Dah hari terakhir..
Kejap je kan.
Macam x puas plak, ghase nya memang wajib kena ulang balik ni.

Takde aktiviti untuk hari terakhir.
Cuma sebabkan dah hari terakhir, ditambah plak makanan2 yang dibawa sudah kehabisan, maka bekfes pagi itu adalah ke kedai di depan hotel saja.

Walau kecik je kedai nya tapi makanan dia memang sedap.
Ako ni kan klu bab makan nasi lemak, ako mesti tengok jenis sambal dia dulu.
Dan nasi lemak sambal kedai tu memang dijamin sedap untuk anak tekak ako.

Masa kitorang sampai tu plak, derang tengah sibuk mengoreng ayam,
lagi ar bertambah selera dapat makan ayam goreng pepanas kan.


Dah makan, kita menyinggah kejap ke kedai tailor.
Ye la kan, baju yang ditempah tempoh hari ada problem sket.
Untung klu baju yang ditempah dihantar awal so kita bole try dulu dan klu ada masalah bole terus minta derang alter.

Macam kes kawan ako ni sebab kan terlalu ramai orang yang membuat tempahan, maka proses mengalter terpaksa mengambil masa agak lama sket. Jadinya tepaksa la pepagi sebelum kami pulang, kena jejak kan kaki ke kedai tailor itu lagi.

Risau sungguh kawan ako tu, ye la kan, pestime nak cuba hasil jahitan orang vietnam.
Tambah plak dia bukan nya jahit baju kurung biasa, nak mencuba pakaian orang vietnam katanya.
Tu yang kena excited dan sanggup menunggu baju nya siap.


Penerbangan kami adalah di sebelah pagi.
Tu yang x sempat nak buat last soping kat Ben Thant Market.
Takpe la mungkin ada rezeki kami datang lagi.

Pagi Isnin, hari bekerja.
So kena la cecepat gi Airport.
Katanya pagi hari waktu bekerja adalah waktu sesak sekitar bandar Ho Chi Minh.
Jadi, klu silap perhitungan mau nya tersangkut dalam trafic jam.
Tapi alhamdulilah, perjalanan kami ke airport sangat lancar.


Dan kami tinggalkan bandar Ho Chi Minh dengan seribu kenangan yang mungkin akan berulang lagi?!
hehee...

Babai Ho Chi Minh City.
Ada rezeki kami singgah lagi ye.

Nota Jemari: Destinasi seterusnya 2013?