, , , ,

Winter Sonata 2018: Everland (Hari Kedua)

27 Jan 2018

Hari kedua, trip kali ni memang pendek je la.
Dan tak banyak sangat tempat kita lawat.
 Ada yang nak survey sebab nak bawa family bulan doblas nanti.
Dan ada yang tingin nak main sledding or main salji.
So pikir dan bincang, semua sepakat ke Everland.

Tiket everland ni korang bole beli online.
Kadang-kadang kalau nasib baik boleh dapat harga lebih murah dari beli kat kaunter.
Kali ni ako beli tiket melalui Seoul Pass.
Shuttle bus plus tiket entrance.
Selain beli kat Seoul Pass, korang boleh juga beli dari Klook.com or trazy.com.
E-tiket ni korang akan dapat thru email.
Nanti just print or tunjuk je coding kat orang Everland untuk discan.

Sebab kan ako nak naik dari Myeongdong (tepi Prince Hotel), tu yang kitorang beli melalui Seoul Pass. Ada juga yang offer naik shuttle bas dari Myeongdong tapi area Shingasae sana. Dari guesthouse kitorang, paling dekat nak naik bas adalah dari Prince Hotel.


Dalam bas menuju ke Everland.


Perjalanan dari Myeongdong ke area Everland mengambil masa lebih kurang 45 minit ke sejam, bergantung pada keadaan lalulintas.

Dah nak sampai kat station Everland, driver ni kasi hiburkan hati kitorang sket. 
Dari station Everland, korang kena naik shuttle bas Everland pulak.

 
 Shuttle bus Everland tu, kalau x silap setiap 15 minit dia akan datang.
So, kalau terlepas jangan risau, korang tunggu je kat bus stop macam dalam gambar tu sampai bas lain sampai. Lagi satu, korang akan perasan, akan ada staf everland yang jaga kat bus stop tu sebagai penyambut tetamu ;-)
  

Yeay kitorang dah sampai.
Sejuk beku coz suhu masa ni tengah negatif lagi.
Memasing dah excited nak masuk.
Ini kali kelima ako ke Everland.
1 kali masa musim bunga dan selebih nya datang situ pada musim sejuk.
Yang pasti setiap kali pergi, ako sangat teruja nak le area Four Season.




Tengok gambar pun dah boleh agak nya betapa sejuk waktu itu sampai kamera pun dah berkabus hahaha. Kebanyakkan gambar banyak yang kelam macam ni... ;-)


Wajib pose depan pokok ni.


Ni lah sebab utama derang nak pegi Everland sebab nak main sledding ni..:D


Maaf la terpaksa senget kan sket kepala nak tengok video ni..


Dalam banyak-banyak games kat situ, nak bagi tau ni, iols berjaya naik roller coaster T-express KAYU kat belakang tu.

"T Express is a wooden roller coaster at Everland in Yongin, South Korea. It is South Korea's first wooden coaster, Intamin's fourth wooden coaster with prefabricated track, the first ride of this type in Asia, and the first to utilize three trains. It is world's fourth steepest wooden roller coaster." - wikipedia


Area Four Season ni waktu malam memang cantek!





Ada brani mau naik ini permainan??
Boleh pitam weii haha..
Sejak dah matang-matang ni, ahkak dah x berani sangat nak naik game yang pusing-pusing ghope gini. Cukup la sekali naik yang macam buaian besar macam kat video bawah ni.



Ini je mampu kitorang makan untuk alas perut waktu lunch.
Korang boleh beli kat Burger Cafe America, Zone : American Adventure


Dalam frame besar.

Nak jelajah everland memang kena amek sehari suntuk kat dalam tu.
Sebabkan musim sejuk, waktu siang adalah pendek.
Jam 5 petang dah start gelap.
Lagipun pada musim sejuk, ada game yang tak dibuka.
Kalau agak-agak nak main semua permainan kat situ, digalakkan pergi la pada musim bunga or panas.

Bila dah seharian kat situ, moh la kita balik.
Oh ye, tadi kan masa awal-awal kitorang datang dengan shuttle bas dari Myeongdong kan?! Tiket bas adalah untuk dua hala. Maka, korang kena la check betul-betul bas bertolak dari Everland ke Myeongdong jam berapa. Jangan terlepas bas ye. Tapi kalau terlepas pun jangan risau, korang naik je subway pulang ke seoul.

 



Sampai Myeongdong dah pukul 8:30 malam.
Jom la kita dinner dulu sebelum pulang ke pangkal jalan.
Dinner di Yoganae, seperti biasa nasi goreng seafood sahaja menjadi pilihan.


On da way, marilah membawa pulang bekalan untuk kudapan di tengah malam hahaa.
Kebab ni femes ni.
Kalau korang ke Myeongdong, jangan lupa cuba k..


Ako akhiri sotong bakar buat renungan Sis Lin di rumah :D
sekian.

Nota Jemari:susah juga nak mula menulis balik, bila lama terpendam bakat bertahun-tahun.
Share:

2 comments:

  1. Ermmm teringat naik roller yg berpusing tu, macam nak tercampak rasa..
    Lain aku tgk semua sama, kecuali, ko sama masa kita oergi dulu Ret, baju dan selimut leher tu ha ha ha..belek gambar still sama..

    Oii sotong tu kasi sopan sikit ek..kejap lagi nak gi Korea ni beli sotong ha ha ha

    ReplyDelete
  2. Lin,

    Hahahaha... nampak sama tapi x serupa..
    Sotong dah abs masa ko sampai :p

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.