Ok ok ni nak citer xtvt melantak ako dan ABIN malam semalam. Ako pernah google tempat ni kat tenet. Plan mahu suggest ini tempat kat shai utk dijadikan tempat annivesary MSJBOX nanti. Kebetulan tempat makan ni baru je kuar kat tb3 dalam rancangan "Jalan-jalan Cari Makan" ahad lepas. So ada sesape terMISS ke tgk JJCM last wiken? Takpe, meh sini ako kasi close up sket makanan-makanan kat situ.
Tempat dia memang class... ada banyak cabang. Kowang boleh pilih nak makan style ala-ala arab ker, makan duduk atas meja ker, makan duduk bersila ker. Memang banyak pilihan la cara kowang nak melantak. Memandangkan waktu malam dan ako hanya menggunakan kamera henpon sahaja, maka gambar2 persekitaran, tak dapat le ako nak snappy. Tapi jangan risau, nanti ako akan link kan website restoran ni buat tatapan kowang yek!!!
Tempat ni dah pernah masuk dalam paper cuma bila masuk dalam tibi lagi meluas lah promosinya kan. Konsep makanan kat situ lebih utamakan makanan dari Uzbekistan. Sangat-sangat sesuai untuk kowang yang memang tengah berdiet. *eh ye ker?*. Ako ada dapat menu so nanti ako tempek kat sini k.
Simpang nak masuk ke kedai ni, kowang kena masuk simpang Kampung Puah, Gombak. Simpangnya betul2 berhadapan dengan shell. Kowang leh tgk kat map dalam website dia nanti k ;-)
Memang ada tempat parking tapi agak sempit sket la. Jangan risau kowang leh park kat pintu masuk belakang juga. Ohh ekceli restoran ni terletak di celah2 umah kampung di situ. Sebelah kedai ni adalah pusat persilatan penduduk kampung. Entrance kedai itu adalah umah tuan punya kedai. Sangat2 cantek!! Teruja dibuatnya. Memang x nampak mcm ko pegi restoran, nampak seperti ko nak bertandang ke umah owang jer.
Banyak pilihan tempat tapi kami pilih untuk makan bersila saja.
Ako melantak bersama mak ngan apak si ABIN. Banyak sungguh menu pilihan sampai ghase sumer nya nak dimakan. So, kowang dah ready nak tengok menu yang kami makan?
Roti Taliban - RM8.00
Sila jangan tanya ako nape namanya sebegitu. Rasa macam ko makan kebab la gitu. Isi dalam nya klu x silap ako adalah daging. *maaf klu ako silap* Tapi ya ampun, masin la jugak! Cuma ako ghase klu ko cicah ngan sos cili yang dia bagi, kurang la sket masinnya tu.
Nasi Bukhara Lamb - RM14.50
Ni salah satu speacility makanan di situ. Nasi ni ala-ala nasi beriyani la gitu. Klu kowang x makan kambeng jangan risau, kowang bole makan nasi bukhara ni dengan ayam. Yang ni ako x pasti la kan sedap ke tak sebab bukan tekak ako yg melantak ek.
Nasi tu dihidangkan bersama ini sup. So kira pakej la. Ko makan nasi ko dapat le sup.
Samarkhan Stew - RM12.50
Yang ini pulak dimakan bersama lebanese/uzbek bread. Klu dah nama nya stew konpom la sup daging kambeng kan. Memandangkan ako x makan kambeng, erkk ako pun x tahu la sedap ke tak ek. Tapi ako tengok adik ako makan berselera sungguh. Ha sedap la gamaknya tu kan. ;-)
Bruschetta - RM8.00
Roti peghancis tu dipotong kecik, pastu diletaknya sayur, mushroom dan juga cheese. Ako suka sebab makanan yang simple dan sesuai untuk mereka yang kurang makan pada waktu malam.
Ice cream cake - RM6.50/slice
Eskrem kek ni ada banyak flavor. Dan sebabkan ako suker vanilla opkos la ako akan amek perisa Chocolate Chip Vanilla sebagai pencuci mulut ako. Nyummyyy marbelessss!!
Dim Sum - RM3.50 (3 piece per set)
Dim sum ni ada rege RM3.50, ada yang RM3.00 bergantung pada jenis dim sum yang kowang nak makan. Ako suker sebab stim kan. Macam x puas plak dapat makan sowang 2 ketul. hehehhee.... Maybe lenkali klu berpeluang melantak kat sini lagi, ako mahu order lebih sket itu dim sum.
Medium Fruit Plate - RM12.50
Buah-buahan jangan lupa ye. Kowang boleh amek yang small plate klu x nak makan banyak sangat. Dan klu kowang datang beramai-ramai, boleh la amek yang BIG plate.
Ice Blended Honey Dew - RM4.00
Rege ice blended antara RM4-RM5 sahaja.
SunRise - RM4.00
Ha yang ini yang Serina promote dalam JJCM ahad lepas. Campuran pisang dan mangga. Rasanya masam-masam manis gitu. Sedap juga bagi anak tekak ako la kan.
Fresh Juice Apple - RM3.50
Rasanya masam-masam manis jugak kot. Si ABIN sangat-sangat suker air ini. Mungkin bersesuaian dengan anak tekak dia.
Dah abesh melantak, si ABIN macam biasa mana mahu duduk dendiam. So ako bawa la ronda-ronda seluruh restoran itu. Oh ye, kat restoran tu ada juga sauna. Pestime customer klu x silap ako dalam RM30/jam. Selain tu ada juga disediakan cyber cafe. Ha sesuai la untuk kowang yang 24 hours nak bertenet je kan.
Ha inilah umah owner kedai itu.
Ok ni pandangan dari jauh restoran tersebut. Sowi la ye kan ako dah cakap kamera henpon waktu malam, amat payah nak tangkap. Pape pun ako suker lepak kat kedai tu. Rasa tenang dan best la bagi pandangan mata ako. So kengkawan apa tunggu lagi, gi la terai yek!!
Nota Jemari: Tunggu entry berikut ako kasi letak link dan juga menu.
2 Comments
AKU LAPAAAAQQQQQQQ!!!!!!!
ReplyDeletegi la makan cet!!
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com