10 Mei 2026, sambutan Hari Ibu di Malaysia. Jadi kesempatan ini ako nak ucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua yang bergelar ibu di seluruh dunia. Semoga segala pengorbanan, segala penat jerih menjadi seorang ibu akan terbalas.
Untuk arwah Hajah Kalsom binti Abdul Rahman,
Walau Mak dah lama meninggalkan kami, namun kitorang tetap masih rindukan Mak.
Walau tak dapat lagi rasa masakan Mak, kitorang tetap rindu nak makan masakan Mak.
Walau takde lagi jeritan singa Mak kedengaran, kitorang masih rasa terngiang-ngiang terikan Mak.
Untuk Mak yang tak dapat kami peluk lagi, kami rindu Mak.
Tapi buat Uyum dan abang- abang yang masih ada MAMA, biar lah rindu itu sentiasa tertanam dalam jiwa sampai bila-bila.
![]() |
| .: ntah apa aja la nota untuk mama nya tu kan:. 😅 |
Tahun ni Uyum excited lagi. Pagi-pagi dah ajak pergi kedai. Nak beli cekelat katanya. Nina tanya la nak buat apa cekelat banyak banyak? Rupanya dia nak bagi MAMA sempena Hari Ibu. Haha kemain excited dia nak prepare hadiah cekelat utk Mama nya.
"Na, uyum malu la!"
"Kenapa nak malu?"
"Malu nak bagi kat Mama!"
Aisshhh...... boodak lelaki memang malu nya tu meninggi ye? 😅😅😅
Nota Jemari: semoga terima la hadiah cekekat dengan rasa bangga ye, walau mama bukannya bole makan manis² sangat pun...😂 #yangpentingIKHLAS





31 Ulasan
Rindu gak kat arwah mak… alfatihah
BalasPadamKan.... kalau la bole diputas masa tu balik..huhu
PadamSelamat hari ibu!
BalasPadamRindu pada yang tiada ni memang sakit.
Kan... betul sangat rindu pada yg tiada
PadamComey jer uyum bg present utk ibu nya.. btw selamat hari ibu ya..
BalasPadamHahah uyum sangat suka akhirnya hadiah uyum dah sampaikan kepada mama..
PadamSelamat Hari Ibu!. Alhamdulilah....dapat juga kita jadi ibu ya...
BalasPadamSelamat hari ibu juga buat ezna
PadamAssalamualaikum.. Selamat hari Ibu, kak. Salam kenal, Faa.
BalasPadamWaalaikumsalam, salam kenal Faa
PadamSelamat Hari Ibu jugak buat ibu2 saudara yang dah jadi mak no. 2 utk budak2 ni 😄 💐
BalasPadamHehehehe kan kan... rs mak sedara lg ober dari mak sebenar haha
PadamGood boy la uyum 👍🏻
BalasPadamAminnnnn 🤲
PadamMama tu la ibu, mama tu la ayah tau, Uyum. Nanti father'$ day belikan mama ceklat jugak tau, soh Nina belikan, hehehe.
BalasPadamHahaa nina jgk kena belikan eh ms fathers day nnt? Bankrup nina 😅🤣
PadamGemaaaas nya uyum nih laah 😂😄😄😄.
BalasPadamDi sini hari ibu tu macam tak terdengar gaungnya. Jujur saya tak pernah rayakan. Krn memang tak banyak yg merayakan ini di sini . JD macam tak biasa ..
Ooo di sana kurang celebrate hari ibu, hari bapa, hari guru?
PadamKalau di msia meriah nya sume pun akan disambut.. hari kanak-kanak, hari sahabat eh mcm² la hahah
nanti cekelat-cekelat tu berbalik semula pada uyum ke hehehe
BalasPadamselamat hari ibu juga pada Nina Uyum..
Hahahaa ye la.kan tak terpk plak kita, patut dia beli sume ikut selera dia 🤣🤣🤣
PadamWah!! Comel betul hasil kerja Uyum.. Cute sangat ini..
BalasPadamHahahah itu je yg termampu dia buat 😅
PadamSweetnya Uyum. Hehe malu hendak cakap berdepan ya. Samalah macam malu hendak cakap sayang pada Emak.
BalasPadamAhli group tanpa mak hadir.
BalasPadamBagus Uyum.. itu nanti Uyum juga dapat dah mama takleh makan manis²
BalasPadamgood boy👍👍👍
BalasPadamselamat hari ibu buat semua yg bergelar ibu kec 'ibu ayam'😁
Kita punnn rindu arwah mak kita.........Selamat Hari ibu buat semua
BalasPadamSweet Uyum, bagi hadiah kat mama. Nanti lagi besar, nak peluk mama pun malu. Hehe..
BalasPadamComel nya Uyum bagi gift ke mama ya
BalasPadamHari guru masih dirayakan. Hari pahlawan juga dirayakan. Apalagi hari lahirnya Pancasila 😄.
BalasPadamTapi hari ibu hari bapak, itu jarang. Mungkin beberapa keluarga merayakan, Tp LBH banyak yg tidak.
Hari guru di Indonesia pun beda dengan Malaysia kan. Di sini 25 November. Di sana seingat saya beda bulan. Dan yg merayakan hanya guru dan murid, tidak ada keterlibatan dengan orangtua murid.
Jujurnya saya baru tahu hari ibu, hari ayah, ini setelah kuliah di Penang. JD saat di Indonesia memang tak tahulah ada hari2 itu dirayakan.
Saya rasa ada relate dengan pemerintah sini juga, yg lebih mementingkan hari2 besar pahlawan dan yg berkaitan dengan negara
Alhamdulillah Uyum. Hadiahnya sweet sangat.
BalasPadamDi hari ibu rasanya sangat sangat bahagia ya, Kak.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com