Hari kedua ...

Perbezaan masa hanya lah awal sejam dari Malaysia.
Soh otomatik subuh pun kena la bangun awal kan.
Bila dah sumer nya bangun awal, maka bersiap-siap pun awal la juga.
Jam 6 pagi dah terang benderang.


Menu sepanjang kitorang kat sana.
Megi, milo, megi milo!
Konon nya nak berjimat sket coz ako dengar makanan halal kat sana adalah mahal.
Means klu makan kat restoran halal di sana la.
So, alternatif lain utk kita mengurangkan budget makan adalah dengan membawa beberapa makanan ringan seperti dalam gambar.
Eh eh bukan kedekut cuma bila melancong di tengah-tengah bulan, harus la kena pikir perihal budget, tak gitu?! ;-)

OK misi arini adalah nak bersoping semata-mata.
Tanya receptionist kat hotel tempat mana yang sesuai tuk soping kain ela, dia cadangkan kita ke Binh Tay Market kat area Chinatown.

So setelah berbincang sesama kita, semua setuju untuk ke chinatown.

Teksi memang mudah nak dapat kat sana.
Nasib baik, teksi memang dah sesiap menunggu kat depan pintu hotel.
Nasib kurang baik, pihak  hotel akan tolong dapatkan teksi kat luar tepi lorong hotel.
Bak kata, tak perlu la nak risau klu nak ke mana-mana.


Kali ni kami menggunakan khidmat teksi MAILINH.
Salah satu company teksi yang setaraf dengan VINASUN perkhidmatan nya.
Dengan berpandukan map yang tertulis binh tay market dalam bahasa vietnam oleh receptionist, just tunjuk aje la kat drebar teksi arah tujuan kami.

Susah berkomunikasi dengan mereka yang kurang mahir berbahasa inggeris hatta melayu heheh.
Jadi situasi untuk berborak dengan drebar teksi untuk bertanyakan tempat-tempat menarik yang lain agak terbantut di situ. 


Dah sampai.
Turun-turun je dari teksi, memasing cam tercenggang-cenggang.
Ermm.. sebab takde tanda nama yang menunjukkan itu adalah pasarnya, jadi kami assume memang itu lah tempat nya ye. Klu drebar tadi berhentikan kami di pasar yang salah, maka salah lah info ako ni ye.

Nape ako cakap camtu, sebab rata-rata gambar atau info yang ako google pasal pasar binh tay ni, lain daripada gambaran tempat yang kami tuju tu.

Ako tau, pasar binh tay ni adalah yang terbesar di Saigon.
Jadi, mungkin juga kawasan yang kami pegi tu tak merangkumi keseluruhan pasarnya, kan ;-)


Ha sape paham?
Agak nya dia tulis "Selamat Datang" la kot ...


Cari punya cari....
Kluar satu lorong, masuk lorong lain tapi kebanyakkan kain-kain nya yang jenis lycra bukan nya cotton.
Sebabkan dalam mind memasing nak memborong kain-kain cotton, so agak kecewa la sket di situ.
Cuma ada satu kedai je yang kitorang tengok dia jual kain pelbagai jenis, maka otomatik sumer nya memborong di situ sahaja.


Lepas ke chinatown kitorang terus amek cab menuju ke Hard Rock Cafe.
Sebab ada pesanan yang hendak dibeli maka menyinggah juga la kami ke situ.


Masa kitorang ke sana, derang tengah dalam proses renovation kedai hard rock nya.
Jadi yang ada untuk dijual tak banyak pilihan sangat pun.
Tapi sebabkan dah ada orang pesan nak beli t-shirt, itu yang gigih juga la kitorang turun ke bawah tuk sesi pembelian pape yang patut.


Siyes, memang x banyak pilihan so memasing pun cam kurang berminat la nak membelek2 sangat barangan yang ada kat situ.

Dah dapat apa yang ako nak, segera kitorang beredar.


Sebelum sampai ke HCM, kitorang ada buat research sket.
Cari shoping complex yang tourist slalu pegi.
So dalam pecarian, kebanyakkan nya mencadangkan kita ke An Dong Plaza ni.
OK memang dalam kepala x dapat bayangkan apa la yang special sangat barangan kat sana.

Klu tengok dari luar xde yang menarik sangat.


Rupanya An Dong Plaza ni macam GM Plaza la klu kat Msia.
Heheh....


Takde yang menarik sangat minat kami kat situ cuma kebetulan memasing tengah sibuk dok cari fridge magnet, jadi dah alang2 kita jumpa kedai souvenir dengan harga yang sangat-sangat murah, terus kitorang borong je la setiap sorang.


Dah jam 3 petang patut la memasing kelaparan.
Sebabkan sumer nak cari nasi,
dan kebetulan plak ada warung halal depan hotel,
tanpa buang masa terus kita melantak nasi campur kat situ.

Sedap!
Sangat lazat...
Hahha owang tengah kelaparan, hidang apa pun sumer nampak sedap kan ;-)


Ini lah rupa kedai tu.
Kedai makan BASIROH.
Takde la mewah mana pun, tapi cukup la sekadar tuk alas perut sampai ke malam.
Oh ye ako perasan klu ko makan kat memana walau kat warung sekali pun, derang lebih suka klu kita bayar dengan duit USD.


Ingat tak awal tadi kitorang ada beli kain ela kan.
Kawan nan sorang ni teringin plak nak buat baju tradisional vietnam.
Jadi, ke tailor la kami sumer.

Oh ye, kowang boleh juga soh tailor-tailor kat situ jahitkan baju kurung/blouse/kebaya etc asalkan kowang bawa je baju contoh atau bagi je ukuran kat derang.

Sederet dengan hotel je tailor-tailor ni.
Memang banyak tempahan derang terima.
Kebanyakkan nya dari orang msia.

Klu kowang hantar awal pagi, nasib baik petang hari yang sama kowang dah bole dapat baju nya.
Tapi kes kawan ako ni, dia hantar di waktu petang, maka esok petang la baru dia dpat.
Klu derang x banyak tempahan, silap haribulan derang boleh tolong hantarkan baju siap tu ke hotel kowang.


Soping lagi!
Kali ni kita ke kedai erkk kira macam kilang buat baju la kiranya.
Memang banyak sangat baju-baju yang telah ditempah oleh peniaga-peniaga dari Msia.
Klu kat situ kowang bole dapat harga sehelai baju RM50 tapi bila dah sampai kat Msia, harga selai baju tadi terus menjadi RM150 dan ke atas.

Perghhh banyak kan perbezaan harga nya.
Tapi betul la, harga yang peniaga-peniaga msia ni jual cam ermm x berbaloi arr.
Terlalu mahal sesangat padahal klu nak tengok kualiti kain nya, takde la elok mana.

Sorry la ye klu ako buat perbandingan mcm tu.
Tapi betul x apa yang ako cakap, kadang2 terlalu nak pikir kan untung,
pembeli juga yang rasa kerugian.

Ok ok tak moh cakap lelebih pasal tu k.


Antara yang dijual kat sana.
Takde yang berkenan sangat coz derang pakai kain lycra.
Susah betul nak cari cotton masa tu.
Hopefully klu ada peluang ke sana lagi, ada lah musim cotton ye.


Ben Thant dekat la kata kan.
Boleh ulang alik banyak kali.
Nak soping lagi!
Kali ni ako nak cari kain yang betul2 berkualiti.

Dah jumpa!
Bukan cotton biasa, bukan nya lycra.
Kain cotton japanese silk dan juga korea silk.

Cantek!
Nampak eksklusif kain nya.

Mahal?
Ye lagi mahal daripada kain cotton biasa.
Sebab dia silk kan.


Dalam cuaca yang panas terik.
Dapat basahkan tekak dengan air kelapa ni memang la nikmat.
Sedap sangat-sangat.

Jangan lepaskan menikmati kenikmatan air kelapa ni ye klu kowang ke sana.


Malam sudah!
Hahahah sopinggggggg lagii dan lagi dan lagi.
Selagi duit x berkurang, selagi tu la soping tak henti-henti.
Dah kata memang seharian tu adalah hari untuk bersoping sahaja ;-)



Hasil belian sorang kakak tu.
Koleksi kenderaan untuk hiasan umah nya.


Terduduk memasing keletihan.

"Jom la masuk bilik.. esok awal2 nak kuar lagi!"


Sibuk cik kak ni buat list budget ye.

"Banyak ke kak barang yang dibelinya tuh?" ;p


Dan ako sudahi perjalanan hari kedua dengan gambar bell boy hotel aka TOMOK (kata mereka la.. erkk sama ke?) hehehe...

Nota Jemari: esok nya kita ke Mekong plak....