, ,

Jalan-jalan makan angin





Hari ahad lepas, nama pun bolan poser, maka mereka membangunkan diri agak2 lewat. Bangun2 ajer, terus bersiap2 mau ke jusco bukit indah. Ako mau mencari hadiah. Dari biarkan derang membongkang kat umah, baek la dihangkutkan sumer sekali. Sudah nya beramai2 la menuju ker jusco tanpa arah tujuan.

Dah beli hadiah, Lin ajak ker pekan masai. Dilla mau membeli comforter yang murah di sana. Berpisah la kami sumer dengan Jun dan carneyz. Ater mereka berdua mau pulang ke kolumpo dengan kadar segera. Mau cepat2 pun sempat lagi si carney melaram dulu. Jun oo Jun, layan kan ajer la yek hehehe....

Tiba di pekan masai, ujan renyai2. Ooo nasib tidak lebat. Mencari2 sesuatu untuk dibawa pulang tapi tiada yang berkenan. Dilla sudah dapat barang yang dihajati, kami pulang semula ke pangkal jalan. Tengahari buta, kami ker Danga Bay. Jalan-jalan makan angin. Dah nama pun berjalan di waktu panas terik, konpom la takde owang selain kami sumer. Jalan-jalan, soping2, makan2.. eh silap makan angin jer, sedar2 dah jam hampir 5 petang. Terus ajer kami ke pasar ramadhan membeli juadah berbuka.

Selama hampir nak raya nih, itulah pertama kali ako ke bazaar ramadhan. Rindu... isk sob.. abaikan.... Dah beli, dah penuh, dah dah moh balik umah... Akhirnya ketemu jua!!

Nota Jemari: walau sudah ketemu tapi tidak puas
Share:

2 comments:

  1. nnti last bazar ramadhan tu aku beli aku awetkan nk? nnti raya ko dtg kasi panaskan le air katira tu...hahahahah

    ReplyDelete
  2. muahaha siot la tu kan.. xpe xpe nnt taun depan je ako soh adik ako belikan banyak2...

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.