Tempat ni asyik la lalu lalang kat TT kita. Dan kebetulan sabtu lepas hantar abam abin balik asrama, maka nya kita pun menyinggah la dulu ke sini. Terletak di Parit Raja, Muar Johor. Perjalanan dari tempat ni ke asrama abin lebih kurang 40 minit so kira takde la jauh sangat kan. Jadi nya kita plan lunch kat sini aje la.


Kawasan ni macam ada sikit sikit la masuk ke ladang kelapa sawit tapi takde la banyak sangat pokok sawitnya. Cuma ok la tempat parking memang redup je. Kawasan dia pun luas tau. Lengkap toilet dan surau pun ada juga. Dibuka dari jam 11 pagi hingga la 11 malam setiap hari. Plan asal memang nak sampai kat tempat ni dalam pukul 11:30 pagi macam tu tapi kita hanya merancang je kan. Jem kat highway tak boleh nak jangka padahal rasa nya awal juga kami gerak dari rumah



Of coz signature dia adalah burger. Pilihan ramai, burger ayam+daging ni menjadi menu paling ramai orang order. Maka nya kita pun nak juga la rasa kan.


Kids meal. Mula nya ako macam terbaca kidsmeal ni adalah burger plus pilihan samada nak nugget atau ayam. Tapi bila sampai, eh hanya nugget je??? Mana burger nya. Malas nak argue hahah sebab ako rasa macam betul macam silap baca tapi sebabkan memang kita dah order burger kat atas tu, so kira macam tak terkilan sangat la ye.Mungkin silap ako juga la tak baca betul betul masa order tu.


Bukan hanya jual burger je tau, malah pelbagai jenis nasi macam nasi goreng, nasi ayam penyek pun ada juga. So tak perlu terkilan if masa tu tekak korang tak nak makan western food. Korang boleh je cuba nasi pelbagai jenis yang ada kat situ.

Memandangkan MAMA uyum kurang sihat di hari tersebut, jadi kita order nasi dan sup sahaja la. Harap dapat mengurangkan loya dan sakit perut nya tu.


Ini nasi ayam crispy ala-ala nasi ayam penyek la. Cili dia sedap oii.. pedas hingga menjilat jari hahahaa.


Satu lagi signature dia iaitu mi bandung. Untuk penggemar udang kering, ako rasa sedap dah ni. Kuah pun pekat likat. Ditambah plak dengan ayam bakar rasa nya tu. (hahah lupa da)


Last menu kami iaitu nacho cheesy ... tapi ermmm macam x banyak pun nachos nya , lebih kepada kentang goreng je tu😅

Apa-apa pun, kami dah cuba! Anda bila lagi?

Burger D'Raje Western and Grill
Jln Parit Raja Tengah, 
Kampung Parit Raja, 
84000 Muar, Johor Darul Ta'zim

Nota Jemari: sampai Batu pahat, hujan selebat-lebat nya... !