Tak yah citer pepanjang k .. straight to the point.
Farewell Party khas untuk sorang 'kakak' ni yang bakal bersara ujung bulan nanti.
Memandangkan bos beliau sudah mau bercoti, maka sebab itu lah majlis ni diadakan seminggu awal.
Bertemakan ala-ala "Taman di dalam Opis", hasil ciptaan dan gubahan bersama oleh warga opis yang rajin dan saksama (motip guna perkataan saksama kan?!!).
Dan moh la kita lihat apakah hasil kekretipan memasing.
Pape pun nak ucapkan terima kasih la, x kira sekecil mana pun sumbangan kowang, itu dah cukup bermakna buat dia yang diraikan.
Berbaloi-baloi kan kengkawan!!!!
Tahniah untuk diri sendiri dan anda dan anda dan anda...
*Tepuk tangan!! Clap! Clap! Clap!*
Menu utama hari itu adalah ''nasi tumpang" yang didatangkan khas dari Kelantan Delight.
Ok ni memang pertama kali ako dengar nama makanan yang satu ni.
Tapi sudah nya, ako tak makan pun, bole? hehe ..
Gini la ghope nya bila dah dibuka dari daun pisang tadi.
Dengar kata nya sangat marbeles!!
Nasi lembik yang dibalut bersama lauk pauk seperti ikan, sambal, ayam dan serunding.
Dengan harga RM18 seketul, kowang leh la dapat kan nya di Kelantan Delight di Sooka Sentral.
Antara beberapa menu yang terhidang di majlis tersebut.
Buatan sendiri, buatan orang.
Macam-macam ada, janji pasti musti kenyang punya la!
Ako yang diRAIkan...
Eh eh... ako ke "perantin" nya?????
Erkkk gurlppp.....
Nehi nehi...
Ha yang ni baru betul.
Persaraan yang dinanti selama 37 tahun perkhidmatan, sangat dinanti-nantikan.
Cenderahati dari kami sumer, harap suka dan terima dengan hati terbuka dan senyum melebor lagi hehehe.
Perjalanan dan liku-liku cerita di sebalik pencarian hadiah tersebut, akan jadi satu kenangan indah buat ako, dia dan kamu. *chewahh!! tapi indah ke? haha*
"Selamat Bersara, Kak Ani. Moga sihat-sihat sentiasa bila dah dok kat rumah tu."
"Kak Ani, jangan lupakan kami kat sini!!"
Nota Jemari: .. agak-agak pas bersara nak gi travel je, mampu tak? :p
3 Comments
ni mmg garden party farewell sungguh!
ReplyDeletepasti kak ani seorang yang amat disenangi oleh semua staff..
ReplyDeletememang berbaloiii semangat ditunjukan oleh semua penganjur..
Danny,
ReplyDeleteAlhamdulilah menjadi juga garden nya ...
Kak Anash,
Thanks... harap-harap macam tu la kan.. Dihargai dan menghargai ;-)
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com