Semalam pagi dapat sms dari MAMA abin. Ghopenyer purse dia sudah hilang. Kisahnya waktu dia nak gi beli bekfes, before kuar dia letak purse atas bonet depan kete sambel pakaikan ABIN kasut. Mungkin terlupa maka dia terus memandu kuar kete menuju ke kedai. Kisah di kedai ako x sure la kan. Sedar2 purse sudah hilang. Dan ako syak musti tercicir tak jauh dari rumah ajer.

Dia sudah pusing 4-5 kali di kawasan umah dan kawasan berhampiran tapi tak jumpa juga pursenya itu. So before dia pulang ke Batu Pahat semalam, berpesan la dia supaya mana tahu kot2 ada owang terjumpa dan baik hati pulangkan purse tu balik. Ermmm ada duit konpom la klu ada owang jumpa takkan nya nak dipulangkan balik kan.


Tapi dijadikan citer, seawal pagi tadi ada owang dok ketuk pintu pagar umah ako. Tinjau dari dalam dan konpom la memang ako x kenal pun. Ghope2 nya dia datang sebab nak pulangkan purse MAMA si abin. Oh purse tu dia jumpa berhampiran area umah juga. 

Check , sumer isi kandungan dalam purse masih ada. Duit tak kisah sangat klu hilang, yang penting kad pengenalan, lesen dan kad-kad ATM serta kredit kad. Klu sumer nyer turut hilang satu keje plak nak ke pejabat pendaftaran, bank dan sewaktu dengan nya kan ;-)

Wah, masih ada lagi rakyat yang prihatin. Terima kasih la kat owang yang jumpa purse itu. Hanay DIA yang dapat membalas jasa baik beliau.

Nota Jemari: pasni sila berhati2 ye wahai MAMA abin, jangan leka lagi!