Rasa macam dah lama tak balik 'kampung'. 
Hajat diutarakan kepada 'The Kakaks'. 
Setelah perbincangan dibuat, maka pada tarikh 26-29 Januari 2018, berlepas la kami berlapan ke Seoul, Korea dengan menaiki pesawat AirAsia (tiket mampu beli) pada jam 12:50 pagi waktu Malaysia.

.:The Kakaks with anak memasing:.

Perjalanan kami bermula dari Putrajaya Sentral.
Pada yang dah biasa, parking kat sini memang lagi murah kalau nak dibandingkan parking di KLIA2. Kata nya berlapan kan, kita plan jumpa ngan The Kakak yang sorang lagi tu di KLIA2 terus.



Sampai je kat KLIA2, sesi menimbang beg bermula. Memandangkan ada yang tak amek luggage check-in, dan dengar-dengar krew-krew Pak Tony sangat tegas untuk membenarkan hand luggage tak lebih 7 kilo, maka memasing sangat la runsing. Operasi mengemas semula beg pun bermula.



Setelah dikemaskini, akhirnya beg yang akan dibawa check in luggage hanya la berisi milo dan serunding sahaja. Adoiii hahaha masa ni memang dah lawak dah, sebab beg besar-besar cuma di isi dengan milo je. Untung sape mminum milo ni kat Korea hahaa.

.:Ya ampun, ni la akibat salah penimbangan berat semasa membeli luggage, ingatkan luggage yang kita beli tu dah cukup tuk kita berdua.. hahaha sorry ye adik zurin, ahkak ko ni salah budget plak :D:.

 

 Setel urusan check in, moh la kita masuk balai berlepas.
Memasing dah excited nak cari salji.


 R'u ready gals?! Here we go...


 Siap sedia untuk berlepas.

 


 6 Jam perjalanan, akhirnya kami selamat tiba di Incheon Airport lebih kurang jam 8:20 pagi waktu tempatan. Semua nya adalah pertama kali menjejakkan kaki di Korea. Tambahan masih lagi dalam musim sejuk, jadi keterujaan tu bertambah kali ganda la kan.


Untuk trip kali ni, ako masih memilih area Myeongdong sebagai lokasi penginapan kitorang. Jadi untuk ke sana, ako lebih prefer kalau naik shuttle airport bas sahaja. Harga tiket bas 15000 won seorang. Dan pastikan no bas adalah 6015. Perjalanan dari epot ke Myeongdong lebih kurang sejam jugak la, bergantung keadaan lalulintas pada ketika tu.

 

Suhu masa ni adalah -12 , memang sangat-sangat sejuk.
Suhu malam boleh cecah sampai negatif 18.
Memang beku tangan dan kaki..


Memasing dah kepenatan.
Dijadikan cerita, kitorang dah tersalah turun stesen.
Sepatut nya kena turun kat stesen Myeongdong tapi dek kepenatan, kami terleka sket.
Ingatkan dah sampai Myeongdong rupanya kawasan lain.
Tak pasal-pasal, kena la hangkut bag naik subway ke Myeongdong.


Terus dapat pengalaman naik subway bersama bag besar. hahaha..
Bertabah je la ye Kakaks sekalian.


Yeay akhirnya dah sampai destinasi yang sepatut nya. Moh kita check in dulu.


Kami memilih 24 Guesthouse Namsan Garden untuk menginap kerana kat sini ada townhouse yang bole menempatkan 6 orang sekaligus. Townhouse dia terletak kat sebelah je dari bangunan utama. Sangat selesa. Cuma pada hari pertama tu ada masalah sket dengan paip air menyebabkan kami tak dapat nak mandi air panas. Tau-tau aje la dalam musim sejuk tapi air panas plak takde. Heater pun problem, hahah memang gigil kesejukkan la hari pertama.

Pihak guesthouse ada je offer kat kitorang bilik lain tapi memandangkan ako rasa townhouse tu sangat selesa dan lagipun hanya semlm je kami akan ada problem tu, maka kitorang maintain juga la stay kat townhouse dalam keadaan mengigil2.

.:tak sempat nak snap rupa dalam Townhouse tu dek kerna ksejukkan:.





Guesthouse ni sekali pandang nampak cam scary haha tapi ekceli laman dia luas, dan ako budget masa musim bunga mesti cantek.

Dek sebab tersalah turun stesen, maka jadual plan kami pada hari tu terpaksa bertukar. Asalnya lepas check in, nak brunch dulu dan kemudian nak ke Gyeongbokgung Palace nak tengok acara changing guard tapi semua plan dah lari sket. Jadi mari kita isi perut dulu then baru pikir kemana kita lepas tu.


 Kedai makan BusanJib menjadi pilihan untuk brunch kitorang.
Terletak kat Myeongdong street,

Cara nak ke BusanJib:-
Kalau korang dari Myeongdong Station Exit 6 atau 7, pastikan Uniqlo di sebelah kanan (berhadapan dengan Nature Republic), pastu korang jalan je terus sampai korang nampak singboard Apple Frisbee belah kanan. Kedai makan ni terletak di lorong kat sebelum Frisbee tu.

Dari Kay Ell memang dah aim nak makan sambal sotong ni.
Akhirnya dapat gak merasa.
Sedap weii!!!


Kalau semua dah kenyang, moh kita gerak ke destinasi seterusnya.
Kemanakitaney?!


Semua nya dah membalutkan diri.
Suhu dah cecah negatif. So far suhu paling sejuk ako pernah alami.


Taaadaaaa.... 
Nak hilangkan penat, jom kita menyopingkan diri dulu.
Keje yang satu ni memang konpom memasing segar bugar.


Nak beli brooch korea , gi la cari kat E-lengdang Namdaemun.
Pastikan korang pergi sebelum jam 5 petang.
Hari Ahad tutup ye.
 Bila musim sejuk, semua kedai nak tutup awal.


 Cara nak ke E-lengdang, Namdaemun :-
Naik subway, turun kat Hoehyeon Station, Line 4
Pastu amek Exit 5. 
Kluar je exit, terus pusing kanan

Jalan terus sampai jumpa Tourist Information Center.
Memang betul-betul kat tengah jalan.

Jalan terus lagi sampai jumpa bangunan warna hijau belah kanan.
Ada tangga kat tepi tu. Naik la tingkat 2.
Kat situ berlambak brooch korang boleh pilih.

So far ako suka gi kedai no 166 & 205, 207, 208.
Deretan no kedai x teratur sangat, so pepandai la korang cari ye hehe..


Dah soping, moh kita balik ke pangkal jalan.
Oh ye musim sejuk ni jam 5 petang dah gelap macam pukul 7 malam. 

Kepenatan sudah.
Pernah tengok oghang tido dengan winter coat sekali?
Hahaha ini la akibatnya bila heater rumah tak berfungsi & air panas plak takde.
Pihak guesthouse sediakan 1 heater sementara macam kipas untuk kita.

  

Ini la satu-satu je gambar bilik kat Townhouse.
Kat tingkat atas hanya ada bilik sahaja.
Dapur, toilet, ruang tamu semua kat bahagian bawah. 

Alhamdulilah, malam pertama yang 'beku' berlalu dengan harapan heater dah ok esok hari nya haha.


Nota Jemari: Dah lama x bercerita, rasa janggal plak ..