Selamat berpuasa semua!
Ada yang dah tertinggal ke puasa nya tu?😁
Ada yang rindu tuan blog dan uyum ke tu? Haha kitorang sihat sihat je ni. Alhamdulilah kami masih lagi puasa penuh setakat hari ni. 

Saja nak share semalam kami ke batu pahat. Ada urusan sket dan alang alang berbuka ngan family paksu fir kat sana.

Hari ni kami dah balik KL.. wah kl-batu pahat macam balik KL-Seremban je eh haha..

Kami bertolak tadi lepas Asar. Dan memang target sampai KL ngam ngam waktu berbuka. Walau perjalanan lancar, takde jem sana sini tapi bila keluar je tol sg besi, kami dah tersangkut. Macam biasa area situ memang tak pernah je tak sesak. Kebetulan dah pukul 7 malam tadi. Memang confirm tak sempat nak berbuka kat kedai.



Ada yang rindu uyum tak? 🤪

So sempat singgah Petron dulu, jadi la menu berbuka untuk ari ini hahaha...

Alhamdulilah, nasib baik boodak ni bole bertahan sampai ke akhir. Walau di awal nya asyik la 'berzikir', "bole tak uyum buka awal arini?"😅😅

Syabas uyum, masih setia bertahan dari mula sampai sekarang. Semoga uyum dapat berpuasa penuh ye untuk tahun ni 😍😍


Nota Jemari: sorry lama x menaip.. tengah bz ngan annual report & duit raya 😅😅