10 Mei 2026, sambutan Hari Ibu di Malaysia. Jadi kesempatan ini ako nak ucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua yang bergelar ibu di seluruh dunia. Semoga segala pengorbanan, segala penat jerih menjadi seorang ibu akan terbalas.
Untuk arwah Hajah Kalsom binti Abdul Rahman,
Walau Mak dah lama meninggalkan kami, namun kitorang tetap masih rindukan Mak.
Walau tak dapat lagi rasa masakan Mak, kitorang tetap rindu nak makan masakan Mak.
Walau takde lagi jeritan singa Mak kedengaran, kitorang masih rasa terngiang-ngiang terikan Mak.
Untuk Mak yang tak dapat kami peluk lagi, kami rindu Mak.
Tapi buat Uyum dan abang- abang yang masih ada MAMA, biar lah rindu itu sentiasa tertanam dalam jiwa sampai bila-bila.
![]() |
| .: ntah apa aja la nota untuk mama nya tu kan:. 😅 |
Tahun ni Uyum excited lagi. Pagi-pagi dah ajak pergi kedai. Nak beli cekelat katanya. Nina tanya la nak buat apa cekelat banyak banyak? Rupanya dia nak bagi MAMA sempena Hari Ibu. Haha kemain excited dia nak prepare hadiah cekelat utk Mama nya.
"Na, uyum malu la!"
"Kenapa nak malu?"
"Malu nak bagi kat Mama!"
Aisshhh...... boodak lelaki memang malu nya tu meninggi ye? 😅😅😅
Nota Jemari: semoga terima la hadiah cekekat dengan rasa bangga ye, walau mama bukannya bole makan manis² sangat pun...😂 #yangpentingIKHLAS





2 Comments
Rindu gak kat arwah mak… alfatihah
ReplyDeleteKan.... kalau la bole diputas masa tu balik..huhu
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com