Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja bagi mengisi kekosongan pekerja yang telah meninggalkan syarikat dan juga untuk memastikan kakitangan yang mencukupi bagi operasi penerbangan dan ketibaan pesawat baru dengan itu syarikat akan mengadakan pengambilan baru seperti berikut:-
Sertai Kakitangan Kabin Terbaik Di Dunia
Malaysia Airlines mempelawa anda untuk menjadi sebagian daripada kakitangan kabin kami (Pramugara & Pramugari). Kami menawarkan pakej gaji yang menarik beserta elaun, kemudahan perjalanan, perubatan dan lain-lain.
Kelayakan:
- Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun semasa tarikh temuduga.
- Minimum SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta lulus dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, matematik dan 3 subjek lain yang diambil dalam satu peperiksaan.
- Fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa lain adalah satu kelebihan.
- Sihat tubuh badan dengan penglihatan baik dan tidak rabun warna.
- Ketinggian minimum 165sm (lelaki) dan 157sm (wanita) dengan berat badan yang seimbang.
- Memiliki personality dan penampilan yang menarik dan bermotivasi tingging ke arah kecemerlangan di dalam khidmat pelanggan.
Jika anda memenuhi kelayakan di atas, sila hadir ke sesi TEMUDUGA TERBUKA KAKITANGAN KABIN KAMI seperti berikut:-
KAWASAN : KUALA LUMPUR
TEMPAT : Malaysia Airlines Academy No. 2, Jalan SS7/13, Kelana Jaya, Selangor
TARIKH : 3 Oktober 2009 (Sabtu) - Pramugari
10 Oktober 2009 (Sabtu) - Pramugara
Waktu pendaftaran : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Sila bawa bersama surat permohonan, resume, sijil-sijil akademik asal serta salinan yang disahkan, kad pengenalan dan gambar terbaru berukuran pasport (tidak akan dikembalikan).
Calon-calon dinasihatkan berpakaian kemas (kemeja-t, selipar dan seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali). Calon-calon wanita digalakkan memakai kebaya.
Calon yang Berjaya dikehendaki menandatangani Perjanjian Ikat Jamin Latihan. Pengambilan berdasarkan kontrak selama 5 tahun.
Proses temuduga ini dijangka akan mengambil masa yang panjang. Oleh itu anda dinasihatkan bersedia untuk berada dilokasi temuduga sepanjang tempoh tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ila,
Walau sangat2 menarek minat ako, namun melihatkan kelayakan yang tertera... alahaaiii sah2 mmg TAK LAYAK pun.. huhu.
Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun semasa tarikh temuduga.
---> huhu ye ye sedar diri sendiri, umur sudah melebihi jangka waktu.. huwaaaaaa
Ketinggian minimum 165sm (lelaki) dan 157sm (wanita) dengan berat badan yang
seimbang.
---> erkk... tang tinggi konpom x lepas dah.. ater rasa sudah mengecut bila makin 'matang' nih.. timbang kati berat terasa cam senget sebelah pulak.. huhu ada kebenjolan di tepi2 membuatkan badan sudah x seimbang kata... erkk gurlpp... alahaaaaiii
Nota Jemari: sumber malaysiaairlines.com
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com