Ramadhan yang SIMPLE

Salam ramadhan hari ke tiga.
Hujan sangat lebat tapi gigih juga menyinggah ke pasar ramadhan semata-mata nak beli murtabak dan air honey dew. Alhamdulilah gigih meredah hujan, akhirnya dapat gak beli.

Hari ni tekak rasa nak makan lempeng cicah sambal telur. Tengkiu tukang yang buat makanan untuk kami berbuka. 


Jadi laa.. sambal telur tu dah jadi scrambel egg plak haha.. Tahun ni memang berazam tak sentuh nasi dan makan yang simple simple aje. Nak elakkan pembaziran macam tahun-tahun lepas. Alhamdulilah, semua isi rumah tak banyak sangat songeh bab-bab makan ni. Derang makan je apa yang terhidang , janji dapat isi perut.


Sian diier tapi nasib baik hari ni dier kuat tak macam semalam, tewas sebab alasan panas perut 😅.


Ini menu semalam.
Terima kasih kepada yang sudi masak.
Mi bandung kay ell nama diberi. Memang tak kan sama la ye dengan mi bandung yang lain. 


Terima kasih abam abin sebab tolong buatkan nina kuih onde-onde ni. Walau tak cukup warna tapi nina tetap cakap sedap sebab keyakinan abam abin tu yang penting. Keep it up, lenkali bole cuba perbaiki lagi k.


Akhir sekali, moh la kita membuta lepas kekenyangan berbuka dan selesai bertarawikh....

Zzzzzzz....😴

Nota Jemari : alhamdulilah rezeki..


Share:

4 comments:

  1. Waaa sedapnyaaa lempeng..hebat juga ko ye, buka makan lempeng..Eh Abin buat kuih tu ke ? pandainyaaaa

    ReplyDelete
  2. Haha, adik aku sediakn bahan..abin gentel2 tepung jd onde2...

    So far alhmdulilh, mmg kenyang buka lempeng..

    ReplyDelete
  3. Simple is the best, kan. Knp puasa thn ni x nak makan nasi?

    ReplyDelete
  4. Skin Care,

    Saja istiqamah di bulan ramadhan sbb bln lain-lain terlalu byk sangat melantak nasi hahaha... ;-)

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.