, , , ,

Pembedahan Tonsil - Hari Ketiga (5 Disember 2018)

12:30 pagi, nurse masuk bilik nak check tekanan darah. Alhamdulilah, masa memula check suhu 2 hari lepas, ada sikit demam. Seriau gak nak operate tapi demam pulak. Kang ada yang kena cancel operate kan. Tapi alhamdulilah, berkat kesabaran hahah chec, setiap 2 jam nurse check suhu, demam pun lari jejauh. Dan di hari ketiga ni, selepas bedah, alhamdulilah makin sihat. Takde konplikasi pape, bp pun dah back to normal balik. Syukur sangat.

2:30 pagi, nurse masuk tukar ubat. 

5:10 pagi, dia dataangg lagi, hhahahah..check bp lagi.

6:00 pagi, Selain air supaya tak kering badan ni, nurse datang masukkan ubat antibiotik. Ubat antibiotik ni yang bila dia cucuk, ako rasa nak muntah.

7:30 pagi, ako gi mandi. Sesiap nak tunggu doktor datang check keadaan lepas operate.

8:30 pagi, makan bekfes dulu. Masa ni dia bagi ako makan biskut je weii... Adoiii dah camne nak telan biskut keras. OK dapat telan air je la. huhu

8:40 pagi, nurse datang lagi... tukar lagi ubat... bape banyak daaa air / ubat masuk lam badan ni..

Dalam kul 10 pagi, doktor datang jenguk.
Tanya sihat ke tak...
Camne feeling today...
Doc cakap xde pape dah, boleh je check out hari ni.
Pastu terus blah.. aiyoo doktor, kejap benor jenguk nya tu. Tengok bil 'menjenguk' bukan main mahal hahaha... 


Well, procedure nak check out harus la lambat kan.

Tenghari kengkawan opis datang jenguk.
Ok excited story mori ngan derang.
Masa ni rasa masih susah lagi nak menelan, banyak airliur cam terkumpul belakang tekak.. erkk paham x? hahah.. 


Lunch masih lagi disajikan dengan bubur.
Sesuap dua je makan.
Nasib la ada eskrem.
Memang dok la telan eskrem seharian tu.

Kul 3 petang, tido time!!
Belum dapat surat check out lagi..
Jom la rehatkan badan dulu.

Jam 6 petang, ako dah ready dah mengemas..
Dah tak sabar pulak nak balik ...
Setelkan urusan check out, bil  sumer...
Ingatkan bole terus balik tapi tunggu pulak, ubat tak siap bungkus lagi.
By 7 malam, makcik hantar makanan datang hantar makan malam.
Sorruu aje la.


Ermmmm......
Ok bole la makan sket sebab lauk kicap tu berasa la juga.

Selesai je melantak dapat je ubat, terus babai babai kat nurse..
Yeayyy saya mau pulang!!
Alhamdulilah takde pengalaman ngeri ke apa ke..
Pesanan ako, kalau korang memang ada tonsil yang dah patut kena buang, gi je la buang.
Nikmat lepas buang sangat laaaaa heaven!!!!

Bagi ako, takde la sakit pun.
Sakit nya lepas ko dok rumah seminggu.
Itupun sakit sebab tak boleh nak menguap buka mulut beso-beso hhahahaa...
Lepas je seminggu , alhamdulilah tak sakit mana pun.

Impresif doc cakap dah tua-tua ni luka nya seminggu dah bole baik.
Sebab selalu nya bila dah berumur sket, luka dalaman biasa akan amek lebih kurang 2 minggu untuk pulih. 

Jangan takut... takde apa yang nak dirisaukan.

Aku dapat mc seminggu, doktor nak bg 2 minggu tapi ako cakap x payah la sebab aku naik je dr mc, keje 2 hari, aku dah cuti balik dalam seminggu gak. Cuti lelama pun buhsan juga. Kalau cuti g holiday ok lagi tapi kalau cuti sebab sakit memang buhsan la dok umah je kan ;-)

Pesanan doktor, tekak tu memang akan sakit selepas seminggu operate. Kebarangkalian sakit tu akan makin lama makin sakit then selepas tu baru lah sikit demi sikit sakit tu akan surut. Yang ako tak tahan ni bila ko buang sinus , hidung ko still tersumbat lagi. Dengan darah yang berketul ketul kuar dr idung, baru la rs lega sket. Sume pun kejap je derita nya. Now alhamdulilah dah makin sihat waalafiat. Moga tonsil dan sinus ni takkan kembali lagi. Aminnnn

Nota Jemari: Bila seminggu tak dapat makan sedap-sedap, ha lepas tu memang ako balun macam-macam.... 
Share:

4 comments:

  1. Nak tanya juga..betul ke hilang dah dengkur? ...
    Aku duk bayangkan yang darah kuar dari idung tu ketul-ketul huhuhu ngerii aku..

    ReplyDelete
  2. Ms memula tu doc x bg hembus kuat2 tapi lps 3 hari x silap aku aku hembus gak sbb kahak terlalu byk kat tekak..sekali kuar seketul darah.. ha hamekk.. tp lps tu alhamdulilah ok sket xde sumbat dah..

    Dengkur x sure myb x x seteruk dl yg pasti skrg tido agK lena wei klu banding dl dl asyik terjaga2 je tgh malam..

    P/s jom holiday..kita test dengkur tu 😝

    ReplyDelete
  3. hahhhhh satu kelegaan jugak keluar lepas saya habis baca entri ni...hahahhahah! baru la rasa berani sikit nak buang tonsil..tapi bila tu? hahahahha!

    alhamdulillah, akak da sembuh dan da boleh mengketedarah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah... Dah selamat bole makan ngan selera sket hahha..

      Jgn biar smp menanah kt tonsil tu k...takut jd lain nnt..

      Delete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.