Alamak baru pasan entry ni dah lama terperuk dalam draft...
Harap-harap masih sempat lagi nak hantar ye....!!

Ako masuk blog Jocko.
Terbaca entry pasal "Cabaran Winter in Busan".
Macam tertarik dan menarik.
Cabaran ni adalah anjuran Bloggers.com dan Majalah Libur" khas untuk para bloggers.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur - Task 1
Cabaran : Tulis satu entry "Apa Yang Menarik Di Busan"
Apa sahaja yang anda rasakan menarik di Busan dan ia menjadi tarikan untuk anda ke Busan, Korea Selatan.

Syarat Tambahan 
1. Entry mesti sekurang-kurangnya 200 patah perkataan (atau lebih)
2. Sertakan back link untuk www.Blooggers.com dan http://libur.karangkraf.com
3. Penyertaan Task 1 pada 15 September 2014 - 30 September 2014. 
4. Sertakan permalink entry anda ke blooggers@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bila sebut Korea, konpom dah terbayang Seoul, Nami Island, Namisan Tower, etc.
Tapi bila sebut Busan, memang ako blur.
Sejujurnya memang ako x pernah amek tahu sangat pasal Busan ni.
Yang pasti Busan ni adalah bandar kedua terbesar di Korea.
Dan pelabuhan antarabangsa ke lima terbesar di dunia.
Eh eh dunia ke Asia ek? hehehe....

Kalau dah ko x amek tahu pasal Busan, konpom la tak tahu sangat apa yang menarik di sana kan?!
Maka nya ako buat la sket kajian, carian di google maklumat yang menarik.
Rupanya Busan terkenal dengan makanan seafood dan pantai-pantai yang cantik.
Sebut saja seafood, ako dah terliur..
Dah terbayang udang besar, ketam manis, ikan siakap masak stim...dan macam-macam lagi arr :-D
Dengar katanya pasar di Busan memang terdapat ikan-ikan dan hidupan laut yang sangat-sangat besar di waktu pagi. [Kalau la dapat makan ikan pari bakar cicah sambal, perghh!].

Banyak juga tempat-tempat yang menarik kita bole pegi eh rupa nya...
Tapi salah satu tempat yang betul-betul menarik minat ako ialah "Gwangwan Bridge atau Diamond Bridge". Dengar-dengar nya pemandangan kat situ teruatam sekali waktu malam sangat cantek. Ada bunga-bunga api yang akan bersinar di sepanjang jambatan tu yang buatkan kelihatan nampak macam diamond. Wah, diamond eh? Hahah tak dapat sentuh, dapat tengok pun jadi la kan :p

"Busan International Film Festival Sqaure" (BIFF) juga menjadi tarikan. Rasa nya area ni macam "Fame of Walk" kat Hong Kong kot.. Sebab klu tak silap, di BIFF ni ada juga tapak-tapak tangan celebriti Korea. Mana tau, untung-untung bukan saja tapak tangan, tapi bole terjumpa ke empunya diri kan?! :-D

"Gamcheon Cultural Village/ Taegeukdo Village", ok ni juga salah satu tempat yang memang rasa wajib pegi ni. Hahaha gara-gara penangan tengok Running Man. Kan diorang ada buat shooting kat situ. Ala yang episod Choi Ji Woo tu ... ha korang google la ek episod tu :p Perkampungan ni nampak colorful sangat, lain dari yang lain. Rumah-rumah kat situ di bina bertingkat-tingkat kan?! Cuma kena hati-hati sket la dengan tangga dan kecuraman jalan-jalan kat situ ye.

"Busan Tower" .. rasa nya tak lengkap kalau ke satu-satu tempat kita tak naik tower kan?! Ye la contoh kalau pegi Jepun mesti nak naik Tokyo Tower, Kalau ke Paris, mesti sekurang-kurang nya bergambar la depan Eiffel Tower, ye tak?! ;p Kalau tourist datang KL pun konpom punya la akan amek gambar kat Menara KLCC atau KL Tower kan :p. Jadi, kalau dah ke Busan moh la kita jengah Busan Tower juga. Menara ni takde la tinggi sangat macam Seoul Tower tapi cukup la dapat juga tengok pemadangan sekitar pekan Busan tu. Mesti cantek kan, kurang pencemaran, kurang jerebu nya.

"Gukje International Market"... ni pasar tradisional kat Busan. Serupa macam Namdaemun Market di Seoul. Mesti boleh cari souvenir kat situ kan hehee...

Cukup la kot sampai sini dulu...
Kalau banyak-banyak kang belum tentu dapat pegi hahaa...
Pape pun, harap-harap suatu hari nanti tercapai juga la hasrat nak jejak ke Busan dan juga Jeju.

Nota Jemari: sempat lagi kan hantar peraduan tu arini? :p