Followers

Wednesday, August 19, 2015

Pelaksanaan Pengasingan Sisa di Punca Secara Mandatori



Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan telah memutuskan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal secara mandatori akan bermula pada 1 September 2015.

Perlaksanaan ini akan dikuatkuasakan di lapan (8) buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Pahang, Kuala Lumpur & Putrajaya. Pemilik premis di Negeri-negeri berkaitan diwajibkan mengasingkan sisa pepejal mereka mengikut kategori yang telah ditetapkan.


Secara umumnya, pengasingan sisa pepejal di rumah ini adalah mengikut jenis komposisi sisa pepejal seperti berikut :


  • a. Kertas - surat khabar , majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas computer, kertas A4, kertas berwarna, resit, bil , kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos.
  • b. Plastik - botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan, bekas sabun cecair mandian, botl syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, ,beg plastik, bekas ais krim dan lain - lain jenis plastik, 
  • c. Lain - lain bahan yang boleh dikitar semula iaitu :- 
  • i. Kaca/Seramik - botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca dan sebagainya. 
  • ii. Tin aluminium/besi/logam lain - tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya. 
  • iii. Sisa elektrik/barang elektrik kecil - bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED,cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.
  • iv. Bahan fabrik/kasut/getah/kulit - kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan sebagainya. 
  • v. Sisa berbahaya - bekas penyembur ubat nyamuk,tin cat, bekas racun, bekas bahan pelarut, bekas ubat anai - anai dan sebagainya. 
  • d. Sisa Kebun/Taman - sisa halaman rumah seperti daun kering, ranting,pelepah pokok, batang pokok, rumput dan sebagainya. 
  • e. Sisa Pukal - sisa peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari, katil, mesin basuh, sofa, perabot dan sebagainya.

Nota Jemari: Harap-harap menjadi laa.... 

No comments: