Maaf lama tak menulis... macam macam kejadian....

Balik bercuti dari JB baru baru ni Uyum semput. Kali ni memang tak bole setakat pergi klinik amek neb je. Emergency terus 3 pagi 27 Disember baru baru ni.

Kami shoot ke Hospital Tunku Azizah HKL.


Ini lepas amek neb 2 kali... oksigen dia drop kejap tu yang kena pakai oksigen je 24 jam sekarang ni. 


Masa nak amek sample darah, bole plak tak jumpa urat nya. 4 kali MO try amek , last sekali diorang terpaksa call doktor pakar untuk cari urat uyum ni.. of coz la 4 kali cuba mau nya tak melalak. Dah le uyum ni memang takut sket dengan jarum...😅



Dah dapat wad... masa ni dia dah stabil tapi still kena on oksigen. Now ingatkan dah 5 hari kat sana macam dah ok la kan... Tak sabar nak tunggu dia kluar spital. Eh rupanya masih ada banyak kahak lagi.

Tambah plak paru paru dia dapat trace ada kuman. Ermm sian MAMA terpaksa la berkampung kat sana ntah sampai bila. Lari semua plan dah ni haha...

Pape pun semoha uyum cepat sembuh... Nina tak sabar nak gomol gomol uyum ni...

Nota Jemari: doakan uyum cepat sihat dan cpt dpt blik rumah