Panjang tajuk entry ni eh hahhaa

Selesai je aktiviti berakit-rakit di swimming pool belah pagi, lepas lunch kitorang menyertai aktiviti lawatan sambil belajar plak ke KILIM mangrove tour. Masih menggunakan khidmat jungleWallaTours untuk aktiviti mangrove tu. Jeti kami naik adalah di area tanjung rhu.


Kami dibahagikan kepada 4 buah bot. Bot pertama dah berlepas awal awal lagi. Ako join bot kedua.


Bot ketiga dan keempat berkumpul.



Belajar flora dan fauna. Kehidupan yang jarang korang bole nampak kat tepi pantai.



Kat sini diorang tengok binatang atau spesis katak yang jarang jumpa kat daratan. Ako pum dah lupa nama spesis tu.




Tengok helang tapi sekarang dah tak bole nak bagi helang makan ye.  So kita tengok aje la dia berterbangan di udara macam tu je



Pastu kita gi tempat ikan termahal di Langkawi 😅😅😅 tak mampu nak makan kat situ kita just rilek² je la ye sambil dengar cerita pasal ikan dan hidupan laut lain yang dibela oleh tukang kedai.




Minum petang sebelum pulang ke daratan. Masa ni actually semua orang pun dah penat sangat tapi gigih la nak pegi naik bot ni 🤣🤣

Banyak lagi tempat tempat yang dibawa. Gua kelawar pun ada... kawasan paya bakau pun ada. 



Malam kitorang ada dinner tepi sungai? Pantai? Hahaha ala ala tepi pantai la kan.. Konsep pun under the sea tapi ko ingat diorang semua nak dress up under the sea ke 🤪🤪🤪


Team ako nak pakai baju kemeja kotak kotak plak.. gigih ako cari masa kat airport hahaa nasib la jumpa... pastu kita pinjam sarung kepala shark si uyum 🤣🤣🤣 nak sarung baju shark yang besar tu memang tak sempat dah le nak cari nya kan. So kita pakai je apa yang ada




Pastu performance by groups.... mula2 memasing memang nak cancel dah performance ni sebab tak sempat nak prektis kan. Alih alih petang tu lepas balik dr mangrove, kemain semua group berkumpul dan planning utk persembahan malam dinner.

Maka terhasil la macam macam show yang last minit... terhibur kita 🤣🤣🤣 walau dah ghope hape persembahan nya kan😅😅 janji semua org enjoy dan hepi.


Alhamdulilah teambonding 2024 berjaya dilaksanakan walau pelbagai dugaan dan cabaran yang semua orang hadapi.... tetap la semua orang pun gumbira. 🥰🥰🥰

Please, tahun depan kita buat family day pula ye 😉😉

Nota Jemari: ok kita tarik nafas bole continue citer hatyai