Lapar!
Malas nak kuar!
Kata wiken, so melepak je kat umah.
Nak rilek-rilek.
Tapi ... LAPAR!!

Sebabkan tipon rumah rosak, henpon plak cam nyawa-nyawa ikan kreditnya, maka terpikir pasal online delivery.

PAP!!

Terus tergedik nak cuba.

Sebabkan x berapa nak tau website nya so kita minta la bantuan dari en google untuk mencari.


Bila dah masuk website dia, kowang terus je klik butang "mula di sini".


Pastu nanti 'pop-up' window akan kuar macam dalam gambar kat atas.
Klu kowang dah ada akaun, terus je masukkan email & password yang kowang dah daftar.

Klu kowang belum mendaftar, jangan risau, kowang klik je link "Daftar sekarang!"


Kemudian, kowang diminta untuk mengisi butiran seperti dalam gambar kat atas.
Dah isi, jangan lupa klik butang "Daftar".

Nanti lepas tu, kowang terus je "log masuk" guna email dan kata laluan yang kowang dah daftar awal tadi k ;-)


Jangan risau, klu kowang last minit nak tukar alamat penghantaran, just klik je butang "Tukar/Tambah alamat".

Kowang boleh buat terus buat pesanan.


Atau kowang boleh buat pesanan awal, dan soh derang hantar kemudian.
Hanya tetapkan tarikh & masa saja.


Dah klik "pesan sekarang/pesan awal", terus kowang leh pilih menu yang kowang mahu.

Pastikan pembelian minima adalah RM18.00 ye. ;-)


 Kata kan kowang nak makan McChicken, klik je kat gambar mcChicken tadi, pastu kuar list kowang bole pilih, ala carte, nak besar or medium.


Dah cukup sekurang-kurang nya RM18, kowang semak dan sahkan penghantaran.


Dah setel, nanti pihak mcDonalds akan hantar email pengesahan pesanan kowang.
Lepas tu, kowang tunggu je la ye moto mcD hon hon depan pintu pagar umah kowang.

Klu x puas hati, kowang leh jejak pesanan kowang tadi.
Boleh check samada derang dah dapat ke belum order kowang tadi.

So, selamat membuat pesanan secara online ye ;-)

Nota Jemari: ..mudah kan ;-) KFC bila lagi nak buat delivery eh?