Lepas derang semua dah masuk opis balik, ako plak pakat amek cuti raya.
Yeeehaaaaaa sangat heaven sebab tak payah ber'gaduh' atau be'rebut' di jalan raya.
Cuti-cuti, moh la kita pulang ke 'kampung'.
Jay Bee, here i come!!!
Vrrommmm........
Dari KL ako menyinggah kejap ke Batu Pahat sebab nak hangkut budak-budak berdua ni.
Pastu terus shoot ke Johor Bahru. Sampai kat Bukit Indah dah petang. Malam nya kami 'beraya' la di Kedai Pizza milik sahabat blogger kami iaitu Nad di Delish Family Bistro kat Senai sana.
Serious memang sedap pizza diorang ni.
Selain pizza, korang leh gak try menu2 yang lain.
Makanan kat kedai ni ada western food, italian food, dan ada jual cookies juga.
Salah satu pizza yang kami cuba....
Nyummyyy sangat!!
Thanks Nad for the delicious foods..
Insyallah akan datang lagi kat kedai awak.
Moga kedai awak makin maju dan terus maju ye ;-)
Insyallah akan datang lagi kat kedai awak.
Moga kedai awak makin maju dan terus maju ye ;-)
24 Julai (siang)
Esoknya kita beraya dengan bff merangkap ex-classmates gitu.
Bergegar-gegar gambar jadi nya.
Gini la kalau minta budak-budak yang tolong snapkan gambar kan ;)
Susah betul dapat gather-gather macam ni selalu kan?!
Haaa amek ko!!!
Perbincangan tentang percotian kami.
Hasil tangkapan dari si aqeem.
Separuh muka je yang nampak, jadi laaaaa hahaha...
Friendship Forever ya, sampai ke tuaaaaaaaa... muahahhahaa!!
24 Julai (malam)
Malam nya kita gi beraya ke rumah 'pengantin baru'.
Berseri-seri pengantin baru ni.
Makanan pun nampak berseri gak bila pengantin laki yang masak kan hahahaa...
Terima kasih cikgu linda sebab sudi menerima kedatangan kami...
Next time leh singgah lagi :p
Budak berdua ni juga yang hepi....
25 Julai
Jom ke Sedenak pulak!!
Budak-budak ni jumpa uwan kat sedenak.
Kalau ke sedenak, rumah sape lagi yang patut korang kunjung kalau bukan ke rumah Mat Gebu, pemilik blog http://www.tiffinbiru.com/ yang pemes pasal masak-memasak tu kan.... ;)
Pastu bila dah datang rumah Mat Gebu ni, wajib melepak kat dapur dia.
Untung-untung boleh dapat resepi or petua-petua pasal masak memasak.
Lagi untung boleh korek-korek makanan kat dapur dia ahahaa...
Orang kuat mat gebu ni...
Kalau dia datang konpom jadi pembantu yang berdedikasi hhahaa...
Bagus hasil kerja dia ni. Ghase-ghase kalau nak amek jadi pembantu bole contact mat gebu hahaah...
Tentang bayaran, upah je dia makan, gerenti dia suka punya :p
26 Julai
Sebelum balik KL aritu, sempat menyinggah ke rumah Kak Intan.
Susah-susah 'masak' kan untuk kami aritu.
Yang palingggg gumbira, budak-budak berdua ni.
Tahun ni beraya dengan Nina... tahun depan kita jalan-jalan raya bertiga lagi ye.
Raya dah abesh dah kan... tunggu rumah terakhir yang kami pergi selepas berakhirnya syawal :p
Nota Jemari: Raya Haji bakal tiba.... jom raya lagi haha
2 Comments
nice raya celebration.
ReplyDeletedh raya haji ni ;p
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com