28 Jan 2018
Short vacay, so hari ketiga ni jom ke Nami je la. Salah satu tempat yang WAJIB kena pergi kalau dah sampai seoul ;-) Kali ni jom tengok apa kelainan Nami.. kot-kot leh jumpa salji kan..
Ada banyak cara nak ke Nami. Kitorang naik subway je. Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam 45 minit juga la. Korang boleh check kat apss "subway korea".
Salah satu Cara ke Nami dari Myeongdong :-
- Dari station Myeongdong (Line 4) ke station Dongdaemun History & Culture Park
- Dari station Dongdaemun History & Culture Park (Line 5) ke Station Gunja
- Dari Gunja (Line 7) ke station Sanbong
- Dari Sanbong (Gyeoung-Chun Line) ke Gapyeong
Bila dah sampai kat Gapyeong tu, sila la naik teksi kat depan station menuju ke Nami Island. Harga satu teksi antara 3000-4000 won sahaja. Kalau ada yang nak naik bas pun bole juga. Cuma beberapa kali ako ke Nami, x pernah lagi ako naik bas ke sana. Sesape yang pernah try tu, boleh la share experience, tambang bas ke k.
Perjalanan yang jauh, memang situasi normal ni kalau nampak ramai yang terlelap dalam subway :D
Naik feri ke pulau ni dengan harga 10000 won.
Dulu kalau tak silap, untuk foreigner akan dapat diskaun 8000 won.
Tapi dua kali ako pegi lately ni, kakak kaunter tu x moh bagi rege foreigner plak..
Ada sesape still dapat harga foreigner tak, boleh share info?
Bila tengok ais camni, nampak plak salji bertaburan kat tanah, konpom boleh agak kedinginan ketika itu kan. Jom tengok salji merata-rata kat Pulau Nami waktu kitorang ke sana.
See.... nampak tak salji. Berbeza sungguh waktu ako pegi bulan doblas 2017..
Masa tu salji belum nak penuh sangat.
Bagi yang pertama kali pegang & tengok salji, memang teruja sangat-sangat.
Tengok je video atas ni.
Cuma kitorang x sempat nak buat snowman je.
Ada gak pameran ukiran ais masa tu.
Wajib area, opkos la kat situ kan.
Kalau datang nami, x photoshoot kat situ, memang tak lengkap kunjungan korang.
4 kali gi musim sejuk, ni la kali pertama dapat pose cenggitu dikelilingi salji.
Cer sis lin tengok... serupa tapi TAK sama kan :p
Satu-satu nya kedai HALAL kat Nami tu adalah Restoran Asian Cuisine.
Senang je nak cam, bangunan kaler kuning.
Makanan kat situ semuanya sedap-sedap belaka.
Harga tu ako rasa berpatutan sangat.
Cuma bila di Korea, jangan pula kita convert harga tu ke Ringgit.
Tu memang pantang ako weii...
Memang la ada sesetangah bende, korang bole la convert.
Tapi kalau bab makan, tak payah la nak convert-convert.
Kalau korang tengok harga dalam ringgit, memang korang x lalu nak makan.
Balik dari Nami, dok mention harga makanan mahal-mahal.
Kalau berkira sangat, kebulur la korang. :p
Di bahagian atas ada ruang untuk solat.
Sangat selesa.
Tempat amek wudhu untuk wanita pun tertutup kat atas.
Telekung ada disediakan juga cuma tak banyak la.
Muka kekenyangan selepas melantak.
"Yang ni dah kenapa?
Oppa tak sampai lagi ke?" :p
Balik je dari Nami, terus kitorang ke Myeongdong Street.
Malam akhir, so plan nak makan street foods aje la.
Tengok makanan-makanan tu, bila la nak 'terbang' lagi ye ?!
Maybe next trip musim bunga ke kan..
So tunggu....
Memandangkan flight kitorang esok (29 Jan) jam 8:30 pagi,
so jam 4:30 pagi kitorang dah gerak ke Airport.
so jam 4:30 pagi kitorang dah gerak ke Airport.
Atas bantuan pihak Guesthouse, kitorang minta dia bookkan taxi aiport (saiz besar).
Harga satu taxi tu dalam 77000 won.
Nota Jemari: trip musim bunga akan menyusul...
3 Comments
Bestnyaa..
ReplyDeleteSuka tang makan dan makan tu jee hahahaha
Wow Enjoying the winter sonata is very inspiring, lots of memories and stories there. Thank you for sharing your experiences and knowledge about holidays. theapartmentscanggu.com
ReplyDeleteKalau la SA ni..rasanya beribu gambar dah ni....kalau x bawak kamera balik outing tu transfer masuk FB dulu ke..hahahaha...
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com