PREP FOR COMING ECONOMICS SECTOR FAMILY DAY     PREP FOR COMING ECONOMICS SECTOR FAMILY DAY

PREP FOR COMING ECONOMICS SECTOR FAMILY DAY

Ya allah rasa baru je balik dari team building kat PD awal bulan aritu, now tengah prepare for our coming family day kat Tambun. 

Rasa baru je nak menaip citer Hatyai yang dah tergendala, nak menghapdet cerita team building, baru je nak memerah hotak cerita pasal treasure hunt kat Bertam bulan lepas, eh dah nak masuk cerita baru plak.

Hahaha nampak gaya nya memang tertangguh tangguh la semua stori mori kat sini. Silap silap habis berterabur entry ako lepas ni 🤣🤣


Hari ni kebetulan tak perlu nak rushing balik, maka nya kita tolong tolong la mereka yang sedang menyiapkan senarai nama nama staf yang akan menghadirkan diri ke Family Day sabtu nanti. Ekceli banyak lagi preparation lain yang perlu dibuat. Lama gila rasa nya tak balik lewat malam.

Tak perlu lepak lelama kat opis, tiba masa moh la pulang dulu. Esok kita sambung lagi.

Oh ye minggu lepas kami buat pre- aktiviti kat opis during lunch hour.


Paint-the-flag nama diberi. Sejam diberikan untuk melukis menghias, mewarna dan sebagainya untuk menghasilkan bendera bagi group masing-masing Sabtu nanti.

Dan ini lah hasilnya hahhah...

.:Winnie the Pooh:.

.:Tarzan:.

.:Dora the Explorer:.

.: Finding Nemo:.

So rasa rasa diorang akan dress up ikut group memasing ke? Haha kita tunggu sabtu nanti.

Nota Jemari: Bila orang orang ekonomi melukis...gini la hasilnya ye 😅😅

Post a Comment

15 Comments

  1. Ini Nemo Malaysia... sebab pakai kopiah... hehhe

    ReplyDelete
  2. Banyak yang tertangguh tu KakRet. Silalah cepat menaip. hihi...Wah tak sabar nak tengok dress up masing-masing mengikut tema.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu la kan ntah bila la nak update nya tu.... haha x tau la drg sanggup ke nak dress up nnt :D

      Delete
  3. Alamak, mcm manalah dress up yg theme tarzan tu nnt... hihihihi

    ReplyDelete
  4. Mesti meriah tu nanti bila hari event sebenar.

    ReplyDelete
  5. haha...masih ada rupa lukisan2 tu kira oklah tu. takdelah kejung sangat tangan tu melukis

    ReplyDelete
  6. Rajinnya melukis dan mewarna manual ni. Kalau saya malas, cari je gambar kat internet pastu print hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah sbb nak buat atas kain putih tu.. ikut k ret pun print aje kaler kan hahah

      Delete
  7. Para wanita agaknya menghindari segrup dengan tarzan lah agaknya yaa 🤣. Bingung pula kostumnya nanti 😄

    Lama sangaaat memang kakak update lah 🤣. Betul2 sekarang sebulan sekali yaaa 😂😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ye la kan sape yg mau dress up mcm tarzan... even jane pun harus pikir byk kali kan hahaha

      Haha kita cuba untuk cuba dan cuba menhapdet mana yg termampu dulu hehhe

      Delete
  8. comel.. comel.. macam masing-masing kembali ke zaman kindy, lukis-lukis camtu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com