31 Dis 2011.
Semalam je kami di Batam.
Sesiap untuk berangkat pulang.
Tapi sempat plak kami suruh pak supir hantarkan kami ke kedai yang ada jual cendramata.
Kampung Oleh-oleh nama kedai nya.
Terletak kat area Nagoya juga.
Maybe tempat lain ada juga kot.
Ermmm memang banyak pilihan cuma harga nya agak terbatas.
Maksud ako harga nya tak bole tawar menawar.
Harga tetap gitu!
Kualiti t-shirt nya sama je tapi kat sini lagi mahal sket la daripada di Gedung Matahari.
Mahal-mahal pun menyoping juga la caro souvenir kan.
Kang rugi plak, datang jejauh (eh jauh ker? :p) tak beli pape.
Pastu kami singgah plak ke kedai Oleh-oleh dari Batam.
Katanya, ole-ole yang wajib di beli untuk dibawa pulang.
Kek pisang.
Jap jap bukan setakat kek pisang cam jual kat pasar malam tu je.
Ada pelbagai perasa.
Ada ceklat, ada blueberry, ada badam, ada cheese dan juga mocha.
So far, ako paling suka perasa blueberry dan mocha.
Selain kek pisang, kowang leh gak cari kedai yang jual kek durian, kek buah naga & juga kek kentang.
Cuba la rasa k. Ada pelbagai jenis campuran. Lain dari yang lain.
Nak tunjuk kat kowang pun dah abes ditelan.
heehhehe..
Cuma kek ni bole bertahan 4 ke 5 hari sahaja.
Klu masuk peti ais bole la tahan sampai seminggu.
So, klu kowang nak bawa balik Msia, make sure beli time hari nak balik.
Kek fresh yang baru kuar dari oven jam 11 pagi.
Sebab time tu la derang start masak yang baru.
Jangan risau nak bawa balik Msia coz klu kowang beli banyak, dia akan packing guna kotak khas.
Senang kan ;-)
Dah pun sampai jeti batam.
Kami dah ready nak balik ni.
Oh ye, ingat lagi tak masa memula aritu beli tiket ako beli tiket open untuk balik?!
So sampai je kat jeti tu, cecepat kowang cari kaunter yang kowang agak2 nak naik ferinya k.
Adalah 2 3 pilihan. Cuba la naik feri yang lain plak.
Jangan lupa tambahan bayaran tax Rp105,000 ye.
Balik Msia kitorang naik feri Ceria Indomas (dah macam bunyi Indomi plak :p)
Bersih dan selesa daripada yang awal kita naik.
Cuma seat nya agak sempit sedikit.
But still much better la dari Pintasan Samudra tu.
Dalam perjalanan pulang, ako membuta je.
Pening plak kepala.
Tengok hasil tangkapan si Amat, teringat plak kapal Titanic heheh..
Sebab kali ni feri yang kita naik tingkap nya rendah so memang bole nampak la banyak kapal-kapal besar kat tengah-tengah laut tu.
Jadi la percutian mengejut 2hari 1malam.
Makan!
Soping!Makan!
Soping!
Maybe klu teringin nak datang lagi, kita balik hari sudah!!
Nota Jemari: Next destinasi?!
8 Comments
laaa kejap nye dh balik.. dok tunggu la pusing2 situ haha..
ReplyDeletebleh gak terai next time.. sesaja nk naik boat tgk ala2 kapal titanic haha
hahhahh mana de pusing2... hahaha xde apa pun yg nk ditengok kat sana.. :-D
ReplyDeletejanji dapat bercuti kakRet. tgk kapal tu, mcm dh nk eksiden je nmpknya. hihiii. next...
ReplyDeleteHahahaha betul3x..makan tido soping...
ReplyDeleteNext??? Batam lagi tp sehari tu kita habiskan di Mustika Taru je..sebelum raya yoookkkk...hehehehhehe
Or teman aku ke USS ok.. :p
cha,
ReplyDeletehhahaha iskk ada plak :p
Lin,
Mustika Ratu arrr :p
hahahaa...
Ako nk g USS lagi.. tunggu!!
mau kasi main SEMUA game!!
Yok, apa lagi TRANSFORMER yok :p
ako, kalo balik ari feri last pukul berapa?
ReplyDeleteAritu tanya, derang ckp last feri dari batam ke Stulang lbh kurang jam 5.30 petang.
ReplyDeleteAlaaaa...nak komen tapi xde gambar....huhuhu
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com