Sabtu aritu ada orang tu jemput kitorang gi umah dia.
Sempena majlis memotong kek katanya.
Pestime tu nak ke teratak dia yang jauh nun kat Klang sana.
Ye la ako rasa Klang sangat jauh, OK!
Hampir sejam juga perjalanan dari umah ako kat Sentul tu.
Dengan hujan yang turun dengan lebat sekali.
Konpom la kan laluan sana sini adalah sesak di mana-mana.
Daerah Klang adalah di luar kebiasaan ako memandu.
Tanpa GPS kak aidah, belom tentu kitorang akan tiba di teratak tukang jemput dengan selamat.
Katanya majlis memotong kek bermula jam 4 petang.
Tapi jam 4 petang tu la baru terhegeh-hegeh nak kuar umah.
Memula cam malas nak pegi coz hujan yang lebat dan juga terdengar kesesakan lalulintas yang melampau-lampau gegara ada bola kat Bukit Jalil. Sudahnya bila dok pikir jemputan yang jarang-jarang sekali akan diterima, maka terus aje kitorang bersetuju tuk ke sana juga.
Alhamdulilah, lebih kurang jam 5:30 petang, berjaya juga kitorang menjejakkan kaki ke teratak beliau dengan selamat.
Katanya sebelum cuti wiken aritu, kek stroberi cheese ni awal-awal lagi sudah beliau siapkan.
Sedap!!
Dia memang pakar membuat cheese cake!
Pastu dia rajin plak membuat lagi satu kek.
Walau dia x makan coklat apatah lagi kek yang berunsur coklat, tapi ntah mimpi apa buat julung-julung kalinya kitorang berjaya merasa hasil buatan kek coklat beliau.
Nyummm!!
Sedap penuh dengan salutan coklatnya.
Life begins at 40!
Hepi besday, Yazrul!!
Ni lah bday man @ bday cake man .. :p
Jauh kami datang.
Semata-mata nak jenguk teratak dan juga makan cheese cake awak.
Tak sangka plak bukan setakat kek saja kami dapat makan.
Special ayam belanda grill terhidang untuk santapan kami juga.
Pestime nak makan ayam belanda.
Sedap ghope nya ye.
Terima kasih daun keladi,
Klu jemput, pasti kami datang lagi. ;-)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isnin kat opis, pagi ni ada surprise makan-makan.
Section beliau yang anjurkan.
Bekfes FREE la katakan.
Kendian, lagu hepi besday pun dinyanyikan beramai-ramai.
Semoga panjang umur,
murah rezeki,
cepat dapat jodoh!
"psstt... klu awak nak memetik bunga depan mata, bole kami tolong risikkan" .. hahaha *wink
Pape pun, Selamat Hari Jadi sekali lagi.
Bak kata orang, "Life begins at 40!"
So, tunggu apa lagi ... :p
Nota Jemari: murah rezeki ...
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com