Nak melancong ke negara owang ni, salah satu bende wajib yang kena bawa adalah adapter!
Adapter ni penting, penyambung tuk charge henpon kowang, charge bateri kamera dan sewaktu dengannya.

Setiap negara berlainan jenis adapter nya.
Untuk negara yang bakal ako pegi dalam masa lebih kurang seminggu lebih ni, adapter nya lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni.



Nasib baik ako dah sesiap beli masa ke korea tempoh hari.
Hahah memang silap beli aritu. So tersalah beli pun nasib baik ada guna juga akhirnya kan.

Klu tempat yang kowang pegi tu tengah musim sejuk, better kowang sediakan 'long john'.
Sejenis baju dalam macam dalam gambar kat bawah ni.


Ekceli ada banyak jenis. Depends la pada kowang, klu berkemampuan bole la beli jenis mahal. Klu tak berkemampuan macam ako, cukup sekadar klu ko beli jenis kain cotton sahaja.

Ekceli long john ni klu tak beli pun takpe tapi klu ko jenis yang memang tak tahan sangat sejuk, better la pakai ye. Kang takut plak badan kowang tak leh nak tahan suhu beku kat sana.

Tapi kan, ako rasa klu kowang x moh pakai masa nak kuar siang, ko pakai je masa nak tido.
Hahha bukan ada sape nak tengok pun. Selesa bole gak kurang kan rasa sejuk tu. :p


Sarung tangan pun wajib la kan.
Ater kita ni kan orang Malaysia.
Mana nak tahan sejuk sejuk kat negara owang tu kan.

Selain tu, baju sejuk jangan lupa.

Dan sebab takut susah nak cari makanan halal kat tempat owang, kowang bawa la megi ke, biskut ke. Tapi kena tahu gak, klu negara yang kowang pegi tu bole x bawa masuk certain2 makanan kan.
Macam negara yang bakal ako pegi ni, makanan daging lembu dan ayam tak dibenarkan. Contoh klu ko nak bawa serunding, baiklah ko bawa je serunding ikan. 

Yang ako dengar, klu ko nak bawa sangat, takut kena declare. Proses nak declare tu yang takut buang masa je. So to be safe, bawa je la makanan yang agak2 tak menyusahkan urusan imigresen kat sana macam tuna, biskut sayur, megi etc.

Dah siap berkemas ni. *sengih
Fuh....!
Bukan apa, kemas sesiap boleh pastikan takde barang yang tertinggal.
Ater ako kan akan bizi coming wiken ni.
So, takut gak takde masa nak mengemas sok.

Harap-harap sumer nya berjalan dengan lancar.

Nota Jemari: kasut, coat..... passport!!!!