Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan telah memutuskan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal secara mandatori akan bermula pada 1 September 2015.
Perlaksanaan ini akan dikuatkuasakan di lapan (8) buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Pahang, Kuala Lumpur & Putrajaya. Pemilik premis di Negeri-negeri berkaitan diwajibkan mengasingkan sisa pepejal mereka mengikut kategori yang telah ditetapkan.
Secara umumnya, pengasingan sisa pepejal di rumah ini adalah mengikut jenis komposisi sisa pepejal seperti berikut :
- a. Kertas - surat khabar , majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas computer, kertas A4, kertas berwarna, resit, bil , kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos.
- b. Plastik - botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan, bekas sabun cecair mandian, botl syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, ,beg plastik, bekas ais krim dan lain - lain jenis plastik,
- c. Lain - lain bahan yang boleh dikitar semula iaitu :-
- i. Kaca/Seramik - botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca dan sebagainya.
- ii. Tin aluminium/besi/logam lain - tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya.
- iii. Sisa elektrik/barang elektrik kecil - bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED,cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.
- iv. Bahan fabrik/kasut/getah/kulit - kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan sebagainya.
- v. Sisa berbahaya - bekas penyembur ubat nyamuk,tin cat, bekas racun, bekas bahan pelarut, bekas ubat anai - anai dan sebagainya.
- d. Sisa Kebun/Taman - sisa halaman rumah seperti daun kering, ranting,pelepah pokok, batang pokok, rumput dan sebagainya.
- e. Sisa Pukal - sisa peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari, katil, mesin basuh, sofa, perabot dan sebagainya.
Nota Jemari: Harap-harap menjadi laa....
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com