Hari kedua di Langkawi. Patut sarapan jam 7 pagi tapi staf catering tu silap dapat info. Katanya start sarapan jam 8 pagi. Dah le pengarah ako sejenis yang awal gi bekfes. Ermmm... terus dapat mesej dari beliau bgtau sarapan tak ready lagi. aishhh kelam kabut contact catering tu. Pung pang pung pang, nasib baik la 7:30 pagi diorang dapat siapkan sarapan. Dapat le pengarah ako sarapan dengan tenang pagi tu.


Hari kedua ni baru la full day aktiviti 'team building' nya ye. 


Hari ini misi kita nak membina 'rakit' ye kawan-kawan sekalian. Tapi sebelum nak bina rakit, kita kena la buat beberapa cabaran terlebih dahulu.


Group photo dulu depan resort. 


Group photo depan pantai plak.



Pastu kita dengar ucapan dan arahan dari 'Jungle Walla' iaitu company yang kami hire untuk aktiviti team building kali ni.

Ada banyak station dari A hingga la ke station F kalau tak silap hahaha.. 


Ini antara soalan di station C yang sempat ako snap. Selebihnya memasing dah kelaut nak bergambar. Gambar-gambar ni pun mana yang sempat kitorang snap, macam ni la kan bila takde photographer yang pro untuk xtvt kitorang ni. So nasib-nasib la gambar sape yang banyak atau takde langsung😅



.:ini bukan team ako ye:.

Yang ini ko kena penuhkan baldi dengan menggunakan span yang dia bagi. Memandangkan group ako tak cukup orang, gigil ok nak ulang alik.. untung la group-group yang ramai ahlinya. Nak pass span tu tak perlu nak lari-lari hahaha.. compare ngan team ako, mampos semput memasing nak buat rantaian orang macam atas ni kena jarak-jarak sebab tak cukup kan... sampai last tu dah tercungap-cungap masing-masing😅😅




Hippo lapar kata nya. Kena kaut bola-bola tu just guna kan gelung tapi dengan syarat tangan, kaki tak bole masuk dalam kawasan bola tu. Gigil masing-masing nak make sure kengkawan tak masuk dalam kawasan tu. Yang nak ditarik nya kalau takat berat 20kg takpe juga... 😆


Susun kasi panjang boleh guna apa je yang ada selain badan orang. Ha gigih kita amek je la apa yang nampak... henpon, kad atm, jam tangan, tshirt... Lupa plak tanya group sape yang dapat kumpul paling panjang masa ni.



Yang ini sampai ke sudah ako tak tau apa motif kena tiup belon ni hahahaa...


Yang ini ekceli kena buat satu rantaian yang x putus supaya semua team dapat masuk dalam rantaian tu. Mula nya cam x dapat nak bayang camne nak gunting tapi kertas tak boleh putus. So kita cuba cari google la, youtube la, akhirnya jumpa juga satu video ni. Adoi senang je rupanya tapi hasil yang last tu takde sape plak snap gambar😅

Ekceli banyak lagi cabaran yang kitorang kena buat. Ada lari dalam guni... ok part ni memang rasa berat nya badan walau memang dah berat pun kan hahaha.






Ini lah final aktiviti nya iaitu membuat rakit menggunakan 3 biji pelampung dan 3 batang buluh.



Siap dah rakit masing-masing.







Tiba la masa untuk kita test rakit-rakit tersebut... kukuh ke idok, ada yang tenggelam atau masih terapung??? Semua nya terletak kat kesungguhkan diorang membina rakit tersebut. Patut nya test kat pantai tapi ombak besar plak masa tu, jadi kita test kat pool aje la kan😅

Dan hasilnya semua rakit berjaya terapung dan berfungsi dengan baik!! OK lepas ni diorang semua ni boleh buka kedai buat rakit plak kan😆😆


Penat dah masing-masing.... mission accomplished!!! 

Masa ni team yang terkandas kat airport semalam tu baru je sampai. Alhamdulilah setelah melalui pelbagai rintangan, akhirnya derang berjaya juga sampai ke resort walau time tu luggage diorang masih lagi tersangkut kat penang rasa nya 😅😅 tapi diorang tetap rasa enjoy dapat juga bersama-sama akhirnya.

Walau ekceli diorang boleh je cancel tak perlu susah payah datang juga kan tapi semangat betul diorang nak join , itu yang kita salute la!!!

Selesai semuanya, kita lunch dulu sebelum meneruskan aktiviti seterusnya jam 2:30 petang....

Nota Jemari: bersambung lagi