Selalunya kan MAMA hantar dia balik sampai ke sekolah. Tapi kali ni malas nak hadap jam kat highway, maka nya awal-awal MAMA dah book bas untuk dia pegi dan balik cuti kali ni.


Macam biasa, bas ada banyak hentian tapi kami pilih hentian RnR Sungai Buloh (RnR jejantas). Bas yang abam abin dapat tu kena tunggu dia pickup dari hentian Bangi dulu then baru dia akan pickup kat RnR Sg buloh ni. Maka nya seperti yang dijadualkan, bas akan sampai dalam pukul 3 petang. Alhamdulilah, nasib baik sampai awal sket kat hentian tu. Tengok jalan kat highway dari arah utara ke KL dah start sesak.

Tengok dalam bas macam tak ramai dari Bangi tapi bila tengok ruang bag yang hampir penuh tu, ermm... adakah sorang siap bawa lebih dari 1 bag? hahah itu normal la kan cuma kesian gak pada mereka yang lambat utuk dapat ruang letak bag. Terpaksa la hangkut sampai ke atas. Bahaya juga sebenarnya tapi semoga perjalanan sejam 10 minit tu dipermudahkan.


Yang paling excited of coz budak bambam sorang tu.
Sekarang ni dah suruh panggil dia 'kenit' plak. Hahahaha...ok nanti citer lain part tu.



Ok babai ABIN...!! Belajar rajin-rajin....
Dua minggu lagi jumpa balik...
isskkkk memanjang cuti je kena balik hahaha...😅
Cuti awal muharram kan sehari je, tengah mimggu plak tu.
Awat la sekolah awak tak buat aktiviti je??!!
Ikutkan sekolah lain takde nya soh cuti balik.
Ini bila cuti sket, soh balik... bila cuti sket soh balik.
Bila dah selalu sangat balik... baik tak payah dok hostel hahah.. 
Baik ko sekolah dekat ngan rumah je😅

Bukan apa, kesian tau kat budak-budak yang susah dan duduk jauh especially kat pantai timur. Cikgu-cikgu pun pantang ada cuti, 😏.... ako citer cikgu-cikgu kat sekolah dia tau🙈

OK abaikan....!

Pape pun semoga selamat sampai ke sekolah tu!!

Nota Jemari: ...