Iftar bersama Geng Bas Sekolah - Ako Tetap Ako

Iftar bersama Geng Bas Sekolah

Tahun ni rasa nya dua kali je berbuka di luar.
Yang pertama dengan adik-badik.
Yang kedua dengan geng-geng opis.


Selalu nya setiap tahun, awal-awal lagi kitorang dah decide nak berbuka bersama-sama.
Tapi tahun ni, memasing sangat sibuk jadi plan berbuka ni pun kitorang decide last minit sangat.
Maka nya, yang dapat hadir pun tidak seperti tahun-tahun yang sudah.
Lokasi berbuka ni pun last minit terjumpa.
Asal nya nak berbuka di Sweet Tree kat Ampang. Tekak macam nak makan makanan korea tapi tempahan adalah penuh sehingga abis puasa. 

Gugel punya gugel, terjumpa kedai ni.
Cafe Blue terletak di Mahkota Cheras.
7, Jalan Temenggung 25/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Batu 9 Cheras, Selangor
So hari Ahad 10 Jun yang lepas, berkumpul la kami di situ beramai-ramai.


Asal nya kami ingat cafe ni just ada menu ala carte je.
Bila confirmkan balik sebelum datang, rupa nya derang memang ada sediakan buffet ramadhan berharga RM28++ dewasa dan RM18++ kanak-kanak 6 tahun ke atas.

Menu dia kebanyakkan nya western.
Tapi ada juga nasi goreng dan rendang ayam.
Untuk anak tekak ako, rendang dia sangat marbeles.
Menu lain macam spageti olio, blognese, burger, piza dan lain-lain.

Menu memang banyak tapi yang sempat di snap gambar atas tu je hahaha. 

Kot-kot la ada yang nak berbuka petang ni, mana tau dia buka lagi ke, cer la try call no ni
 03-9011 3891


Akhir kata sebelum raya,

Selamat Berbuka
Selamat Hari Raya
Selamat Pulang ke Kampung Halaman

daripada kami GENG BAS SEKOLAH

Nota Jemari: tak cukup korum..janji hepi

3 comments:

  1. Aku ingat geng bas sekolah ko semua kat JB, rupanya ada juga kat KL ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. ni geng bas sekolah versi pejabat 🤣

      Delete
  2. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com

Powered by Blogger.