AirAsia X gantung khidmat ke Christchurch
Oleh Aizuddin Sapian

2012/03/13

AIRASIA X, syarikat penerbangan jarak jauh dalam kumpulan AirAsia Bhd, akan menggantung perkhidmatannya ke Christchurch, New Zealand sebagai sebahagian daripada penyusunan semula rangkaiannya bagi menumpukan pasaran utama. 

Penerbangan empat kali seminggu dari Kuala Lumpur dan Christchurch akan digantung dengan penerbangan terakhir dari Kuala Lumpur pada 30 Mei depan dan 31 Mei depan, dari Christchurch.



AirAsia X akan menawarkan kepada pelanggannya yang mempunyai tempatan pada tarikh berkenaan untuk memilih sama ada pembayaran penuh atau penukaran laluan ke destinasi AAX lain seperti Australia ke Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur ke Utara Asia. Mereka juga boleh memilih penerbangan pulang sebelum 31 Mei depan.Semua perubahan itu dilakukan tanpa sebarang kos tambahan bagi mengatasi ketidakselesaan yang berlaku kesan daripada penangguhan perkhidmatan itu.

Semua penumpang yang terjejas akan menerima e-mel menyatakan pilihan laluan sedia ada.

Penangguhan perkhidmatan itu adalah usahanya selepas tindakan sama dilakukan terhadap laluan ke Eropah dan India, awal tahun ini bagi memperbaiki kelancaran kos operasi dan memberikan tumpuan kapasiti AAX kepada pasaran utama seperti Australia, China, Taiwan, Jepun, Korea serta Iran.

Ketua Eksekutifnya, Azran Osman-Rani berkata, keputusan itu adalah sesuatu yang sukar tetapi terpaksa dilakukan selepas mengambil kira tumpuan strategik AAX dalam menyusun semula laluan ke pasarannya yang lebih stabil dan menguntungkan.
“Sejak penangguhan perkhidmatan kami ke Eropah dan India, kami sudah meningkatkan kekerapan penerbangan ke Tokyo dan membuka laluan baru ke Sydney, Australia.

“AirAsia X akan terus berkembang terutama dalam pasaran utama kami dan menambah kekerapan bagi laluan sedia ada,” katanya dalam kenyataan itu.

“Perkhidmatan penerbangan kami ke Christchurch mencatatkan prestasi kukuh sejak pelancarannya, April tahun lalu dengan 80 peratus kapasiti pada 2011. Bagaimanapun, laluan itu terjejas akibat kos bahan api jet yang meningkat tinggi pada 30 peratus, sejak laluan itu mula dilancarkan,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan kos itu menjejaskan kemampuan AirAsia X dan tawaran perkhidmatan pada harga yang rendah.

“Kami berterima kasih terhadap sokongan yang diberikan lapangan terbang Chirstchurch, majlis bandaran Christchurch dan pelancongan New Zealand dan juga merekodkan penghargaan kami terhadap segala kerjasama yang diberi-kan,” katanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fuh!!
Berdebor jantung aii!
Dengar berita pagi tadi pasal penerbangan ke christchurch akan ditamatkan.

Mau tak tersentap jantung dibuatnya, dah la tinggal seminggu je lagi.
Alih-alih dapat tahu pasal berita ni.
Cecepat cari akhbar nak pastikan kesahihan nya.

Fuh, lega!!
Coz derang akan tamatkan terus penerbangan pada 30 May 2012 nanti.
*kesat peloh

Dah la sumer persiapan dah hampir 90% siap.
Nampak gaya, nasib menyebelahi kami.
Masih diberi peluang untuk menerbangkan diri ke sana.
Alhamdulilah.

Yeeehaaaa NZ, i'm coming!!

Nota Jemari: tido malam senyum lebor :-)