OK lama lagi nak tunggu gambar-gambar dari photog Team Building tempoh hari. Ha moh la kita share info tentang Hotel yang kami stay masa kat Lumut minggu lepas. 

Hotel Double Tree by Hilton Damai Laut, Lumut

Dulunya dikenal dengan nama Swiss Garden. Sejak diambil alih pengurusan, terus bertukar menjadi DoubleTree by Hilton Hotel. Terletak di Jalan Damai Laut, Manjung, Lumut. Pantainya menghadap ke Selat Melaka. Mempunyai padang golf kejohanan 18 lubang yang indah terletak dalam jarak lima minit memandu dari pintu utama Hotel.

Terdapat tiga restoran, taman air mini, dan pantai persendirian dengan latar belakang semula jadi Pulau Pangkor. Beberapa aktiviti kanak-kanak disediakan, termasuk zoo haiwan peliharaan.

Parking juga banyak. Jadi tak perlu nak berebut-rebut.





Ruang lobi yang luas, santai dan kemas. Minuman selamat datang juga disediakan untuk para tetamu yang menginap di situ.


Sewaktu penyerahan kunci, disediakan sekali bersama-sama cookies coklat almond yang sangat sedap! Macam cookies kat subway tu lebih kurang. 

Bilik-bilik di Hotel DoubleTree



Pelbagai jenis bilik tersedia di situ. Terdapat 3 blok bilik. Blok 1 terletak berdekatan dengan penyambut tetamu. Blok 2 & 3 terletak di bahagian belakang berdekatan dengan ballroom dan juga restoran MAKAN Kitchen. Untung nya kami, kebanyakkan nya dapat bilik di blok 3.

.:skrin tv yang besar:.

Untuk pakej yang kami ambil, kami memilih bilik "Twin Guest Room with Sea View with Balcony". Bilik memang luas la untuk 2 orang. Ada 2 jenis katil, twin bed dan juga Queen bed. Nasib baik la kami dapat twin bed.

.: twin bed:.

.: bilik member yang dapat Queen Bed:.


Sangat puas hati sebab almost lengkap keperluan dalam bilik tu seperti bathrobe, iron with ironboard, hair dryer, kelangkapan ubat dan berus gigi serta banyak lagi la. Paling suka sebab towel mandi dia besar sesangat. Memang full body punya towel la hahah.


Toilet dia separate antara tempat mandi dan jamban. Cuma kat sini pintu dia xde kunci hahhaa... so agak was-was juga nak mandi mulanya sebab masih ada celah ruang yang tak tertutup. Tapi nasib baik kawasan ruang mandi dan katil terpisah oleh dinding. 



Siap ada body lotion dan wash hand. Syampu dan shower gel pun bukan calang-calang brand dia guna. Hahaha.. suka suka sebab bau dia wangi!!

Kemudahan dan Servis lain



Fitness Center! Gym ada disediakan untuk tetamu yang check-in. Treadmill takde la banyak sangat tapi itupun dah mencukupi bagi peminat-peminat yang rajin turun ke Gym di waktu percutian. View menghadap laut. Memang cantek! Masa ako snap ni dah tengah malam, so takde la nampak view nya ye :p



Terletak bersebelahan dengan Fitness Center adalah Kid's Club. Untuk mereka yang membawa anak-anak kecil, tempat ini pasti akan dikunjungi.


Luas juga kawasan nya. Macam-macam games ada disitu. 
Selain itu terdapat juga tennis court, basketball court dan juga aktiviti sukan pantai untuk pengunjung dewasa. 



Paling ako suka adalah pool kat situ. Serious dah macam mini waterpark gitu. Best sangat terutama sekali kalau ada anak-anak kecil. Slide terbahagi mengikut umur. Kirakan pool dia ada macam-macam jenis. 





View pool waktu malam.

.: pool 3 kaki dalamnya, tak besar tapi bole la masuk dalam 10 orang gitu:.

.: pool kedalaman 1.5 kaki, luas dan panjang:.

Mula ingatkan pool hanya untuk budak-budak sahaja. Tapi jangan risau, untuk dewasa pun ada 2 jenis. Satu kedalaman nya 1.5 kaki dan satu lagi kedalaman 3 kaki. Besar! Memang sangat besar pool untuk dewasa ni.


Makan KITCHEN


Satu-satu nya tempat sarapan, lunch dan juga dinner selain restoran HOTPOT (stimbot) bersebelahan pool. Memandangkan pakej kami dah termasuk 3 meal tu, jadinya jom kita serbu!

Jujur cakap, makanan untuk dinner memang superb sedap!
Untuk sarapan, bagi ako standard lebih kurang macam hotel-hotel lain.



Tenpat makan pun luas, belah kanan dan kiri. Tengah-tengah terletaknya pilihan makanan bufet.



Tapi kalau nak fefeling romantik, boleh la makan kat bahagian luar. View sunset memang ohsem!




Kami memilih untuk di bahagian dalam tetapi berdekatan dengan tingkap. Subhanallah, memang senja nan merah berlabuh bagaikan lukisan. 

.:salmon cheese bakar dia sangat sedap!! Salmon pun rasa fresh:.


.: pelbagai jenis pencuci mulut yang enak-enak:.

.: salad pun ada banyak jenis, sampai tak tau nak amek yang mana:.



.: Udang dan oyster yang segar:. 

.: ikan dan udang bakar:.

Seafood dia memang fresh! Even dia punya cicah kicap cili tu pun sedap hahahha... Kitorang siap amek semangkuk kecil bawa ke meja. Ratah ikan dan udang, macam makan nasi!! Udang sesajo oiii... jangan bertambah kolestrol ako, udah le hahaha.

Banyak sangat makanan. Malam kedua siap ada kambing bakar.
Tak terlarat nak rasa semua. Untuk harga RM100++ memang sangat berbaloi (dinner). sarapan ako tak pasti harga dia berapa. Gambar makanan tu takde la ako nak tempek semua sekali. Hahaha kang naik muak plak entry penuh makanan je 😆 Memandangkan perjalanan nak ke Pekan Lumut agak jauh dari kawasan hotel, ditambah dengan kawasan yang gelap gulita dan penuh dengan pokok-pokok sepanjang jalan nak masuk ke laluan hotel, maka nya ako memang suggest, korang makan aje la kat dalam hotel. 


Bilik Meeting dan Event


Tak silap ada 10 jenis bilik event atau ballroom kat situ selain executive ballroom. Maybe executive tu untuk VVIP la kot kan. 


Kami dapat ballroom pertama. Luas juga. Lengkap dengan monitor skrin besar cuma aircon dia agak kurang sejuk ketika itu.

.: ruang istirehat di luar ballroom:.



Ada taman permainan untuk kanak-kanak. Bersebelahannya tu ada court tennis / basketball.


Aktiviti sukan air juga ada. Yang ini harga tak termasuk dalam pakej hotel ye. Korang kena bayar lain untuk main ni. 

Masa kami di sana tempoh hari, kebetulan rezeki, Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah datang melawat ke sana. Tak pasti datang menginap bersama keluarga atau sekadar datang melawat kawasan. Hahaha memang takde gambar sebab memasing macam terpegun gitu! 😂

Info tambahan : 
  1. Hotel ini tidak mesra kerusi roda.
  2. Sila ambil perhatian bahawa selain daripada kaedah pembayaran yang disenaraikan, hotel pada masa ini juga menerima Ali Pay dan WeChat Pay.
  3. Spa akan ditutup pada 04 April 2023 - 15 Ogos 2023 untuk tujuan penyelenggaraan. 
  4. Connecting room available (boleh rujuk pihak hotel)
Nota Jemari: ini bukan iklan berbayar hahahha....