Happy 26 Tahun Di BNM     Happy 26 Tahun Di BNM

Happy 26 Tahun Di BNM

Hari ni 2 Februari 2025, genap sudah 26 tahun bersama BNM. Semoga masih setia hingga pencen hahaa....


Masa mula mula masuk keje, kita tengok 'kakak - kakak' yang sedia ada ketika tu dah macam baya baya mak kita je. Sekarang, bila budak budak baru yang umur masa kita mula mula masuk dulu, baru sedar diri, eh kita pun dah macam mak mak diorang je kan sekarang ni 🤣🤣🤣 

Padahal rasanya apa la sangat bila dah cecah 40an ni. We re still young in heart 😁😁 

Kita tak rasa tua pun sangat malah kita tetap rasa muda sentiasa kan kan hahaa...

Sempena 26 tahun ako gigih lagi setia bekerja di sini, saja la nak tau kan, cuba korang share n komen berapa lama plak korang dah bekerja di tempat sekarang? Or dah banyak kali bertukar tukar kerja? 

Nota Jemari: insyallah lagi 9 tahun kita pencen😅

Post a Comment

26 Comments

  1. Lamanya 26 tahun. Kerja sekarang ni Cie dah masuk tahun ke 17. Sebelum tu ada la kerja tempat lain swasta. Kerja sekarang gov.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo alhamdulilah cie lama gak 17 tahun tu, bkn calang2 tahun nak capai kan hehe

      Delete
  2. Alhamdulillah 26 tahun dah ye 👍🏻
    Semoga terus setia berkhidmat hingga pencen :D

    ReplyDelete
  3. Betul we're still young at heart gitu 😍😍

    ReplyDelete
  4. CCL dengan kerja sekarang nii hampir 10 tahun macam tu .. bila dah selesa dengan pekerjaan sekarang ni ..nak berhenti pun fikir banyak kali

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..dah 26 tahun 👏🏽

    Itulah, umur kita lagi beberapa tahun 50. Tapi selalu lupa diri dah tua 🤭

    ReplyDelete
  6. Kita dah kerja 22 tahun kat sini, sebelumnya kerja tempat lain 8 tahun. Paling terasa tua bila junior-junior salam cium tangan, hahahaha. Sebab jiwa rasa muda, kan.. orang cium tangan baru rasa tuanya aku.

    ReplyDelete
  7. Wow..Lamanya...Semoga kekal smp pencen...Amin

    ReplyDelete
  8. kita sentiasa muda.. semangat biar muda, walaupun suai sudah banyak..

    ReplyDelete
  9. nak masuk 32 tahun kerja di company yg sama...huhu...

    ReplyDelete
  10. wahh..lama tu berkhidmat 26 tahun. saya pula pegi mari pegi mari, tahu-tahu dah masuk tahun ke 14 di dua sekolah yang berlainan..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  11. tudia...SA baru 16 tahun...ada 4 tahun lagi nak ke 20 tahun...tahniah Retna...masih setiamu di sana..

    ReplyDelete
  12. Tahniah Ako..
    sama2 geng setia ni
    Akak tahun ni 29 tahun, lepas intern terus kerja tetap 😁

    ReplyDelete
  13. Saya dah 18 tahun bekerja kat jabatan saya ni.. 12 tahun lagi pencen.. Hehe

    ReplyDelete
  14. Tahniah kakRetna, masih setia. Ingat tak kakRet ada bagi kita sampul duit raya BNM, simpan lagi tau sampai sekarang. Limited Edition.
    Kita setia kerja mak-mak, dah 13 tahun.

    ReplyDelete
  15. Hahahahahah saya jadi ingat waktu kita ngobrol di Kenny hills. Yg zurien cakap kakak selalu panggil nama ke staff di sana walau posisi tinggi, sebab kakaklah yg tertua 🤣.

    Hebaaaat kak, bisa bertahan lama sangat. Saya sendiri hanya 13 tahun di HSBC. Kalo Raka memang hobinya pindah2 tempat kerja, sebab dia mengincar posisi dan gaji lebih tinggi tiap kali pindah kan. Kalo saya dulu Krn memang dah selesa, walaupun sebenarnya comfort zone itu tak baik 🤭😁

    ReplyDelete
  16. Tahun ni masuk tahun ke 31....hahahaha...sedang menghitung hari nak pencen

    ReplyDelete
  17. 26 tahun ni dah boleh marah-marah orang ni.... Semua orang takut

    ReplyDelete
  18. Tahniah kakret!! Happy work anniversary!! Lamanya 26 tahun dah... sy thn ni thn ke-18 bersama KPT.. merasa jugak la pangkat akak-akak dah kat opis ni... sebelum tu 3 tahun merata jugak le keja sana-sini

    ReplyDelete
  19. Persekitaran kerja yang best membuatkan kita kerja lama.. LZ dah 14 tahun bekerja dengan majikan sekarang.. Itu pun dah mencongak untuk bersara awal...

    ReplyDelete
  20. Aku dah 31 tahun bekerja di rumah sendiri hahahahaha … tak tau laa bila nak pencennya hihihihi

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah..tahniah KakRet. Lama tu. Kira dah pangkat senior dah ni.

    ReplyDelete
  22. tahun ni masuk tahun ke-14. masih setia sebab mintak keje tempat lain tak dapat-dapat. dah 4 series ni dah givap. pasrah jelah

    ReplyDelete
  23. Sekarang saya kerja dengan staf yang baya anak-anak saya, kira kak long kawasanlah :)) . Hampir tiga tahun dengan majikan sekarang setelah 10 tahun day dreaming kat rumah

    ReplyDelete
  24. Syukur alhamdulillah. Tahniah!! kalau saya pun setia dengan yang pertama tu. Tahun ini dah tahun ke 27

    ReplyDelete
  25. Wah!! Otai ini.. Sha baru 17 tahun berkerja dengan jawatan sekarang di 2 kementerian berbeza..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com