Penghujung November...
Wow, kejap je dah masuk bulan Disember...
Pastu Januari..
Bila dah masuk bulan Januari, maka nya dah masuk tahun baru la kan!!

Pejam celik pejam celik je..
Cepat sungguh masa berlalu sekarang ni.


Erm tahun ni tak banyak cerita yang ako kongsi kat sini kan.
Baru 107 saja kisah yang ako tempek untuk tahun ni.
Nampak gaya mood, masa, dan mungkin juga idea sudah mula jatuh menjunam.

Ye ye ako ngaku, tahun ni memang ako kurang berminat nak berkongsi sketsa hatta jalan cerita kat sini. Alasan nya, mungkin kah faktor usia membuatkan keMINATan sudah menurun untuk berblogging? Atau mungkin juga faktor sudah wujudnya pelbagai cenel untuk meluahkan seperti kat twitter, facebook dan lately kat instagram?!

Tapi sebenarnya bagi ako, walau dah wujudnya twitter, facebook dan juga instagram ni, blogging tetap jadi pilihan no 1 untuk berkongsi cerita dan pengalaman.

Harap-harap tahun depan ako akan lebih bersemangat dan bertambah idea dan kerajinan untuk melepak kat blogger ni lelama kan ;-)

OK la nak pi berHi-Tea petang ni ..

Sebulan lagi untuk memikirkan, apa rencana yang perlu ako tempek kat sini...



Nota Jemari: Hoyee... ABIN dah balik KL, maka kena la banyakkan xtvt bersama-sama! :-)