Yeay yeay nak raya dah!!
Semua excited dan tak sabar nak sambut raya tahun ni.
Tak terkecuali anak-anak buah ako pun sama juga.
Tahun ni, ako murah hati sikit nak belanja derang 'rambut raya'.
Kalau ikut mak apak eh, memang takde la nak terjah kedai mamak gunting rambut ni.
So, alang-alang dah kidnap derang, moh la kita kasi trim sket rambut sorang-sorang ye. 
Moga-moga mak apak korang takde la terkejut beruk tengok rambut baru tu hahaa..


Ini anak buah sulung ako.
Nama dia Muqarrabin. 
Nama manja ABIN.
Umur 9 tahun.
Tapi membesar bagai johan.
Ntah omak eh bagi makan yang sodap-sodap yo agak eh.


Ini adik ABIN.
Nama Mustaqeem.
Panggilan manja Aqeem.
Umur 7 tahun.
Keding sangat tapi bila makan, ya ampun semuanya dia sumbat.
Yang bagus nya badan cikeding juga hahaha...


Ini pulak anak buah paalingg bongsu.
Setakat ni la yang paling kecik sekali.
Adik kepada Abin & Aqeem.
Nama Qayyum.
Umur 3 tahun.
Bawa gi gunting rambut aritu.
Adoiii dengan mamak-mamak geleng kepala.
Apa tak nya, punya la susah nak suruh dia dok diam.
Melalak sampai ke sudah, mamak pun dapat trim sebelah aje.
Dah tak pasal-pasal rambut pun senget benget.

Kisah nya derang ni adik-badik memang tak pernah gi kedai gunting rambut.
Selalu tu apak atau omak eh je yang gunting kat rumah.
Tapi kalau gunting kat rumah tu, memang botak sesajo la kan.
Itu yang tahun ni Nina kasi chance korang ada rambut masa raya nanti hahaha. 


Dia ni nama nya Imran Zayyan.
Umur 4 tahun.
Uisshh... yang ni kalau nak bawa gunting rambut memang konpom-konpom kena hangkut apak eh. Hanya bapa dia je yang boleh pegang dia masa mamak potong rambut.
So masa bawa dia teman abang-abang cousin dia gunting, dia pun dok berangan sorang-sorang.
Tak tahu la masa tu apa yang dia angan kan.
Mungkin tengah planning, gaya apa nak suruh mamak buat kot.
hahaha... 

Pape pun, sempena esok nak raya ni, kami nak ucapkan 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Dengan pesanan, berhati-hati di jalan raya,
pandu la dengan cermat, ingat orang tersayang.
Daripada kami sekeluarga yang hanya beraya di Kay Ell sahaja.

Nota Jemari: tetiba rindu arwah MAK & ABAH... #alfatihah