Assalamualaikum kowang!!
Jumpa lagi kita ye ..
Dah lama plak x buat entri jalan-jalan cari makan.
So kali ni entri "JJCM bersama anakomak", ako nak bawa kowang makan stimbot plak.

Terletak di Prima Gombak.


Kebetulan aritu kengkawan opis ako ni beli voucher promosi stimbot dari Living Social dengan harga RM19.90. Maka di suatu petang yang hening, berkonvoi la kami ke Prima Gombak untuk menikmati stimbot yang enak itu.


Kedai dia besar juga la dan selesa.
Ada juga disediakan ruang untuk bersolat.
Bilik air pun agak bersih juga la.


Ada pelbagai jenis hidangan.
Nak makan nasi berlaukkan sambal petai dan juga ayam masak kicap.
Ada juga mi dan kue teow goreng.







Tidak lupa juga pelbagai jenis bahan untuk stimbot nya.
Macam-macam ada.
Pilihan di tangan dan tekak anda. heheh...
Makan la hingga puas!


Enak dimakan bersama pelbagai jenis sos.
Paaaling ako suka, sos black paper dan juga sos malaya.


Ada salad.



 

Dan juga dessert.
Cendol, ABC dan juga eksrem.
Tak lupa ceklat fountain yang marbeles.


Tak lupa air sejuk dan panas terhidang juga.



Dua pilihan sup terhidang di atas meja.
Sup ayam dan juga tomyam.

Pilihan ako, mestilah tomyam menjadi keutamaan.
Rasa kepedasan yang ako cari.
Nikmat tak terhingga hingga menjilat jari.


Alhamdulilah, batch pertama sudah kenyang, baru lah sampai batch kedua untuk join sama.
Dari jam 6.30 hingga ke 9.30 malam kami di situ.
Kompom tokei kedai bersore di dalam hati, "bila la derang ni blah, x sudah-sudah lagi ke?"
Tapi katanya "All u can Eat .." maka harus la kami bersungguh menikmati hidangan stimbot hingga puas!! hehehe... 

Terima kasih pada yang mencadangkan tempat ini.
Lain kali, kemana kita lagi?

Untuk kowang yang nak cuba stimbot ni, ianya terletak di

G69 & G70, Jalan Prima SG 3
Taman Prima Gombak
68100 Batu Caves
Selangor.

Untuk tempahan, boleh hubungi :-
+603-6184 2319 / +6019-383 7369 / +6016-382 5364 / +6019-219 7369

Harga Asal Stimbot : Dewasa (RM28 nett), Kanak-kanak 4-12 tahun (RM11 nett) 
Sebarang pertanyaan, boleh la layari Facebook Malaya Steamboat.

Nota Jemari: rezeki jangan ditolak ..