Sambung cuti-cuti Hatyai [baca sini : Bercuti bersama rakan sekolah]

Sebenarnya dah tertangguh berbulan-bulan entri ni. Bila mood malas melanda, camni la, banyak entry yang tertangguh dan terabai. Kita cuba la abiskan entry bercuti bersama rakan sekolah secepat mungkin. Harap ako masih ingat lagi memori 3 ke 4 bulan yang lepas hahahaha.

Entry ni agak panjang sket ye dan penuh dengan gambar, harap tak muak hahaha
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari kedua kitorang sarapan di Khaleed Restoran. Kedai ni takde la besar, takde la kecil. Macam style restoran kampung gitu. Makanan kat sini lebih kepada masakan nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak. Dia macam kalau ko rindu malaysia, ha sini memang sesuai la hahaha. Bagi ako nasi dagang dia sedap! Of coz la kan, beras pulut siam ko, takkan tak sedap 😆

Sini ada juga roti prata / roti canai cuma kuah kat sini kureng sedap walau roti nya tebal dan crispy. Setakat nak alas perut, diorang ni semua memang tak kisah , janji tolak batu n kayu je hahaha.


Hari ini kita sewa van VVIP untuk 1 day trip jalan-jalan hatyai-songkhla. Bila sewa van ni, kita boleh la plan nak ke mana aje kan. Especially kalau korang plan nak soping sakan sesuai gak amek van. Macam biasa masih menggunakan khidmat van dari pen leisure branch padang besar. Boleh contact CikTIE -- wassap je  --> +60 13-645 1176


Antara tempat wajib shopping iaitu ke Kaysorn. Tempat ni ada jual pelbagai jenis cenderahati thailand. T-shirt dan juga barangan anyam, makanan dan macam-macam lagi. Bagi ako tempat ni kalau korang rasa nak beli secara pukal memang sangat berbaloi. Di situ diorang akan buat promo beli 10 percuma 1. So if pegi ngan kawan-kawan atau sedara mara bole la share-share belian nya tu.






Masa pertama kali jejak situ memang ako rambang betul mata . Rasa semua nya nak diborong hahaha tapi bila dah 2 , 3 kali ke situ, ako rasa ada lagi tempat lain yang seronok nak beli belah. 


Dah puas shopping, kita teruskan perjalanan. Singgah dulu ke Masjid Songkhla iaitu masjid yang sangat terkenal dengan rakyat Malaysia hahaha... Dikatakan masjid ni ala-ala Taj Mahal. Ntah iye ntah idok sebab ghope Taj Mahal nya pun ako belum pernah tengok lagi😅 Tapi untuk katakan suasana dan view kat situ memang ohsem terutama di waktu panas. Haaha memang cantek pencahayaan yang asli untuk bergambar. Rasa nya kalau lepak petang-petang kat situ mesti syiok n damai je tengok air pancut kat situ. Eh eh ada air pancut ke eh? hahahha


Destinasi seterusnya adalah ke Amazon Cafe yang terkenal dengan suasana alam semulajadi nya. Kalau ke Songkhla, rugi kalau tak singgah ke cafe amazon ni. Antara cafe yang menjadi tarikan pelancong-pelancong. 


Sampai-sampai kat situ sila la buat pesanan terlebih dahulu kerana dijangka untuk mendapatkan minuman anda kebarangkalian mengambil masa yang agak lama juga.


Sesambil menunggu pesana siap, boleh la meronda di luar kawasan cafe. Pelbagai jenis tumbuhan dan alam semulajadi. Ada air terjun juga di situ menjadikan suasana sangat damai dan tenang je. 



Sesambil bole la ko buat beberapa pose untuk koleksi album di tahun 2024 😆




Naik feri menuju ke Songkhla. Boleh juga melalui jalan darat (jambatan). Ini ibarat ko pegi penang dari butterworth menuju ke Pulau. 


Taadaaaaa sudah sampai di Samila Beach. Salah satu tempat wajib bila dah sampai Songkhla ni. Panas terik oiii!! hhahahah gigih la nak bergambar tengah panas ni kan.




Og coz bila dah sampai sini kita wajib melayan perasaan sambil merenung air laut di bawah pohon cemara. Eh eh hahaha.. Korang bole je beli jajan dulu kemudian cari la port-port untuk melepak sambil tengok orang naik kuda. Sendiri nak naik takut kuda tu tiba-tiba pengsan plak dengan keberatan yang tak terkira ni😆 Lupa plak harga tunggang kuda tu berapa.. rasa macam lebih kurang 300 baht kot. 


Wajib pose juga depan word Songkhla City tanda sudah sampai ke situ😍


Ini lah statue duyung yang terkenal di Pantai Samila. Berebut-rebut la orang nak bergambar kat sini. 




Pelbagai jenis jualan di situ, dari segi makanan dan barangan kraf. Ako tak pernah cuba membeli kat situ tapi mungkin ada juga yang murah dan ada juga yang mahal kalau nak di compare kan dengan kaysorn atau tempat-tempat belian yang lain.


Dah puas melepak kat Samila Beach, ikutkan nak lunch kat area situ juga tapi kedai yang drebar kitorang rekomen tu fully booked plak. Kebetulan ramai plak pelancong pelancong dari china dah booking satu kedai, ermm alamat nya memang tak dapat le nak menyelit kan. Maka nya kitorang decide pulang aje le ke Hatyai.


On the way tu kitorang sempat la singgah ke Sea Verse Cafe. Tak perlu makan or minum, korang boleh je masuk untuk bergambar. Cuma nak masuk situ kena la bayar entrance fee sebanyak 300 baht seorang. Banyak tempat untuk ootd kat dalam tu. Cuma nya masa kitorang sampai ni panas ya rabbi hahaha...


Nak melepak lelama pun cam berlengas hahahha... So kitorang snap aje la kat tempat tempat mana yang sempat kitorang jejak. 


Dah snap sana sini, moh lekaih kita cari port untuk melantak plak hahaha lapaaar oiii time ni. 


Kita decide singgah floating market dulu la. Kat sini kita cari kudap-kudapan dulu. Hahaha kudap kudap la sangat kan. Macam-macam oii kitorang membeli kat sini. 

💡Tips: sila sediakan wang kecil untuk belian kat sampan-sampan tu ye!






Member semua dah rambang mata dibuatnya. Ikutkan semua pun nak dicuba tapi takut plak terlalu kenyang kan. Sebab lepas tu kitorang nak makan lunch yang proper sket kekdahnya hahaha.. Memang asyik makan makan dan makan je la trip kali ni.


Asal nya kitorang nak lunch stimbot kat tempat lain tapi drebar suggest makan kat situ.


Nama tempat ni E-fries ShabuShabu. Harga bufet nya 299 baht seorang. Kalau terasa nak makan sukiyaki dan shabu-shabu, boleh la cuba kat sini ye. 



Tempat makan ada indoor dan outdoor juga. Mula ingatkan nak makan kat outdoor sebab kat dalam macam dah penuh sekali panas sesangat cuaca petang tu. So kami decide untuk menunggu aje la. Nasib baik tak lama nak menunggu tempat kosong. Rezeki sekali 2 meja kosong terus kami pilih dedua meja tu. 



Macam-macam ada sebenarnya. Tak sempat nak snap semua menu. Hahaha kelaparan sesangat dah masa ni. Memasing macam dah kebulur gitu padahal baru lepas makan kudap kudapan kan hahahha tapi dasar perut dan selera besar semuanya 😆 Bagus bawa diorang ni jalan-jalan cari makan.




Fresh gila semua bahan-bahan nya tu. Terbayang-bayang la dading dibakar... daging direbus slurrrppp





Masa nak bayar tu, cashier bagitau kitorang dapat lucky draw. Wah kemain excited memasing. Ada 5x cabutan gitu. Setelah memasing membuat pilihan, atas tu je la hadiah yang mampu kami dapat wakakakkaa... ikutkan ada hadiah besar-besar tau.. tak silap paling besar motosikal kot hahaha tapi kalau menang yang itu, camne plak nak bawa balik malaysia kan. Maka nya kami bersyukur aje la dapat hadiah yang comel secomel kami semua 😆😆


Last soping???? Hahahaha ada yang tak larat dah nak menyoping masa ni. Kami sempat singgah ke Thanyada Village. Ikutkan ako suka lagi soping kat sini. Maybe sebab kualiti dia nampak lagi bagus. Dan juga kat sini boleh bayar guna duit Malaysia tau!! Hahaha mana le tau kot kot duit baht dah habis ke kan tapi hati masih nak soping lagi, maka boleh la menyinggah ke Thanyada Village ni. 




Kebanyakkan orang kurang tau sangat tempat ni. Tempat ni kurang sesak jadi nak memilih pun rasa selesa je. Tak serabut nak membelek, nak membayar dan kat sini siap ada cafe kat tempat kedai. So, kalau mana yang tak soping, boleh la melepak lepak dulu kat bahagian depan kedai.


Dok pikir nak beli ke tak nak beli ke tak... Sudahnya, semua pun membeli hahahhaa.


OK kali ni betul-betul last soping di hari kedua. Tempat yang dinanti-nantikan oleh mereka.


Taaadaaaa... 7-ELEVEN!! Ni 7-e yang kira terbesar la iaitu HQ tapi ako tak reti nak explain area mana. Hahahaha.. so kalau korang nak tau, sila la google sendiri eh. Maybe bole search kat tik tok or google je la. Moh tengok apa bende yang diorang ni sibuk nak beli sangat kan bila masuk 7-e ni.









Hahahaha macam macam gaya diorang ni kan. Rata-rata diorang ni cari roti CP yang halal tu. Memasing kemain memborong lagi. Ikutkan kalau beli banyak-banyak memang murah kat situ. Tapi bila dah masuk malaysia, harga nya makkk aii 2 ke 3 kali ganda dari harga asal hahhaa.. Kalau kebetulan memang niat nak gi hatyai, bole la masukkan roti ni dalam list cart soping korang 😅


Lalalalallaa gumbira rasa hati. Nak nyanyi lagu rasa sayang hei rasa sayang sayang hei hahaha #tiber😆


Dah dah jom balik ke hotel. Penat dah hampir seharian keluar menyoping dan melantak. Dinner? hahaha tak payah la. Rasa memasing dah kenyang makan roti kekdahnya wkakakakakaa 




Begitu la berakhirnya hari kedua kami. Bila hati sudah gumbira dan puas hati, tido malam pun nyenyak sesangat 😍😍 So kita nantikan episod hari ketiga plak ye lepas ni...!

Nota Jemari: eh eh duit baht macam ada lagi ni.. kena plan kah untuk 2025? 😜