Wiken trip...Ini cerita sabtu lepas, baru sempat nak publish... kebetulan memang nak hantar baju dinner untuk abam ABIN. Maka nya terus jadi trip bermalam 2hari1malam. Kami bertolak jam 3 petang tadi lepas uyum dan abam aqeem habis kelas taekwando. Perjalanan sejam lebih je jadi nya kami takde la rushing ssngat pun.
Memandangkan semua pun belum lunch bila kluar rumah tadi, so smpai je jat area Slim River, moh la kita isi perut dulu. Kali ni kita mencuba Cafe Koepi Chenta yang terletak tak jauh dari pekan Slim River. Sederet je dengan kedai kek ladam kuda Azra yang ako pernah citer sebelum ni.
Mula nya ako sangka kan cafe ni takde la sangat orang nak lepak. Sebab dari luar cam tak nampak pun ada orang singgah kedai ni. Tapi bila buka je pintu, alahaii hampir penuh seriap ruang meja dalam kedai. Of coz kedainya berhawa dingin dan ini mungkin penyebab ramai yang suka lepak di dalam berbanding di luar.
Selesa sangat cafe ni.. Kami ulang lagi ke sini keesokkan hari nya untuk bersarapan plak. Tapi yang sarapan tu kami datang terlalu awal plak jam 9 pagi. Yang ada hanya roti canai sahaja. So ok la.
Apa yang ako bole katanya seriously makanan kat situ sedap sedap belaka kat tekak ako. Ako suka style masakan nasi goreng dia. Nasi dia masak jenis keras seketul2 bukan lembik. So bila buat nasi goreng memang sangat puas hati. Asam pedas tetel pun sedap. Asam pedas tu dia akan masak bila ko order jadi memang fresh la ye. Cuma spageti carbonara tu overated sangat. Harga boleh tahan tapi kuah nya cair dan tak banyak rencah dalam spageti tu. Sambal nasi lemak dia sedap... pilihan nasi lemak, sambal tu memainkan peranan bagi ako haaha.. Overall bagi ako memang worth it la makan kat situ.
.: ada ruang untuk bermain piano dan gitar untuk yangn berminat menunjukkan bakat:. |
Korang boleh la try lepas ni ye kalau ke Slim River.
Koepi Chenta Cafe
1A, Persiaran Mutiara, Taman Slim Mutiara,
35800 Slim River, Perak
Menu -> https://koepi-chenta.whyq.my/
Dah kenyang, kami check-in kat Summit Signature Hotel Slim River yang terletak betul betul kluar tol Slim River. Bukan cuti sekolah, bukan weekend yang bizi, so masih la banyak bilik yang kosong minggu lepas.
Kami amek Family room. Berbaloi la luas gila bilik nya. 2 katil queen size.
Malam nya kami ke Gerai Noor Satay yang terletak di 624, Jalan Ahmad Boestaman, Kampung Manggis, 35800 Slim River, Perak. Dia kat dalam food court kat pekan lama Slim River. Rasa nya masa kami google tu, terus dia suggest tempat ni. Memang betul la, berbaloi oiii pegi makan situ. Walau ramai yang menunggu tapi servis dia memang cepat.
Sate dia lembut, baik ayam ataupun daging. Kuah kacang nya pun sedap, tak cair tak terlalu pekat snagat. Paling suka sebab dia masih mengguna kan cara lama untuk mengipas sate. Kebanyakkan sate skrg kan guna kipas moden je.
Bila tengok diorang yang dtang berbungkus-bungkus beli nya, sah la memang sedap dan berbaloi cuba!! Cuma kat situ ada juga jual nasi ayam tapi yang ini ako kurang nak rekomen sebab bagi ako biasa sangat nasi ayam nya hahaha.. Takde yang special. Kuah sup nya pun so-so je. Jadi pilhan kat korang, nak cuba pun bole, tak nak cuba pun xde masalah.
Pagi ahad, kita check out terus pick up abam Abin bawa kluar kejap. Setelkan baju-baju kat dobi, beli barang keperluan untuk 2 minggu sebelum balik cuti semester sebulan ni kan.
Gambar kenangan bangunan hostel dia. Adakah gambar terakhir sebelum abam ABIN menghabiskan sisa-sisa form 3 nya di situ??? Tunggu dan lihat hehehe...
Nota Jemari: short trip on weekend
24 Comments
Yang terliur pabila komen pada malam2 hari. hehe. :P. Tengokl suasana sangat best. hehe
ReplyDeletesyoknya jalan2...Cuya tak pernah ke sana, lama rasanya tak berjalan2 cuti
ReplyDeleteAduh..kita dah la tengah craving satay ni...terliur tengok ha,.
ReplyDeletecantik & cozy sgt cafe tu.. bilik hotel tu luas..puas hati sgt kannnn
ReplyDeleteBanyak tempat makan best kat Slim River ni. Memang tak ada chance la nak slim walaupun datang ke Slim River 🤣.
ReplyDeleteSate mmg nampak aummmm 😍
ReplyDeleteAbg Abin ni sebayalah dgn Abang rupanya :)
Ohh Ako, sedap nya semua. Ni kena puasa ada check up, kecur air liur tau tengok food sedap2 tu.
ReplyDeleteCafe-nya bagus penataan area-nya, terlihat lapang, susunan meja kursinya baik, bersih; membuat nyaman siapapun yang berkunjung ke cafe itu.
ReplyDeleteKopi caramelnya sepertinya seger banget ya Mbak. Duh, jadi ingin mencobanya...
Salam,
Kopi Chenta tu tersinggah lagi walaupun dekat.. kikiki.. Orang jauh pula yang da sampai ye..
ReplyDeleteSedapnya sate. Hujan2 ni teringin sate 😁
ReplyDeletelepas nie boleh try jugak kedai tu...sebab skang mmg banyak lalu jln tu dah...hihihi..x lalu nk ngadap jem kt hgway
ReplyDeleteluas nmpaknya cafe nya
ReplyDeletemenu pun sedap2
Belum pernah ke perak. Nantilah semoga ada kesempatan.
ReplyDeleteLihat cafenya, lalu makan2 yg dijual, dah terlihat memang sedap. Pastilah saya pilih menu khas drpd yg western 😄.
Penasaran jugaaak Ama sate yg dijual kak 🤤
menarik cafenya...makanan pun sedap...
ReplyDeleteSedapnyaa nasi goreng
ReplyDeletewahh.. pasta dia berladung ladung kuahnya. selalu macam nak taknak je bagi kuah. Biasala tu...update seminggu dua kemudian..hihihi
ReplyDeleteLuas selesa kafe Kopi Chenta tu, memang syok melepak.
ReplyDeleteBilik hotel asalkan dapat muat nak solat, bilik dan bilik air bersih…dah cukup ok sangatlah untuk bermalam sekejap.
Mesti seronok Abin dapat habiskan 2 hari 1 malam dgn family.
ReplyDeleteCantik cafe tu wah nasi goreng ada lah
ReplyDeleteSalam kunjungan selepas sekian lama tak datang sini. Semoga terus semangat untuk berblog. Update jangan tak update. Take care
ReplyDeleteMenu2 semua nampak menyelerakan. Sambil tu dapat together dgn family kan
ReplyDeletefollowed here #434
Alang² dh hantar baju kt abam abin terus jdi short vacation holiday with family kan. Alang2 ada masa lapang xsalah spend time bersama
ReplyDeletesemoga belajar dgn lebih rajin adik abam.. nampak sedap mkanan2 kt slim river
ReplyDeleteTerliur nak makan sate plak.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com