Ok sejujurnya trip dengan geng KAMIE ni memang takde dalam perancangan tahun ni. Ikutkan budget ako memang selepas trip Hatyai ngan rakan opis tempoh hari (trip ni pun tak sempat nak di blog kan lagi 😅😅), ako just menunggu trip hujung tahun dengan Uyum. Tapi tu la DIA sebaik baik perancang, mulut takde insuran ako ni dengan mudah je terus ajak diorang mengopi ke Hatyai.

Hahaha tujuan asal memang nak mengopi je tau! Serius , tak tipu! Hahah tapi knowing ako yang kalau ke mana mana harus la selitkan aktiviti menyoping juga. Mengopi tu hanya sebagai umpan kat diorang je pun. Hahaha sebab kalau ajak bercuti, memang sampai bebila pun payah nak beri kata putus diorang ni 🤪🤪 Tapi bila ajak mengopi, dan dan laju je memasing kata OK!

Terus buat group wasap dengan tajuk, "Ngopi Kat Hatyai, Yok!" 🤣🤣 dan itu la juga menjadi tajuk entry kat blog si carneyz. Mesti korang dah baca kan pengalaman Hatyai kitorang kat entry beliau. 

Bila semua dah setuju, laki masing masing pun dah restu, terus aje kitorang beli tiket ETS. Trip ni memang chill chill aje. Takde nak rushing² sangat, sebab dah kata nak g mengopi je kan. 🤣🤣


Di hari kejadian, kami naik ETS jam 9:55 pagi. Sempat la sarapan dulu sebelum berkumpul di Ruby Lounge untuk pelepasan kelas business.


Bestnya kalau naik business class ni dari KL Sentral adalah ruang menunggu yang luas dan selesa. Toilet pun bersih. Ada juga coffee machine. Paling seronok bila kita diberi pelepasan terlebih dahulu untuk masuk ke koc A. Tak perlu nak berebut-rebut.

.: menu sarapan :.

.: Menu lunch:.

Alhamdulilah sarapan dan makan tengahari dah termasuk dalam pakej tiket business class. So tak perlu nak gerak gerak sangat ke ruangan cafe. Semua terhidang di depan mata.

.:seat business yang bole dipusing so dapat la dok menghadap each other, lebih kepada senang sket nak membawang 🤣🤣:.


Lebih kurang 6 jam perjalanan, kami sampai di ktm padang besar. Untuk masuk ke Hatyai, ako dah siap siap booking van dari Pen Leisure (boleh contact Cik Tie --> +60 13-645 1176). Harga RM30 seorang sehala(sharing basis). Memang setiap kali kalau masuk Hatyai dari padang besar ni, ako akan terus booking van daripada CikTie n team. Dijamin penghantaran korang pergi & balik selamat, senang dan mudah. 😜 Diorang akan hantar terus ke lobi hotel hahaha.



Ako booking Hadyai Golden Crown Hotel sebab dekat dengan kedai makan HALAL, tempat soping barang souvenir dan juga paling utama ako mencari hotel yang ada connecting room. So senang sket kami nak terus membawang sampai lewat malam hahaha.



Usai solat jama, kami terus ke kedai Ayuthaya Boat Noodles yang terletak betul betul bersebelahan hotel kami. Ini kira minum petang merangkap makan malam pertama kami di Hatyai. Kedai ni bukan takat jual boat noodle tapi ada pelbagai jenis makanan lain seperti nasi khaomok, goreng-goreng, tomyum dan banyak pilihan menu lagi. Overall memang berbaloi makan kat situ.

Dah kenyang, moh kita cuci mata kejap ke Thanyada Village, tak jauh pun dari kedai boat noodles.


Masuk sini memang rambang mata sket ye. Ikutkan semua mende yang jual kat situ nak dibelinya tapi inikan baru hari pertama. Jadi bersabar la ye. 





Hari pertama je dah memborong masing-masing 🤣 . Kali ni puas hati dapat borong botol botol tumbler yang comel comel. Kalau sebelum ni ako ke Makro Hatyai tapi hampa sebab tumbler tumbler semua dah kehabisan kat sana. Memang rakus sungguh korang korang yang membeli tu ye 😜. 

Ekceli di Thanyada village pun ada jugak pelbagai jenis tumbler tau. Lagi menarik dan membuatkan tertarik tarik ako nak beli kat situ. Harga lebih kurang je ako rasa (ni without markup PS la ye haha).

Kat Thanyada village ada juga jual kekacang. Untuk souvenir , yup sesuai beli kat situ sebab packaging dia memang cantek dan kemas. Tapi untuk makan sendiri, haha better korang cari kat Kim Yong Market. Kat pasar kita bole borong banyak banyak berkilo kilo pun still berbaloi oii. 

Banyak lagi barang souvenir korang bole dapat kat sini. Sebelum pulang ke Malaysia, kitorang ada menyinggah lagi ke situ. Haha dah hotel kitorang pun sepelaung je dari thanyada. Harus la kita jejak sampai habis duit haha🤣


Lepas soping kami ke Central Hatyai iaitu mall terbesat kat sana. Walau ekceli takde la besar mana pun 🙊 tapi dah situ je mall yang lengkap semua ada kan, maka moh la kita naik tuk tuk untuk ke situ.

Tuk tuk ni rata rata harga untuk seorang sepatut nya hanya 20 baht je tau. Tapi kami kena scam masa balik dari mall nak ke hotel. Dah le dia tak tau hotel kami terletak kat mana. Pastu ako siap google kan maps untuk dia follow. Before naik memang ako akan tanya n confirm kan balik harga seorang 20 baht. Tapi endup masa dah sampai depan hotel, dia x nak ambil duit total 80 baht. Dia soh tambah jadi 200 baht. Ermmm mula kami argue juga tapi sebab dah malam sangat, kami let it go je la duit 200 tu. Mungkin bukan rezeki kami nak simpan duit tu. Tapi hangin je ako ngan pasangan laki bini yang bawa tuk tuk tu. Ni kalau ako jumpa lagi, memang ako babai je tak mo naik tuk tuk dia 🤣🤣


Sampai je Central Hatyai ni, terus kitorang ke ground floor nak usha usha makanan yang bole di tapau untuk kudpaan memalan dalam bilik hotel. Banyak sangat jenis makanan sampai memasing dah rambang mata nak beli apa.


Tujuan utama setiap kali kalau ke hatyai central ni, tak lain x bukan wajib singgah kedai Boots. Asal nya ako langsung tak tau apa jenis kedai boots ni tapi bila sekali dah masuk, eh eh jadi gian plak nak memborong kat situ.

Sampai kan masa nak bayar, budak cashier tu siap suggest untuk install apps boots sana. Hahah kebetulan memang ako akan beli simkad thailand sebab syarat nak register boots sana wajib ada no thailand ye. 

Nah hasilnya macam macam discount terus serta merta dapat.

Memang untung banyak , dah le kebanyakkan barang kat situ memanjang ada sales. Tambah lagi discount dari apps boots. Haha memborong sesaja la ako bila dah jejak situ 😅😅

So, buat korang yang suka kan boots, bole la try donlod apps tersebut. Mana tau, lagi banyak diskaun korang boleh dapat. Donlod free, register lagi la free kan 😜

Malam tu tido dengan senyuman sesjo

Nota Jemari: kita cuba hapdet... tp hari kedua tak tau bila akan muncul kat sini haha 🤣