey.


Masih dalam rumah mickey.
Panjang lagi ni kena beratur.
Tapi beratur panjang2 tak terasa sangat coz sepanjang tu kita bole tengok macam-macam.


Nak dekat dah ni ....
Nak jumpa mickey, kena masuk dalam bilik khas.
Dia x bagi masuk ramai-ramai.


Tadaaaa.... akhirnya dapat juga bertentang mata dengan mickey...
Satu-satu nya karaktor yang dapat ako bergambar...
Jadi la sebagai kenangan.


Kat luar orang dah ramai berkumpul.


Kitorang pun join la sama.


Ooo ada parade rupa nyaa...
JOm laa tengok!!


Cantek plak tengok bunga tu....


Ingat nak amek gambar dengan 'snow white' tapi punya la ramai mak-mak jepun ni dok tolak anak derang soh ke depan. Aisshh..... pastu terkebil2 bila kena interview dengan snow white.. hahaha... 



Last-last moh la bergambar dengan budak sekolah je la.. :-D
Budak-budak sekolah ni kayo ni... Tengok kan aje shoping beg derang.
Ada tu berbakul-bakul soping bag nya...
Dasat derang ni ...


"Big Thunder Mountain"...
Satu-satu nya roller coaster yang kitorang naik...
Bole laaaa.... ;-)


Malam..... ingat nak tengok bunga api...


Ada parade juga tau waktu malam.
Warna warni ... memasing cari port baikk punya.



Antara parade untuk malam hari sebelum bunga api...


Seharian kat Disneyland....berkilat dah muka... 
Macam x puas je hhahaa... kena repeat balik kot kan :-D


"Bon Vogaye" ...
Babai Disneyland .... lepas ni maybe leh try DisneySea plak kan :p



Moh balik moh....
Hari terakhir penggunaan JR Pass....
Sob sob .... no more JR tren lepas ni ... 


Babai JR tren.....
Babai JR Master ... 
Babai pekerja-pekerja JR ...

Pasni kita naik je la local tren ye ... huhu ..
Siap sedia duit tambang ...

Nota Jemari: Penat .....puas hati .... nak datang lagi! hahaa...