..sambungan

Selesai urusan di jeti, kami tahan teksi minta hantarkan ke hotel.
Malam yang planning tu, awal-awal kami dah booking hotel nya.
Kami booking thru agoda.com.
Kami cari hotel yang murah dan berbaloi.

Erkkk 3 bintang tu kira budget juga la kan.


Pilih punya pilih.....
Cari punya cari, akhirnya kami sepakat tuk bermalam di Hotel Utama.
Hotel ni terletak di area Nagoya.
Tak jauh, tak juga dekat dengan bandar.

Lebih kurang macam dari KL Sentral ke PJ la gitu.
Macam dari JB Sentral ke Skudai je pun.


Check-in proses.
Ako dan dia menempah family room.
Harga diskaun dah termasuk charge tax adalah RM193.05.
Konon nya nak pegi beramai-ramai lagi.
Tapi sudahnya kami berempat je yang dapat join.

Manakala dia dan si kecik, menempah standard room sahaja berharga lebih kurang RM119.
Cukup la untuk mereka berdua beradu.


Slalunya hotel 5 bintang je yang ada welcome drink.
Bukan la hotel 3 bintang takde cuma jarang yang sediakan service cenggini.
Malah hotel ni juga ada sediakan khidmat bell boy kat depan pintu.

Of course harga bilik dah termasuk bekfes sekali.


Besar dan luas!
Erkk muat tuk 4 orang ni.
Ayoo.. kami berdua aje dalam bilik ni.
Memang puas tergolek-golek sorang satu katil. haha..

Klu bawa mak, bapak, adik badik, boleh bentang comforter lagi.
hahahaha psstt ada ke yang nak buat cenggitu? ;p


Tibi ada.
Channel astro pun ada.
HBO, channel spore, channel indon jangan citer arr..
Sampai tak tahu nak pilih cenel mana mau layan.

Wifi free dalam bilik.
Tapi jangan lupa minta password masa check-in k ;-)


Toilet pun bersih.
Basic toiletries.
Ada bathtub juga.
Slipper 'kertas' pun derang sediakan.
Not bad ;)


Basic hot drink.
Cold drink pun ada juga dalam fridge tu.
Snek.

Rasanya sumer lengkap kecuali strika la ye.
Memang puas hati la stay kat hotel tu.


Klu kowang nak gi massage, pihak hotel ada bagi voucher Rp20,000.
Sebabkan masa kami terlalu padat, maka kami takde la menggunakan khidmat spa & massage ni.


Selesai urusan check-in, moh kita jenjalan sekitar bandar Batam ni.
Are u ready, gal?!!

Nota Jemari: Taksi biru menjadi pengangkutan resmi kami di sana..