Festival GT Asia 2019 merupakan kesinambungan daripada Festival GT China.

China GT Championship adalah kejohanan di seluruh negara yang mempunyai jenama automotif paling utama di dunia dan disahkan oleh Persekutuan Kereta Automobil dan Sukan Motosikal Republik Rakyat China (CAMF), serta diberi kuasa oleh Pentadbiran Umum Sukan China. Kejuaraan ini disenaraikan dalam pelan pertandingan sukan nasional tahunan serta kalendar sukan CAMF sebagai acara motorsport peringkat kebangsaan. Berdasarkan prinsip 'Adil, Cukup dan Terbuka' China GT sangat menarik untuk pemandu dan pasukan Cina dan antarabangsa.

Malaysia telahpun menganjurkan Festival GT pertama yang diadakan di luar China. 
Festival GT pertama yang bermula dari 15 hingga 17 Mac 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). 
Acara perlumbaan itu melibatkan lebih 30 kereta GT dari seluruh perlumbaan dunia.


Boodaak ni memang excited sesangat bila Nina cakap nak bawa tengok lumba kete.
Sebelum hari kejadian, kemain dia mendengar kata.
Suruh kemas, dia kemas.
Suruh senyap , dia senyap.
Suruh tido awal, tak payah suruh, awal-awal lagi dia dah ajak abang dia tido.
Tu sumer gara-gara nak hekot go tengok kete.
Sebab nya, nina dah pesan sesiap, klu nak hekot kena behave!
Wah, impresif memasing mendengar kata tetiba kan. ahahaha....


So hari Ahad, 19 Mac 2019, kitorang ke Litar Sepang.

Tengkiu Kak een atas jemputan gi tengok lumba kete secara LIVE di Sepang Circuit.
Mende dah FREE, of coz laju je kita follow.
First time dapat jejak kat litar Sepang. 
Kalau nak harap pergi sendiri, memang tak kan sampai la.


Festival ni dirasmikan oleh Perdana Mentari Tun Dr Mahathir Mohamad.
Walaupun dapat duduk kat grand stand, tapi bila dah ramai kerumun Tun M, memang nan ado la dari jauh nak nampak kan. Masa ni Tun M tengah nak cuba naik kenderaan elektrik terpantas dunie, NIO E-P-9. Smart woo kereta nya, sila la google ye..!!


OK dah rasmi, kereta-kereta ni belom lagi untuk bermula.


Rupanya perlumbaan pagi tu dimulakan dengan perlumbaan kereta Proton Saga.
Ha... korang pernah tengok kete saga buat jadi lumba kete?? Curlasssss ko!!!


Lepas habis kete proton berlumba, kita rehat dulu dalam sejam.
Then, baru la kete lumba yang sebenar beraksi.
Ha ha laju kemain dia 'lintas' depan mata.
Tak sempat ahkak nak lambai lambai kat pemandu kete, kalau dibandingkan perlumbaan Saga di awal tadi, sempat juga la say hai hai bai bai.. hhahaha 

.: hasil tangkapan ABIN..layan.:


Yeay, hepi dia sebab akhirnya dapat juga jejak kat Sepang Circuit ni sambil tengok secara LIVE.


Dah penat, moh la kita balik.
Kat situ macam-macam ada jualan termasuk la Bazaar oleh selebriti kita.
Seriously, ako tak kenal pun dia ni.
Boodak-boodak la yang excited,

 "eh tu Wah Ahmad!"

"Siapa wan ahmad?"

"Wah ahmad yang kaki bahan tu!!"

Sorry la, nina memang tak kenal pelakon-pelakon baru ni sangat. hahaha..


OK kalau yang ni memang Nina kenal hahahaha....

Ada ramai je lagi artis-artis lain berniaga kat situ.

So, kesimpulan nya, bukan 'bidang' nina la nak layan kete lumba camni hahahaa..
Sekadar suka-suka, dapat tiket free, boleh la layan.
Kalau nak harap ako beli tix yang mahal semata-mata tengok kete je pun, memang idok la ye hahaha.... Pape pun, nina memang seronok n enjoy. Satu pengalaman baru buat nina ;-)

Nota Jemari: Next... tiket apa lagi ye yang FREE hahaha