Dina ON !
Tapi macam tak seronok plak kalau pergi berdua je. Maka nya bermula pencarian rakan bercutiš¤£š¤£ dari berdua terus jadi berempat kemudian penyudahnya jadi berenam.
Mula nya takut percutian ni tak menjadi. Al maklum selalunya kalau planning terlalu lama dan tarikh terlalu jauh dari tarikh planning, berkemungkinan bole tercancel cuti cuti nanti. Setelah sepakat kami memilih tarikh 8-11 Ogos 2024.
Dah dapat tarikh terus la kita beli tiket ETS nya. Alhamdulilah 2 bulan awal pembelian masih banyak lagi la tiketnya kan. Tips beli ETS: dah pilih tarikh, dah jumpa tiket terus je sambar. Kalau ditangguh² kemungkinan tiket akan cepat habis.
Masa ni member sorang tu (Along) dah start tak sihat dari semalam nya. Muntah dan cirit birit. Dan baru je discharge dari hospital. So kitorang dah pesan, kalau tak sihat, tak yah la join tapi degil member ni haha.. tetap nak ikut juga.
Masa sampai KL sentral tu pun still muntah muntah lagi. Tapi yang pelik tu, sampai je Hatyai terus segar bugar jadi nya hahaha š
š
Adakah kena cuti cuti selalu baru jadi sihat? šš
Ok tak delay!! Tepat jam 10:50 malam ETS 9278 berlepas dari KL sentral menuju Padang Besar.
.:Waktu dalam photo tu auto dah tukar waktu thailand:. |
4:11 pagi dah sampai ktm padang besar. 2 jam kami tersadai kat situ. Sebab nak gi imigresen pun, 6:30 pagi baru pintu sempadan buka. So nak tak nak kita melanguk la dulu ye kat situ. Kalau ikut ako, ako lagi prefer ketapi delay masa kat KL sentral sebab bila delay, kita akan sampai padang besar just nice ngam² waktu subuh.
Untuk ke Hatyai dari Padang Besar, ako masih setia menggunakan khidmat van vip. Korang boleh book menggunakan wasap atau walk-in je kat kioks yang ada kat ktm padang besar tu. Untuk sharing basis van, harga seorang rm30. Tapi kalau korang nak chartered the whole van, harga dah lain la ye. Bole contact Cik Tie (0136451176 - wasap only) untuk tanya lagi details k
Yeeehaaa masa ni dah lepas imigresen thailand. So dah bole la rileks membuta selama sejam dalam van hahaha.
Fajar nan merah menyambut kedatangan kami. Welcome to Hat Yai šš¬
Lebih kurang sejam perjalanan, sampai la kitorang kat depan hotel. Kami pilih V.L Hatyai Hotel yang berdekatan dengan Kimyong Market. Actually hotel ni bukan favorite choice ako tapi atas sebab sebab tertentu, kita decide untuk stay kat sini.
Of coz la bila sampai awal pagi, bilik pun tak ready lagi maka nya memang confirm la tak bole nak check-in lagi kan. Jadi kita just letak luggage je la kat bilik yang disediakan sebelah kaunter.
Surprisingly waktu kami sampai kedai nya lenggang. Memang langkah kanan gaya nya ni!! Wow best tak perlu nak menunggu lama or beratur panjang.
Pelbagai jenis dimsum, pau dan seangkatan ada jual kat situ. Harga bekas kecil dalam 15baht dan bekas besar 35baht. Memang korang akan rasa nak amek semua yang ada kat situ. Kira macam dah rambang mata diorang nak pilih.
Korang pilih dulu jenis dim sum pastu nanti bole pass kat staf situ untuk direbus. Nanti diorang akan bagi nombor dan diorang akan hantar ke meja kita bila dah siap dimasak.
Eh mana cukup makan dim sum je kan. Dah le memasing memang tengah kebulur pagi tu. So kita tambah le order. Yang ini daging bakar chabura. Seriously memang sedap sangat!! Antara menu wajib korang order kat situ k. Dia punya kuah blackpepper , dia punya perapan daging.. dia punya lembut daging tu memang confirm korang akan rasa nak ulang dan ulang makan.
If korang berpeluang ke dimsum chabura, sila order menu daging ni tau!
Yang ini nama nya tomyum kering. Salah satu menu wajib gak order. Kenapa nama dia tomyum kering tapi ada je kuah kan? Idok le teman tau tapi peminat tomyum, sila masukkan juga menu ni ye dalam pesanan korang š
Gyoza aka dumpling. Haha ni pun antara favorite ako. Wajib order mix flavor ye.
Ini plak kerabu udang ke sotong ke seafood eh hahaa lupa plak. Not bad gak tau!! Ako x suka sangat kerabu tapi yang ini ok la masih bole telan.
Pau ni kami amek goreng dan stim.
Full meja. Sarapan kami macam makan tengahari punya portion hahah. Alhamdulilah kenyang dan memasing pun puas hati walau total damage pagi tu almost rm200 gak la hahaha.. Sape kata gi sana makanan murah-murah? hahah kalau dah nama pun makan kat kedai-kedai viral, kedai-kedai besar, mana nya dapat murah-murah oii.. tapi nasib la kami pegi beramai-ramai so takde la terasa sakit sangat membayarnya. Tambahan plak memang awal-awal lagi kami dah asingkan 1000 baht sorang untuk makan dan minum sepanjang di sana.
OK la kalau pegi ngan kawan-kawan rasa berbaloi gak la tapi kalau gi ngan family memang kena berpada-pada la ye šš
Dah kenyang kami ke Kimyong market plak. Memang plan nak soping kekacang dan barang dapur awal-awal supaya budget untuk ini tak lari ke mana haha. Bila dah soping baru syiok nak jalan-jalan tanya rasa bersalah.
Cop! Untuk info, trip kali ni memang diperuntukkan untuk jalan-jalan cari makan dan juga soping soping! Hahah kalau dah nama pun trip 'anakomak' memang tak sah kalau tak soping kan šš
Alhamdulilah masa ni kami tawakkal je nak check-in awal. Nasib baik la 3 bilik kami booking dah ready jadi receptionist tu bagi kami check-in terus. Deposit kena sediakan 500 baht per bilik ye. Luas juga bilik ni. Basic toiletries dan juga kopi ada disediakan cuma yang tak best nya takde iron dalam bilik malah memang diorang tak sediakan langsung iron kat koridor atau bilik khas iron ke. ermmm nasib baik la ako tergerak nak bawa travel iron. So, settle masalah nak gosok tudung š
.:hasil belian 1st round kat kimyong market:. |
Jangan terpedaya sangat hasil belian tu. Hahah sebab nya itu baru first round tau. Memandangkan jarak hotel dan kimyong market ni hanya 100 meter je pun, harus la kan kita akan ada 2nd dan 3rd round jejak ke situ lagi š
Dah segar bugar masing-masing masa ni so harus la misi JJCM dan menyoping diteruskan lagi. Kali ni kami ke Festival Central Hatyai. Yang ini kira mall terbesar la kat situ.
.:bila geng-geng MAK dah berkumpul, tengah-tengah jalan gak ko nak foto-foto kan:. š |
Dan dan terjumpa geng sekolah lagi kat situ hahhaa.. Kat Msia takde plak nak terjumpa kan, alih-alih kat Hatyai juga kitorang terserempakš
Ekceli bila dah jejak Central Festival ni harus la kita makan Toro Fries. Walau sebenarnya fries ni dah ada pun kat KL haha tatap juga nak fefeling makan kat Telen kan š korang jangan kecam kami. Dah nama pun tourist harus kita play play as a tourist hahha.. Kali ni pegi tak payah nak tunggu lama sebab tak ramai pun tourist masa ni.
Yang berlambak manosia masa tu adalah boodak-boodak sekolah berpesta kat mall tu. Ya allah gila sesak oiii rata satu hatyai kot semua pelajar berkumpul kat situ. Katanya hari itu adalah hari diorang ada acara belajar pasal 'bedah'. Antara subjek wajib yang diorang kena amek.. ha ako x tau sangat details nya. Dia macam seminar tau semua pelajar kena attend pastu dah selesai seminar tu, semua orang bebas nak gi mana-mana. Tu yang agaknya diorang amek kesempatan berkumpul kat satu-satu nya mall kat Hatyai tu. (tak pasti ada ke mall lain selain festival central ni?)
Antara kedai-kedai yang diorang nak jejak sangat. Ako is follow je sebab ako bab-bab soping dalam mall memang kureng sket hahaha... Yang sebenarnya tak tau sangat brands yang diorang dok sibuk nak jejak ni.
Sebab kita tak soping sangat so kita duduk je la luar kedai ye sambil tunggu mereka menyoping sakan.
Dah soping jom kita lunch plak hahhaa... Ekceli macam kenyanng lagi tapi tatap kena makan ye. So kita decide ke Kaitod detcha cawangan Bangloh. kaitod ni maksud nya ayam goreng.. Ikutkan nak makan kaitod meena tapi bila pikirkan kat situ takde tempat makan sangat dan time tengahari ni konpom kena beratur panjang, maka nya kita ke kaitod detcha aja la ye.
Mostly diorang ni just ratah lauk-pauk je. Ako plak tetap la ngan nasi ayam goreng yang marbeles di tekak ako ye. Tekak orang lain ako tak pasti hahhaa...
Bukti kita dah sampai kat situ. Walau kenyang tatap kita cuba juga habiskan semua lauk pauk itu š bila mak-mak punya perut mengalahkan perut bapak-bapak hahha
Ko tengok dah kenyang nak juga beli buah-buahan campur dan colek. hahaha Ako dah cakap diorang ni nama je kenyang kat mulut tapi perut tetap minta di isi š
Dah kenyang lagi jom la kita balik hotel dulu. Kena kosong kan perut balik dan kasi rest sket sebelum aktiviti malam.
Malam kami ke ASEAN night market.
Sampai sini ako follow je diorang sebab ako takde barang nak beli sangat kat sini. Bagi peluang kat diorang yang first time sampai situ.
Tawaf la satu market tu.. ke belakang, ke tepi, ke depan hahaha. Nasib baik la tak ramai sangat orang.
Bila dah penat jom kita ke tingkat 2. Kat atas ni kira food court diorang. Pelbagai jenis makanan dan minuman ada dijual kat situ. Cuma nya kat sini kena berebut meja kosong la ye. Sebab tu kalau korang teringin nak makan kat food court dia, sila datang macam pukul 430 ke 5 petang macam tu. Last time ako sampai waktu macam tu memang lenggang kat area food court.
Ubi lambung... sedap makan panas-panas!
Air longan kat sini memang femes. Dia tak kedekut buah longan tu tau! Memang puas dan berbaloi. Next time if korang berpeluang sampai situ, sila la cuba. Macam-macam jualan makanan ada tapi sebabkan kami ni masih kenyang jadi nya kita makan yang lite-lite aje la ye š
Kami tak pergi pun area Lee Garden Market memandangkan memasing macam takde mood nak tengok makanan lagi hahaha...
So end-up semua pun dah penat, kita tido la awal ye malam tu.
Nota Jemari: bersambung nanti...
18 Comments
Ako pergi Hatyai macam balik kampung je hehe
ReplyDeleteAkak tak pernah jemu kalau baca mana-mana blog tentang trip ke Hatyai sebab bestnya bab-bab makan dan shopping tu.
Haha alamak kak tu sebab dah pernah jejak...kalau first time maunya pk byk kali gak nak ulang² hahah
DeleteHaha alamak kak tu sebab dah pernah jejak...kalau first time maunya pk byk kali gak nak ulang² hahah
Deletebestnya JJCM di Hatyai....van vip sangatlah selesa & best...
ReplyDeleteBetul tu van sangat selesa & best...
DeleteSmp skrg masih rasa terkilan sbb tak dapat join geng2 KAMIE trip Hatyai tahun 2022 dulu š„ŗ Buat trip ke Jakarta pulak Kak Ret š¤
ReplyDeleteInsyallah ada rezeki lg nnt tu hehe mana tau geng kamie ada plan baeek punya haha
DeleteCuma hatyai ini yg saya belum pernah pergi lagi š . Teringiiiin .... Tapi nak prepare budget serius kalo kesana. Krn saya dah plan , kalo ke hatyai, nak puaaaaaaas kan kuliner dan shopping š¤£. Jadi budget tak boleh hemat šš¤
ReplyDeleteBetul fann.... ke sana harus makan soping makan soping aktiviti wajib!! Bawa uwang secukup2 nya confirm byk yang mau dibeli nanti tu haha
Deletekak Ret.....bila nak bawa saya jalan - jalan?hahaha
ReplyDeleteHaaha jom la kita jalan² gi perlis ke ramai² naik ETS šš
DeleteBunga tu boleh dimakan ke dalam kerabu tu?. Suka juga makan dimsum tu. Pasti rambang mata nak memilihnya.
ReplyDeleteAko.. Bestnya trip Hatyai ni. Food semua tu aihhhh geram tengok. Bila la nak sampai ni.
ReplyDeleteSedapnya Tomyam tu
ReplyDeleteBoleh pulak ek...terjumpa kawan sekolah kat Hatyai š
ReplyDeleteUbi lambung tu agaknya macam kuih getuk ubi?
Bestnya bercuti
ReplyDeleteSelalu balik kampung ye...kita ntah bila nak pi..ada aje halangannya
ReplyDeleteMujurlah sampai Hatyai dia dah sihat KakRet. Kalau masih muntah-muntah jenuh juga nanti tu. Kira plan menjadi lah ni. Kadang rancang bagai nak rak. Sekali ramai tak jadi. Itu yang tak nak tu. Paling best makan-makan dan cari makan. Boleh tahan juga harganya tu. Tapi sesekali datang, why not.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com