Tengah takde mood nak menghapdet tapi cam x best plak klu dibiarkan kosong tanpa cerita ceriti. Maka, ako tempek aje la pape gambar yg disimpan dalam henpon.



Kejadian berlaku pagi tadi di KOOP tempat opis ako. Cadangnya mau melihat promosi2 barangan yang dijual sempena nak raya nih. Tapi hampeh, barangan yang ada tidak seberapa. Dan pemilik barangan jualan juga tidak kelihatan. Hampa.... Namun mereka sakan juga mau melihat itu dan ini. Laayan kan ajer.


Cantek kan kaler dia.
Konpom mak budak ni musti suka punya. Pepel tuh!! Pepel ala2 pink pun ia juga. Opss bukan ako beli tapi member ako yang beli. Murah kata nya. Siap dia beli 3 stok lagi tu. Sakan ko!! Layan kan juga..


Ini plak menu berbuka tempoh hari. Laksa sarawak. Nyummyy mmg sedap!!
Agak2 tahun ni raya dapat makan laksa sarawak lagi tak ek?? *jeling tuan punya laksa*

Nota Jemari: macam-macam