Stop kejap la eh citer pasal Jepun. Insyallah ada masa, aku sambung lagi.
Jom nak citer pasal jalan-jalan cari makan dalam bulan pose ni.
Tak jauh pun, dekat MRR2 je.
Aritu kat IG mekcu ada tanya, "betul ke nama restoran macam tu?"
Haha betul la tu mekcu!
Masa memula nampak signbod dia kat tepi MRR2 tu, tertanya gak, "biar betul ada restoran kat situ?"
Coz klu ikotkan memang x percaya ada tempat makan kat kawasan tu.
Kawasan tu agak terpencil sket.
Kalau korang memang slalu ikot jalan MRR2 (arah ke Taman Melati), mesti akan perasan signbod "Restoran Golek-golek".
Tempat ni dibuka hanya pada hujung minggu sahaja iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Untuk bulan puasa ni, disarankan korang buat tempahan terlebih dahulu.
Korang bole contact Firdaus 016-2269140.
Dia lebih prefer korang wassapp je dia, so senang nak deal.
Dia lebih prefer korang wassapp je dia, so senang nak deal.
3°14'08.6"N 101°43'30.9"E
GPS coordinate 3.235710, 101.725244
Nak ke Golek-golek ni agak tricky sket la.
Korang kena hati-hati sket bila kuar selekoh dari Karak.
Coz simpang nak masuk ke golek-golek ni x jauh dari selekoh karak tu.
Kalau korang dari arah Batu Caves/Karak, pasti kan korang x terlepas flyover yang ke Taman Melati tu.
Kalau dah terlepas, kena la patah balik ye.
Ako sarankan, bila dah belok tu, korang himpit ke kiri dan memandu la dengan perlahan.
Kalau nasib agak baik, korang akan nampak ada orang jual lemang kat tepi tu.
Jalan masuk tu agak cam hutan sket.
Penuh pokok-pokok.
Bila dah nampak signbod 'golek-golek' tu, masuk je simpang tu.
Kemudian korang kena melepasi cerunan 40 darjah untuk naik ke tempat golek-golek ni.
Kalau takde keberanian, agak susah juga la nak daki bukit tu. hehhee....
Bila dah daki, korang akan nampak pintu gerbang n pintu masuk golek-golek.
Terus je ke hadapan.
Parking adalah merata-rata.
Pepandai la korang cari parking bila dah masuk area situ.
Paling-paling pun korang leh je parking kat area kuari kat belakang nun.
Memandangkan kitorang pergi hari Jumaat, so agak kelam kabut sket la pekerja-pekerja situ nak set up meja dan sebagainya. Sebab nya mostly daripada mereka ada kerja tetap. Jadi, kalau korang kurang dapat layanan pada hari Jumaat, jangan plak melenting k. Pepandai la korang bawa diri. Silap haribulan korang pun bole tolong derang set up sekali hehehe...
Masuk-masuk je teruja tengok rumah kampung ni.
Cantek kan.
Ni adalah rumah asal yang dibawa khas dari Melaka.
“Saya mahu orang datang ke sini untuk meraikan waktu santai bersama keluarga dan rakan-rakan. Namanya sahaja sudah memberikan idea tentang momen yang relaks,” ujar Ahadiat berlatarbelakangkan binaan rumah tradisional Melayu berusia lebih 100 tahun yang dipindahkan khas dari lokasi asalnya di Melaka.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Urban&pg=ur_02.htm#ixzz385r5OmsP Hakcipta terpelihara
Oh ye untuk pengetahuan, golek-golek ni adalah kedai makan milik novelis terkenal, Ahadiat Akasyah dan isterinya. Kirakan family business la ni.
Rindu plak kat kampung ako.
Lumrah kalau kat kampung mesti nak bergambar kat tangga hahaa...
Seb baek tak bergolek-golek sekali kan :-D
Masuk ke dalam rumah tu, terletak nya ruang tamu berkerusi kayu yang antik.
Memula seriau gak nak mausk dalam rumah.
Bukan apa, takut tak kukuh, al-maklum dah lebih 100 tahun kata kan.
Hiasan dalaman masih mengekalkan barang-barang lama.
Ruang tengah yang menempatkan 2 bilik.
Kalau korang nak makan kat dalam rumah ni pun bole.
Siap ada loteng juga.
Yeay, jom balik kampung!!
Ho ho ho balik kampung......!!
Masih awal ....
Oh ye, memandangkan kawasan nya agak pendalaman, atas bukit dikelilingi pokok-pokok, jadi nya banyak juga la nyamuk eh yang berkeliaran. Kalau rasa x nak kena gigit, pakai la baju lenggan panjang ye ;-)
Antara ruang makan.
Makan bawah rumah.
Ruang makan tengah laman.
Ruang makan kat hujung taman.
Konpom situ banyak nyamuk tu hehehe....
Ada juga ruang di dalam gazebo.
Dan banyak lagi tempat makan yang korang bole pilih.
Tempat solat untuk lelaki.
Ruang solat untuk pompuan betul2 di hadapan rumah tadi.
Ada pondok yang disediakan khas untuk solat.
Bersebelahan dengan tandas.
Antara menu yang disediakan.
Oh ye, menu utama adalah ikan bakar.
So, jangan plak korang nak makan tomyam or sate ke kan.
Memang la takde kat situ.
Details menu bole tengok kat bawah ni.
“Bagi memastikan kesegaran, kami tidak menyimpan beku bekalan ikan kami lebih daripada 24 jam. Itu bagi memastikan rasa enak dan kemanisan ikan itu terpelihara. Sebab itulah tempahan awal amat penting supaya kami boleh mendapatkan bekalan mengikut pesanan,” ujar Ahadiat. -kosmo
Goreng-goreng konpom memang takde la ye!!
Ikan pari bakar sambal.
Kalau nak amek yang petai pun ada.
Ikan siakap bakar sambal.
Sambal nya bagi ako marbeles juga la.
Pedas sesangat!
Memang ada kick!
Cuma sebab kan derang dah masak banyak-banyak, jadi nya ikan tu cam dah sejuk sket.
So bila dah sejuk, dia agak keras la sket ye.
Tapi overall, not bad la memang sedap!
Sotong butter ni memang portion dia sket.
Jadi pandai-pandai la korang budget ye berapa pinggan nak order hehee .
Jadi pandai-pandai la korang budget ye berapa pinggan nak order hehee .
Telur dadar 2 biji.
Sup ayam ni yang basic je tau.
Bole la untuk 2-3 orang makan.
Ekceli ada je lagi kita order tapi sebab kan hari Jumaat derang x menang tangan, maka nya tak dapat la makan kerang bakar dengan sayur bakar.
Memang agak kelam kabut sket.
So kalau korang nak cepat, self service je la ye hehee.. ;-)
Muka kekenyangan....
Alhamdulilah ...
Budak-budak pun suka..
Dan bukti kesedapan nya!!
Hahaha LICIN!
Nota Jemari: Alhamdulilah ... dah nak raya kita ye ;-)
2 Comments
ahaaa..mmg sesuai sgt nama restoren tu ngan lokasi nya..kalau tak hati2 memandu ke kawasan tu mmg boleh tergoleh..oohh ahadiat akasyah..kenal2 pernah baca novel tulisan beliau mmg BEST
ReplyDeleteIkan segar tu yg best tu..rasa isi ikan mesti manis sgt kan sesuai dgn harga :-)
psst : Ako tak sudi terima kad raya dari JM ke..tak email alamat pung :-)
Haha lawak arr JM ni... nak bergolek, hati2 JM...
DeletePSSTT bg kad selit duit raya sekali eh:p
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com