Ya allah rasa baru je balik dari team building kat PD awal bulan aritu, now tengah prepare for our coming family day kat Tambun. 

Rasa baru je nak menaip citer Hatyai yang dah tergendala, nak menghapdet cerita team building, baru je nak memerah hotak cerita pasal treasure hunt kat Bertam bulan lepas, eh dah nak masuk cerita baru plak.

Hahaha nampak gaya nya memang tertangguh tangguh la semua stori mori kat sini. Silap silap habis berterabur entry ako lepas ni 🤣🤣


Hari ni kebetulan tak perlu nak rushing balik, maka nya kita tolong tolong la mereka yang sedang menyiapkan senarai nama nama staf yang akan menghadirkan diri ke Family Day sabtu nanti. Ekceli banyak lagi preparation lain yang perlu dibuat. Lama gila rasa nya tak balik lewat malam.

Tak perlu lepak lelama kat opis, tiba masa moh la pulang dulu. Esok kita sambung lagi.

Oh ye minggu lepas kami buat pre- aktiviti kat opis during lunch hour.


Paint-the-flag nama diberi. Sejam diberikan untuk melukis menghias, mewarna dan sebagainya untuk menghasilkan bendera bagi group masing-masing Sabtu nanti.

Dan ini lah hasilnya hahhah...

.:Winnie the Pooh:.

.:Tarzan:.

.:Dora the Explorer:.

.: Finding Nemo:.

So rasa rasa diorang akan dress up ikut group memasing ke? Haha kita tunggu sabtu nanti.

Nota Jemari: Bila orang orang ekonomi melukis...gini la hasilnya ye 😅😅